Sunday, April 8, 2012

Boy, 8, is killed in farm accident as father runs over him in 4x4


An eight-year-old boy was killed yesterday after being run over by a 4x4 towing a trailer at his family's farm. Charles Kimm was playing in the grounds of the farm, Wyndales Lodge in Symington, south Lanarkshire, when he was struck by the vehicle as it reversed through a gate.

His father, Robert, 56, is believed to have been driving the vehicle at the time.
Despite the efforts of paramedics who rushed to Charles' aid by helicopter, the schoolboy was declared dead at the scene.

Charles lived at the farm with his parents Robert and Suzanne, and his two sisters, who were yesterday being comforted by family members.
Mr Kimm, keeps horses and chickens on the farm and is a breeder of English pointer dogs. He also runs till suppliers Strathclyde Cash Registers, which is used by a number of local businesses, from his home.

Several police officers attended at the farm following the incident just before 3pm on Thursday but it is being treated as a tragic accident.
Today Charles' parents were too upset to comment but a family spokesman said they had been left 'devastated' by what had happened.


They also released a photograph of him posing proudly next to his mini motorbike.
Children's toys lay abandoned in the front garden of the home while blinds and curtains remained drawn. Several vehicles could also be seen parked outside the property.

Shocked neighbours described the tragic schoolboy as being 'lovely' and 'care-free'.
Tom Robertson, 76, who stays next door to the Kimms, said: 'It's quite a hard thing for me to talk about, it's awful.

'I heard about what happened yesterday afternoon and it's a total tragedy. I know them as neighbours and they were very nice neighbours. The family are just your average, happy normal family.'Mr Robertson added: 'The boy would go out and feed the horses, he was just a lovely wee boy.

'I hope that God is with them over the coming days because I'm sure they are going to need him.'

Kim Adam, 54, who runs Feufield animal sanctuary near the farm, added: 'I was outside and I heard the helicopter coming in and landing in the next field.
'At first I didn't think anything of it as Army Chinooks fly over here all the time, but when it came down I realised something was wrong.

'When I found out that he had died I was shocked, it is absolutely tragic. I have seen the little boy out in the garden, I can't imagine what the family must be going through.'
A full investigation into the accident is to be carried out by the Health and Safety Executive.

A Strathclyde Police spokeswoman said: 'It appears the car was reversing through a gate when the young boy was struck by the vehicle.
'The Health and Safety Executive has been informed and a report will be submitted to the Procurator Fiscal.
'An inquiry is underway to establish the full circumstances surrounding the death.'





.

Memperingati perang Bosnia


Sejumlah 11,541 kerusi merah disusun dalam barisan sepanjang jalan utama di bandar raya ini, yang merupakan ibu negara Bosnia-Herzegovina, melambangkan setiap lelaki, wanita dan kanak-kanak yang terbunuh dalam kepungan paling lama dalam sejarah moden.

Sarajevo, hari ini memperingati ulang tahun ke-20 tercetusnya perang Bosnia.

Pameran, konsert dan persembahan diadakan tetapi tiada satu pun yang boleh menandingi kesan beratus-ratus barisan kerusi merah, yang lebih kecil melambangkan kanak-kanak yang terkorban, diletakkan di dataran yang sama di mana konflik itu mula meletus pada 6 April, 1992.

"Penduduk bandar raya ini perlu berhenti sejenak dan memberi penghormatan kepada warganya yang terkorban," kata penganjur 'Garisan Merah Sarajevo', Haris Pasovic.

Kepungan pengganas Serb ke atas Sarajevo berlarutan selama 44 bulan atau selama 11,825 hari, lebih lama daripada kepungan tentera Nazi Jerman ke atas bandar raya Leningrad (kini St. Petersburg) semasa Perang Dunia Kedua.

Seramai 380,000 penduduk di Sarajevo pada waktu itu tidak mempunyai bekalan elektrik, air atau alat pemanas, dan terpaksa bersembunyi daripada terkena 330 tembakan meriam yang dilepaskan oleh pengganas Serb setiap hari ke atas bandar raya ini.

Pada 6 April, 1992, kira-kira 40,000 penduduk di negara ini, terdiri daripada etnik Bosnia yang beragama Islam, puak Serb yang beragama Kristian Ortodoks dan etnik Croat penganut Roman Katolik membanjiri dataran Sarajevo untuk menuntut perdamaian daripada para pemimpin politik mereka yang berfahaman nasionalis.

Komuniti Eropah (EC) telah mengiktiraf Bosnia sebagai sebuah negara merdeka selepas majoriti penduduknya mengundi menyokong kemerdekaan daripada Republik Yugoslavia pada waktu itu.

Namun, pengundian dilakukan mengikut garis-garis etnik, dengan penduduk Bosnia dan Croat menyokong kemerdekaan tetapi Serb Bosnia memilih untuk terus berada dalam Yugoslavia yang didominasi oleh puak Serb.

Perpaduan etnik yang ditunjukkan di dataran Sarajevo membangkitkan kemarahan golongan nasionalis Serb yang kemudian melepaskan tembakan ke arah orang ramai dari sebuah hotel berdekatan, menyebabkan lima orang maut dan mencetuskan perang 1992-1995 itu. - AGENSI





.

Pemain Bola yang Paling Dibenci


Siapakah pemain bola yang paling dibenci didunia? Tidak sukar mencari jawapannya. Lihat saja di twitter.com iaitu, #FootballersIHate. Sehinggakan semalam, ianya menghasilkan nama-nama teratas sebagai pemain bola yang paling dibenci. Mereka adalah Luis Suarez, Sergio Busquets, Lee Hughes dan Marlon King.

Kenapa Luis Suarez? Inilah masalahnya bila kelab seperti Manchester United memiliki peminat yang ramai. Kebencian mereka terhadap Suarez bermula ketika dia melakukan tindakan rasisme terhadap Patrice Evra.
Spontan, dia dijadikan 'public enemy'. Hukuman digantung 8 perlawanan ternyata tidak membuatkan kebencian mereka reda. Sebaliknya, bak api disimbah minyak, kebencian mereka memuncak ketika Suarez menolak bersalaman dengan Patrice Evra.


Kebencian memang subjektif. Namun, bagus juga ada kewujudan perasaan seperti ini. Sekurang-kurangnya, para pemain bola boleh menjaga tindak tanduknya dipadang atau selepas bermain bola.





.

Cermin mata pintar Google


Google meneroka pasaran baru bidang teknologi apabila memperkenalkan cermin mata jenis gogal yang membolehkan seseorang melihat e-mel, melakukan carian atau mencari arah jalan menggunakan peralatan itu.


Cermin mata yang didedahkan melalui laman web Google Plus, Project Glass itu, menggunakan kawalan suara dan menawarkan penunjuk arah melalui sistem penentu kedudukan global (GPS).


Ia merupakan produk yang dihasilkan oleh makmal Google, Google X dan syarikat enjin carian itu kini mencari idea untuk menambah baik cermin mata tersebut.






.

Pekan terkecil dilelong


Sebuah pekan terkecil di Amerika Syarikat (AS) dijual pada harga AS$900,000 (RM2.7 juta) kepada seorang pembeli dari Vietnam selepas 11 minit dilelong dalam internet, semalam.
Pekan Buford, terletak di tenggara Wyoming antara Cheyenne dan Laramie, hanya mempunyai seorang penduduk, telah menarik minat ramai pembida daripada 46 negara semasa ia mula dilelong.

Firma jualan lelong di Oklahoma, Williams & Williams berkata, pembeli tersebut yang dirahsiakan namanya, berlepas dari Vietnam ke Wyoming untuk membeli pekan terbabit yang mempunyai kawasan seluas 1.6 hektar dan turut mempunyai kemudahan kedai, stesen minyak dan rumah.

“Memiliki harta di AS merupakan impian saya,” kata pembeli terbabit dalam satu kenyataan.

Satu-satunya penduduk di pekan itu, Don Sammos, berpindah bersama isterinya, Terry ke Buford dari Los Angeles pada 1980. Pada 1992, enam tahun selepas kematian isterinya, Sammons membeli pekan terbabit dan menukar nama pekan berkenaan, Interstate 80 kepada Buford, sempena nama pegawai tentera Perang Saudara AS, Jeneral John Buford.

Lelaki berusia 61 tahun itu memutuskan untuk menjual pekan tersebut kerana mahu berpindah dekat rumah anak lelakinya di Colorado.

“Keluarga saya tiada lagi di sini. Tujuan saya berpindah ke sini telah selesai dan kini saya mahu mencuba cabaran lain,” katanya. – REUTERS





.

Bakal disatukan tidak lama lagi..


Impian penduduk wilayah Banten dan Lampung yang dipisahkan Selat Sunda untuk disatukan melalu jalan darat akan tercapai tidak lama lagi. Ini kerana, projek pembinaan Jambatan Selat Sunda (JSS) sepanjang 29 kilometer yang akan menghubungkan Pulau Jawa dan Sumatera sudah mempunyai pelabur dari China yang sudi melabur 120 trilion rupiah (RM40 bilion).

Peletakan batu asas untuk pembinaan projek tersebut dijangka akan dilakukan pada 2014.
Jambatan tersebut akan dibina secara melintang sepanjang 29 kilometer dan mempunyai kelebaran 60 meter.


Selain itu, jambatan JSS mempunyai dua lorong kenderaan setiap hala dan dua jalan untuk penunggang motosikal di bahagian tengah jambatan.

Ia juga akan melintasi tiga pulau iaitu Pulau Prajurit, Pulau Sanghiyang dan Pulau Ular.
Projek terbabit dijangka siap antara enam hingga 10 tahun iaitu sebelum 2018. - AGENSI






.

Lampu suluh mampu bunuh kuman


Sejenis peralatan yang dipegang seperti lampu suluh boleh membunuh bakteria berbahaya sekali gus berpotensi untuk membantu pasukan perubatan dalam menangani kes jangkitan khususnya di zon bencana dan perang. Menurut sekumpulan penyelidik dari China, Australia dan Hong Kong dalam satu jurnal khas, 'lampu suluh plasma' itu mampu mengeluarkan pancaran gas bercas atau berion untuk membunuh kuman.

Buat masa ini, pensteril plasma panas sudah digunakan untuk membersihkan alat-alat pembedahan daripada jangkitan, namun harganya lebih mahal dan ia memerlukan lebih banyak kuasa elektrik.

Alat baru itu hanya menggunakan bateri 12 volt dan tidak memerlukan tenaga gas, lapor kajian yang didedahkan di Journal of Physics D: Applied Physics.
Pencipta alatan itu berkata, mereka telah menjalankan uji kaji terhadap kuman yang tahan kepada antibiotik dan haba, Enterococcus faecalis.





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!