Tuesday, May 8, 2012

Setelah pembedahan plastik, tiga wanita memiliki wajah yang sama


Wanita biasanya paling alergi jika menemukan 'kembar' mereka di suatu tempat ramai seperti mall atau kampus. Baik kembar baju, kasut, beg bahkan sepit rambut. Tapi tiga wanita yang berasal dari China ini justru melakukan hal yang sebaliknya, dengan cara yang ekstrim pula: Melakukan pembedahan plastik agar mereka bertiga memiliki wajah serupa.

Sayangnya, sama seperti anda, kita sendiri juga belum tahu apa-apa mengenai identiti ketiga wanita ini selain keterangan bahawa ketiganya melakukan pembedahan plastik. Siapa? Alasannya? Hubungan antara ketiganya? Yang pasti foto ini heboh setelah muncul di laman popular China. Hingga saat ini, foto misteri tersebut sudah dikomen oleh lebih dari 600 komentator yang sibuk mengutarakan rasa hairan dan ingin tahu atau cuba membongkar informasi dari foto tersebut.




.

Tradisi Potong Jari di Papua


Apakah ungkapan kesedihan yang boleh ditunjukkan oleh seseorang yang kehilangan anggota keluarganya? Menangis, itu paling sering kita jumpa. Bagi umumnya masyarakat pengunungan tengah dan khususnya masyarakat Wamena ungkapan kesedihan akibat kehilangan salah satu anggota keluarga tidak hanya dengan menangis saja.

Biasanya mereka akan melumuri diri dengan lumpur untuk jangka waktu tertentu. Namun yang membuat budaya mereka berbeza dengan budaya kebanyakan suku di daerah lain adalah memotong jari mereka. Hampir sama dengan apa yang dilakukan oleh para Yakuza (kelompok orangasasi garis keras terkenal di Jepun) jika mereka telah melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh organisasi atau gagal dalam menjalankan misi mereka.

Sebagai ungkapan penyesalannya, mereka wajib memotong salah satu jari mereka. Bagi masyarakat pengunungan tengah, pemotongan jari dilakukan apabila anggota keluarga terdekat seperti suami, isteri, ayah, ibu, anak, kakak, atau adik meninggal dunia.





.

Diskaun untuk tiket konsert Maher Zain di KL 16 Jun


Penyanyi yang popular menerusi lagu Thank You Allah dan InshaAllah, Maher Zain sekali lagi bakal mengadakan konsertnya di Malaysia pada 16 Jun ini. Selepas anak kelahiran Lebanon ini memukau para peminatnya menerusi persembahan di Stadium Perpaduan Kuching, Sarawak pada 19 November tahun lepas, Stadium Merdeka Kuala Lumpur menjadi pilihan untuk menghiburkan para peminatnya dengan lagu-lagu berkonsepkan ketuhanan.

Menurut Pegawai Perhubungan Marctensia Concerts Sdn. Bhd., Goh Yoke Leng, selaku penganjur konsert Maher, pihaknya menawarkan harga potongan lima peratus kepada peminat yang ingin mendapatkan tiket bagi menyaksikan konsert Maher Zain. "Bagi pembeli awal, kita tawarkan diskaun lima peratus kepada para peminat Maher Zain yang mahu menyaksikan konsert beliau di Stadium Merdeka pada 16 Jun nanti.

"Kita menjangkakan konsert Maher akan bermula pada pukul 8 malam," katanya kepada Utusan Online, di sini hari ini. Katanya lagi, para peminat Maher Zain tentu mahu mendengar penyanyi itu mengalunkan lagu daripada single terbarunya, Number One For Me yang semakin mendapat tempat di hati peminat. Konsert Maher kali ini merupakan konsert jelajah bagi mempromosikan album terbarunya berjudul Forgive Me yang sudah pun berada di pasaran.

Bagi para peminat Maher Zain, bolehlah melayari www.ticketcharge.com.my atau hubungi talian 03-92228811 untuk mendapatkan tiket konsert. Harga tiket adalah seperti berikut RM298, RM238, RM138 dan RM78. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi penganjur di talian Marctensia Concerts 03-2092-1199 atau layari laman web http://www.maherzainforgivemeconcert2012malaysia.com.my/






.

Lelaki ini selamat walaupun lehernya ditembusi panah


Seorang ayah dua anak beruntung masih hidup setelah dia ditembak melalui leher dengan panah saat dia berjalan-jalan di sebuah taman di Rusia. Konstantine Myakush, 38, sedang bersama keluarga dengan dua anak perempuan di dekat sebuah pusat olahraga di Moskow ketika dia terkena panah 20-inci.

Panah, diyakini telah dilepaskan oleh seorang anggota sebuah kelab panah, akan membunuh Myakush kalau tersasar hanya satu inci baik kanan atau kiri dengan cara menusuk arteri penting. Anehnya, Myakush tetap sedar dan bahkan memanggil isterinya dan memberitahu kejadian itu yang terus menelefon ambulans yang bergegas membawa Myakush ke hospital di mana dia menjalani scan untuk memeriksa keadaannya


Setelah memastikan panah tidak terkena organ utama, ahli bedah mebedah Myaksuh dan berhasil mengeluarkan pana. Seorang jurucakap hospital mengatakan Myakush itu sangat beruntung kerana panah tidak terkena kepalanya. "Jika terkena kepalanya, pasti dia sudah mati sekarang. Ini adalah keajaiban kerana dia selamat. "

Kelab panah menangguhkan aktiviti sambil menunggu hasil penyelidikan dan telah sepakat untuk mengakhiri sesi latihan di luar ruangan. Seorang jurucakap polis mengatakan kepada media tempatan: "Nampaknya salah seorang anggota kelab memanah dan tersasar terkena Myakush."  Bagi Myakush, dia sudah mula pulih dalam Unit Rawatan Intensif dan disahkan akan sembuh. Dia akan keluar dari Hospital dalam waktu beberapa minggu.





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!