Sunday, April 22, 2012

Hanya dengan meminum air


Lupakan kelas tambahan dengan yuran yang mahal dan makan vitamin yang mampu meningkatkan kecerdasan otak, kerana kunci untuk lulus dalam peperiksaan sebenarnya semudah mengambil segelas air!
Satu kajian terkini mendapati, pelajar yang membawa air memasuki dewan peperiksaan dan meminumnya memperolehi gred yang lebih baik sebanyak 10 peratus berbanding mereka yang tidak.

Walaupun tidak jelas mengapa minuman membantu peningkatan pencapaian, satu teori menyatakan bahawa apabila kandungan air dalam tubuh mencukupi, maka maklumat akan mudah bergerak dengan bebas di dalam sel otak.

Penyelidik berkata, minum air juga menenangkan saraf, sementara mereka yang berasa dahaga ketika menduduki peperiksaan mudah terasa terganggu. Kajian yang dilakukan terhadap beratus-ratus pelajar universiti itu membandingkan sama ada mereka mengambil minuman termasuk air kosong, kopi atau berkarbonat sebelum memasuki peperiksaan.





.

Komputer yang dijangkiti virus berisiko hilang akses Internet


Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) memberi amaran lebih 570,000 ribu komputer di seluruh dunia akan kehilangan akses Internet pada Julai depan.
Menurut satu kenyataan FBI, masalah itu bermula apabila penggodam antarabangsa menjalankan aktiviti penipuan pengiklanan di Internet untuk mengawal komputer yang dijangkiti virus.

Bagi menghalang gangguan Internet berlaku ke atas komputer yang digodam atau sakit, FBI telah mewujudkan satu jaringan keselamatan atas talian beberapa bulan lalu melalui komputer pihak berkuasa AS.

Namun, sistem keselamatan berkenaan akan ditutup tidak lama lagi.
Buat masa ini, pihak FBI menggalakkan pengguna supaya melayari sebuah laman web yang dikendalikan oleh sebuah badan keselamatan AS, www.dcwg.org.

Laman web berkenaan akan memaklumkan sama ada komputer mereka telah dijangkiti virus dan menerangkan cara-cara bagi menyelesaikan masalah itu.

Selepas 9 Julai depan, komputer yang dijangkiti virus tidak dapat digunakan bagi mengakses Internet. - Agensi





.

Simpan gambar terkini anak-anak


Ibu bapa diingatkan supaya menyimpan gambar terbaru anak mereka yang berusia 12 tahun ke bawah bagi mengelak sebarang kesulitan sekiranya berlaku sesuatu kejadian yang tidak diingini antaranya kes culik.

Gambar terbaru itu perlu bagi memudahkan kanak-kanak terbabit dikesan pihak berkuasa dan orang ramai jika berlaku jenayah atau kes-kes kehilangan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zininberkata, kes melibatkan kanak-kanak banyak menimbulkan kesukaran kepada polis apabila ibu bapa mangsa sendiri tidak menyimpan gambar terbaru anak mereka.

Katanya, gambar anak mereka yang diberikan kepada polis kebanyakannya tidak berkualiti tinggi atau gambar lama sehingga sukar untuk dicam oleh orang ramai.

"Justeru, polis menggalakkan ibu bapa sentiasa menyimpan gambar terbaru anak mereka untuk memudahkan urusan apabila terjadinya perkara tidak diingini," katanya kepada pemberita di Janda Baik ketika menyertai program Kembara Polis Diraja Malaysia 2012, di sini hari ini.

Pada program itu, polis turut mempromosikan kempen NurAlert dengan kerjasama RHB Bank bagi mencetak seberapa banyak gambar kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah untuk dijadikan simpanan ibu bapa mereka.

"Gambar ini akan diletakkan dalam satu kad khas yang mengandungi pelbagai maklumat kanak-kanak itu termasuklah tanda lahir di badan.

"Kita akan berusaha mengambil seberapa banyak gambar kanak-kanak khususnya di kawasan pendalaman dan menggalakkan pihak sekolah untuk turut menyimpan gambar murid masing-masing," katanya.

Dalam perkembangan sama, Mohd. Bakri memberitahu, kes kehilangan remaja dan kanak-kanak dikesan meningkat saban tahun.

"Jika dilihat secara menyeluruh, kes sebegini amat membimbangkan, namun kebanyakan kehilangan terjadi dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 18 tahun," katanya.





.

Pesawat terhempas sebelum sempat mendarat (4 gambar)


Sebanyak 110 mayat mangsa nahas sebuah pesawat Boeing 737, yang terhempas sebelum sempat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Islamabad, petang semalam sudah ditemui lewat malam tadi.

Sebanyak 127 penumpang dan anak kapal dipercayai terbunuh dalam nahas itu yang berlaku dalam keadaan cuaca buruk di kawasan perkampungan Hussain Abad, di sini. Brigadier Sarfraz Ali yang mengepalai siasatan nahas itu berkata, kebanyakan mayat sukar dikenal pasti berikutan pesawat yang hangus terbakar.

"Sisa pesawat bertaburan dalam radius dua kilometer dan pasukan penyelamat terpaksa bekerja sepanjang malam tadi mencari mangsa yang selamat," katanya.


Menurutnya, berdasarkan keadaan pesawat yang musnah, tiada peluang mangsa terselamat ditemui.
Pesawat milik Bhoja Air itu dalam penerbangan dari Karachi membawa 127 penumpang, termasuk enam anak kapal.

Sumber berkata, pesawat tersebut dijangka tiba di lapangan terbang itu pada pukul 6.50 petang (waktu tempatan), namun terputus hubungan dengan menara kawalan pada pukul 6.40 petang dan dipercayai terhempas di kawasan perkampungan Hussain Abad, di sini, selepas itu.


Sementara itu, Setiausaha Pertahanan, Nargis Sethi berkata, satu pasukan siasatan ditubuhkan bagi menyiasat punca nahas.


Ketua Pengarah Penerbangan Awam Pakistan, Nadeem Khan Yusufzai pula berkata, siasatan awal mendapati cuaca buruk dengan ribut petir merupakan punca juruterbang gagal mengemudi pesawat itu. - AFP






.

Tyra Banks fires Nigel Barker, J. Alexander and Jay Manuel in America's Next Top Model


Modelling is a cut-throat business, just ask Nigel Barker, J. Alexander and Jay Manuel.
The America's Next Top Model stars have been axed by host and executive producer Tyra Banks.

Photographer Barker, 39, runway coach Alexander, 53, and creative director Manuel, 39, have been fixtures on the show however their contracts have not been renewed.
All three men have appeared on the show since it first began in 2003.
Banks confirmed the news on her official Facebook page after it was first reported in the New York Post.

'To my Nigel Barker, Miss J, and Mr Jay: Thank you for all of our years together on America's Next Top Model,' Banks wrote.


'Working with you is always an absolute pleasure. Excited for what the future holds for us.'

On his blog this morning, Barker wrote: 'I will miss the cast, the crew and ANTM will always have a special place in my heart, having made life-long friendships with countless fond memories.'
Manuel and Alexander have yet to comment.

No replacements have been announced.





.

Nelydia pengsan dalam kubur


Pernah tidak sedarkan diri selama beberapa jam, diusung keluar dari kubur oleh 10 hingga 12 orang kru pada pukul 12 tengah malam bagai satu igauan buat Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen. Ketika kejadian itu berlaku, dia berada di sebuah kawasan perkuburan Islam di Melaka kerana terbabit dalam penggambaran drama seram, Puaka Tanjung Bunga.

“Kawan-kawan beritahu, saya tidak sedarkan diri dan berkelakuan pelik sebaik dimasukkan dalam kubur. Kepala saya dikatakan berpusing ke belakang dan saya sendiri menghentak-hentakkan kepala ke tanah.

“Kru yang angkat saya mengakui, tubuh saya sangat berat sampai kena usung oleh 10 hingga 12 orang. Saya sendiri tak sedar apa-apa tetapi setelah diubati seorang pakar, keesokan harinya, saya boleh berlakon macam biasa. Mungkin saya jenis lemah semangat lagipun ketika itu saya didatangi haid,” ceritanya yang lebih mesra dibahasakan Nely tentang pengalaman menyelesaikan drama seram yang mula disiarkan di TV9, pada Rabu lalu.

Menerusi drama Fairuz Loy itu, Nelydia diberi peranan memegang dua watak sekali gus iaitu sebagai watak gadis moden dan purba.

“Saya bawa watak Mayang dan Sanur. Mayang seorang wanita kampung berusia 30-an sementara Sanur pula wanita zaman silam yang bertukar menjadi puntianak. Membawa dua watak dalam satu drama nyata mencabar diri saya dan saya berazam memberikan yang terbaik kepada penonton,” katanya yang menimba banyak ilmu daripada Faizal Hussein yang melakonkan watak kekasihnya manakala Namron pula sebagai bapa dalam drama berkenaan.

Belum meletakkan hala tuju dalam karier yang diceburi sejak berusia 13 tahun, Nelydia, 18, kini tidak berhenti menerima tawaran lakonan. Biarpun begitu, bintang drama Friday I’m in Love di TV9 itu sebenarnya tidak meletakkan bergunung harapan dalam bidang seni kerana percaya perjalanannya masih terlalu jauh.

“Walaupun orang selalu tak percaya yang saya baru berusia 18 tahun, mungkin sebab penampilan dan pergaulan saya.

“Saya meminati psikologi dan jika rancangan saya mahu sambung belajar di universiti tercapai, saya akan ambil bidang psikologi. Saya minat untuk kenal lebih dalam tentang perasaan orang lain.

“Dalam soal lakonan, saya tidak tahu sampai bila saya terus berlakon, saya cuma mahu ikut rentak karier ini,” katanya yang kini sibuk di lokasi drama Chef Cinta, sebuah siri untuk RTM.-kosmo






.

Daftar Facebook ‘cari keseronokan’


Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong semalam melancarkan laman sosial Facebook miliknya sendiri dalam usaha merapatkan hubungan bersama rakyat.

Hsien Loong, 60 memberitahu, beliau menyertai laman sosial tersebut sebagai ‘mencari keseronokan’ selepas mendapatkan maklum balas positif daripada rakan Kabinet yang menggunakan rangkaian sosial popular itu.

“Saya harap awak boleh menemui laman sosial saya yang menarik dan saya akan kongsikan perkara yang saya lakukan atau saya fikirkan, dan saya juga mahu mendapat maklum balas’’ katanya dalam entri pertama yang menggunakan nama LHL. - AFP
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!