Thursday, April 19, 2012

Siapa perlukan Instagram, jika gambar lebih cantik dengan fish eye?


Imej-imej yang menakjubkan sudah tentu akan memberi anda perspektif baru kepada dunia.
Jurugambar Randy Scott Slavin menghabiskan masa berbulan mengambil beratus-ratus gambar dari beberapa bahagian yang paling ikonik dan indah di AS untuk mewujudkan koleksi gambar lanskap yang menakjubkan.


Lelaki yang berusia 34 tahun itu menggunakan perisian komputer berteknologi tinggi untuk melengkapkan koleksi gambarnya yang diambil dengan lensa sudut lebar super 'fisheye' dengan imej 360 darjah.


Walaupun mengambil masa yang lama, segala-galanya berbaloi kerana dia telah menghasilkan sesuatu yang sangat bernilai dan menakjubkan dan akan dipamerkan pada bulan Julai.


Randy menerangkan: 'Dalam video muzik saya, saya sentiasa cuba untuk mengambil konsep ke peringkat seterusnya, untuk menolak idea-idea ini menjadi lebih menarik, bergerak dan merangsang dan saya mendekati fotografi dengan falsafah yang sama.


Selepas eksperimen besar dengan fotografi panorama, saya telah membangunkan satu teknik yang boleh merealisasikan hasrat saya untuk menghidupkan alam itu menjadi realiti walaupun hanya melalui gambar.


Hasilnya adalah sesuatu yang menakjubkan, cantik dan provokatif. Siri 'Perspektif Alternatif saya adalah koleksi kerja-kerja yang diambil dari penerokaan fotografi ini.'






.

Suami lihat isteri maut digilis lori

Hanya Allah SWT sahaja mengetahui kesedihan yang terpaksa dilalui seorang lelaki apabila melihat sendiri isterinya digilis sebuah lori dalam kemalangan di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban dekat jejambat Desa Petaling di sini pagi ini.

Lebih menyayat hati, kemalangan pada pukul 7.54 pagi itu berlaku ketika lelaki terbabit menunggang motosikal itu bersama isterinya ke tempat kerja di ibu negara.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Abdullah Roning berkata, ketika kemalangan, motosikal itu ditunggang oleh Mohd. Ridzwan Misran, 30, manakala isterinya, Norhana Nuruddin, 30, membonceng.

"Semasa melalui tempat kejadian, motosikal Honda Wave yang ditunggang Mohd. Ridzwan telah terlanggar belakang sebuah skuter sehingga menyebabkan dia dan isterinya terjatuh di atas lebuh raya.





 P/S - Gambar sekadar hiasan



.

Wanita dengan penyakit ganjil


Seorang wanita yang menghidap penyakit ganjil iaitu dia rebah setiap kali ketawa bimbang dia mungkin menurunkan sakit aneh itu kepada anak lelakinya.

Kelly Timson, 25, tidak boleh menyaksikan pertunjukan jenaka atau malah pergi ke pub bersama temannya kerana setiap kali dia ketawa, dia akan rebah. Kelly mengalami keadaan neurologi yang jarang berlaku dipanggil Cataplexy bermaksud tubuhnya mencapai tahap lumpuh sepenuhnya akibat tindak balas emosi seperti geli hati, terkejut, marah dan malah, sayang.

Hanya merenung dengan penuh kasih sayang kepada dua anaknya, Charlie, lima dan Ronnie, dua tahun menyebabkan Kelly tidak dapat bergerak atau bercakap. Dia sering rebah di lantai dan mencederakan dirinya. Pada satu ketika dia hampir lemas selepas jatuh dengan muka tersembam di sofa. Kelly mengalami hingga 20 serangan cataplexy dalam sehari dan memerlukan ibu atau adik lelaki di sampingnya setiap masa seandainya dia rebah. Kelly juga mengalami keadaan berkaitan dengan penyakitnya narcolepsy yang bermakna dia akan terlelap sepanjang hari, tanpa mengira apa yang sedang dilakukannya.


Kelly yang berasal dari Ashford, Kent berkata: “Saya tidak dapat menghitung berapa kali saya terlelap ketika makan malam. Malah, saya tidak boleh berkunjung ke restoran dengan teman lelaki kerana bimbang saya akan tersengguk di meja makan. Ia pasti memalukan.

“Pernah sekali, saya mendapat serangan cataplexy di pasar raya dan kemudian beberapa kali lagi. Saya mungkin mendapat serangan 20 kali dan saya rasa mungkin orang ramai memikirkan saya mengambil dadah atau mabuk. Setiap kali saya berdiri, saya rebah lagi.

“Ketika saya mendapat serangan saya boleh melihat dan mendengar tetapi saya tidak dapat bergerak atau bertutur langsung. Ia boleh hilang beberapa saat atau ia mungkin berakhir selama sejam,” katanya. - DM






.

Budak tersepit jari (3 gambar)


Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun hanya mampu menangis dan menahan sakit selama setengah jam selepas tangan kanannya tersepit di dalam mesin permainan di sebuah kedai runcit di Kedai Mulong, Kota Bahru, di sini, kelmarin.


Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, mangsa, Mohd Asyraf Mohd Huzaini dari Kampung Batu Lapan, Kadok, dekat sini, yang berkunjung ke kedai runcit itu bersama bapanya, Huzaini Yahya, 32, pada mulanya memasukkan syiling ke dalam sebuah mesin permainan, tetapi barang permainan tidak keluar menyebabkan dia memasukkan tangan kanannya di lubang mesin permainan itu.


Bagaimanapun, cubaannya mengeluarkan semula tangan gagal sehingga terpaksa ditenangkan ibunya, Rosnita Wahab, 28, dan dibantu anggota bomba. Huzaini berkata, dia terkejut mendengar anaknya menangis ketika berada di kaunter pembayaran. Katanya, sebelum kejadian, dia memberikan anaknya syiling 50 sen selepas diminta kanak-kanak itu. -Metro






.

Skytree akan dibuka


Walaupun bangunan pencakar langit di Tokyo diselimuti jerubu, namun para wartawan diberikan peluang untuk melihat sendiri struktur siaran yang kukuh berdiri tertinggi di dunia iaitu Skytree sebelum ia dibuka kepada orang ramai pada bulan depan.

Menurut pemiliknya, Tobu Tower Skytree Co, Skytree setinggi 634 meter (2,080 kaki), merupakan struktur kedua tertinggi di dunia, selepas Burj Khalifa di Dubai dengan ketinggian 828 meter (2,717 kaki).

Lif untuk menaiki ke dek pemerhati lebih rendah mengambil masa kira-kira 50 saat pada ketinggian 350 meter (1,148 kaki) dan 30 saat lagi untuk ke dek yang lebih tinggi dengan ketinggian 450 meter (1,476 kaki).

Menara radio dan televisyen yang bentuknya seakan seperti jarum itu dibina dengan tiub keluli di sekitar ruang pusat konkrit menara itu, yang direka bagi mengimbangi antara satu sama lain bagi mengurangkan tekanan sekiranya berlaku gempa bumi. - AP






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!