Wednesday, May 9, 2012

Hadiah nakal Rihanna di hari lahir Adele

 
Sabtu lalu, penyanyi Adele merayakan hari lahirnya yang ke-24. Banyak kiriman hadiah yang dia dapat dari keluarga juga sahabatnya. Salah satunya, Rihanna. Namun berbeza dengan hadiah-hadiah lainnya, hadiah istimewa dari Rihanna ini agak sedikit nakal. Di hari istimewa Adele, Rihanna memberikan kek istimewa berbentuk payudara.

Bagi Rihanna bukan hal mudah menemukan hadiah untuk sahabatnya itu, apalagi Adele termasuk penyanyi muda terkaya di England. Dia juga merupakan penyanyi berprestasi yang menang 8 penghargaan Grammy. Maka tak hairan jika Rihanna tak mahu memberikan hadiah biasa untuk Adele. Hadiah Rihanna berbentuk payudara itu memang cukup mengejutkan.


Bukan hanya bagi Adele tapi juga teman-teman lainnya. Melalui akaun twitter peribadinya, Rihanna juga tak lupa memberi ucapan selamat untuk penyanyi 'Some One Like You' itu. "Happy Birthday to my lover, Adele” tulisnya seperti dipetik laman The Sun. Pada hari istimewanya itu, Adele juga menghabiskan waktu bersama sahabat juga kekasihnya Simon Konecki. Perayaannya sederhana, namun berkesan bagi Adele.




.

Didier Drogba tinggalkan Chelsea?


Didier Drogba diberi peluang terakhir untuk menandatangani kontrak baru dengan Chelsea. Pemain itu telah pun menolak tawaran kontrak baru selama setahun berdasarkan gaji semasa iaitu 100,000 pound (RM493,000) seminggu. Namun Chelsea sedia memberikan pilihan untuk lanjutan kontrak selama 12 bulan jika pemain berusia 34 tahun itu terus cemerlang pada musim depan.

Blues berharap tolak ansur sudah memadai untuk menyakinkan Drogba supaya menolak tawaran gaji 200,000 pound seminggu (RM898,000) berpindah ke China dan menamatkan kariernya bersama kelab London itu. Sumber kelab berkata: "Semua orang berharap supaya Didier kekal di sini. Dia harus realistik dengan permintaannya jika dia mahu terus bermain pada tahap tertinggi."

Pemain antarabangsa Ivory Coast itu yang akan menjadi pemain bebas pada hujung bulan ini, telah dijanjikan pakej 20 juta pound (RM99 juta) untuk beraksi di China sehingga 2014. Walaupun dia setuju untuk kekal, Chelsea tetap cuba untuk mendapatkan penyerang Napoli, Edinson Cavani atau pemain Real Madrid, Gonzalo Higuain. - AGENSI





.

Bila blogger famous follow Lulu-Pages


Alhamdulillah, sungguh pun sejak semalam tak sihat, demam, selesema dan batuk, tapi blog tetap update..
Dan pagi ni, lulu sangat terkejut+terharu dengan 'kehadiran' seorang blogger pemes.. Memang bagi lulu dia pemes sangat, sebab lulu tau blog ni dah lama. Malah sentiasa menjadi rujukan sebab blog ni memang ada segalanya-galanya yang diperlukan bagi seseorang yang sentiasa update dengan peluang pekerjaan, juga sebagai pelajar, untuk update apa saja berkaitan universiti, keputusan peperiksaan dan yang paling penting, blog ni sentiasa cepat update.

Sejujurnya, dah lama tak singgah ke blog pemes ni.. *maaf..
Pagi ni, bila nampak jer bahagian follower, tergerak hati untuk menggerakkan mouse ke arah gambar, dan tertera nama Mohd Adha Mohd Zain disitu. Mungkin bagi korang takde makna pun kan. Tapi lulu tahu, sebab dah selalu sangat ke blog ni dulu, nama tu dah ingat sangat, maklumlah nama blognya pun menggunakan nama sendiri.

Lulu tak tahu dari mana blogger ini jumpa Lulu-Pages, dan terus follow.
Namun, lulu ucapkan terima kasih sebab sudi follow Lulu-Pages. Lulu dah follow blog kamu, maklumlah, dulu bila selalu singgah, lulu takde blog. Sekarang dah ada bolehlah follow..huhu...


Korang, jom singgah blog pemes ni.. siyes tak menyesal..
Tengok sendiri apa istimewanya blog ni..











.

Dewasa kembali ke alam kanak-kanak


Sejenis penyakit yang menyebabkan usia penghidapnya berundur ke belakang menyebabkan pasangan adik beradik pertengahan umur kembali kepada zaman kanak-kanak mereka. Bekas anggota Tentera Udara Diraja Britain (RAF), Michael Clark, 42, kehilangan tempat kediaman dan kini berkelakuan seperti budak 10 tahun. Sementara adiknya, Matthew, 39, hilang pekerjaan di sebuah kilang dan mula berkelakuan seperti kanak-kanak walaupun mempunyai seorang anak perempuan berusia 19 tahun, Lydia, yang kini mengandung.

Keadaan menyedihkan itu mempunyai persamaan dengan filem lakonan Brad Pitt, The Curious Case of Benjamin Button, yang mengisahkan seorang lelaki tua kembali menjadi muda. Pasangan adik beradik itu kini menghabiskan masa menonton siri The Smurfs, memakan keropok dan bermain permainan ular dan tangga. Bapa, Anthony, 63, yang menjaga kedua-dua anaknya itu bersama isteri, Christine, 61, berkata: “Mereka berubah dari orang dewasa dengan berpekerjaan dan berumah tangga kepada keadaan kanak-kanak. “Mathhew keluar beberapa hari lalu dan membeli set permainan kereta api. Perkara yang menarik minat kanak-kanak menjadi minat mereka.”


Bekas pengawal penjara itu yang berasal dari Lincoln juga berkata: “Matthew sering berkelakuan teruk. Dia akan menjerit, ‘Saya tidak tahu apa yang saya lakukan. “Tidak ada apa yang boleh kami lakukan untuk membantu mereka. Kami tidak berupaya.” Kedua-dua beradik itu mula berkelakuan ganjil selepas ibu bapa mereka bersara dan berpindah ke Sepanyol pada 2007. Keadaan semakin teruk tahun lalu apabila Michael diusir dari rumahnya dan hidup bergelandangan selama tiga minggu. Pekerja sukarela yang bersimpati membawanya menemui seorang doktor sebelum pakar mengesahkan dia menghidap leukodistrofi. Ujian lanjut mengesahkan, Matthew yang pernah bekerja dengan syarikat pembuat biskut, Walkers, juga menghidap penyakit itu.

Penyakit neurologikal atau kecelaruan saraf itu adalah perkara biasa di kalangan bayi yang baru lahir tetapi dihidap oleh kira-kira 100 orang dewasa di Britain. Ia menyerang otak, sistem saraf dan saraf tunjang. Kedua-dua beradik itu kini semakin hilang kemampuan untuk bercakap dan kini tidak boleh berjalan. Mereka mudah buat perangai dan merangkak sekeliling rumah ibu bapa mereka yang terpaksa berhenti daripada persaraan untuk menjaga kedua-dua beradik itu.

Dalam filem The Curious Case of Benjamin Button, Brad Pitt memainkan peranan lelaki yang usianya mengundur ke belakang. Ia bermula dengan seorang pembuat jam yang meratapi kematian anaknya pada 1918 dan memutarkan jam untuk mengundurkan masa. - Mirror



P/S - Filem Brad Pitt itu memang terbaik.. korang dah tengok?




.

Lihatlah akibat putus cinta


“Ketika saya mendekatinya, dia menjerit sambil berdiri di tepi jambatan untuk terjun. “Saya hampiri lelaki itu dan cuba memujuk sebelum dia meminta saya hubungi bekas kekasihnya bagi memaklumkan tindakannya itu.” Itu kata Ho Leng Hong, 24, saksi kejadian yang berusaha menyelamatkan seorang lelaki yang cuba terjun dari Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 7.8, menghala ke Butterworth di sini, petang semalam. Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, lelaki terbabit berusia 20-an dari Taman Merak, Simpang Ampat, dekat sini, cuba terjun dari Jambatan Pulau Pinang selepas kecewa akibat putus cinta. Ho berkata, sebelum kejadian dia dalam perjalanan ke Kulim, Kedah dan mendapati orang ramai berusaha menyelamatkan seorang lelaki yang berdiri di tepi jambatan. -Metro





.

Lelaki aktif sukan elak osteoporosis


Lelaki berusia awal 20-an yang aktif bermain bola sepak, bola tampar, bola keranjang atau sebarang jenis sukan beban tinggi mampu mengelak daripada penyakit osteoporosis atau reput tulang, menurut satu kajian terkini. Penyelidik kanan kajian tersebut, Dr. Mattias Lorentzon dari Universiti Gothenberg, di sini berkata, aktiviti beban tinggi bukan hanya membantu dalam pembinaan tulang, malah turut menjadikan tulang lebih besar berbanding mereka yang tidak berbuat apa-apa pada usia yang sama.

Menurut beliau, tulang besar yang padat dikatakan memberi lebih perlindungan menentang osteoporosis, satu penyakit yang menyerang lelaki dan wanita di mana tulang menjadi poros dan lemah sejajar pertambahan usia terutama ketika mencecah usia separuh abad. "Osteoporosis sebenarnya bermula ketika usia 25 tahun apabila tulang mula hilang tisunya. Kajian ini memberi mesej jelas bahawa semakin banyak anda bergerak, semakin banyak tulang dihasilkan," katanya.

Menurutnya sukan yang melibatkan pemainnya melompat, bermula dengan pantas dan kemudian berhenti berupaya meningkatkan beban kepada tulang, sekali gus memberi perlindungan secara semula jadi. Dr. Lorentzon dan pasukannya mendapati, bola keranjang dan bola tampar adalah permainan yang paling berkesan untuk membina kepadatan tulang, diikuti bola sepak dan tenis. Osteoporosis menyerang lebih 200 juta penduduk dunia dan ia biasa menyerang wanita, namun lelaki tidak terkecuali, terutama apabila usia mereka melebihi 65 tahun.

Kajian tersebut dijalankan di kalangan 833 lelaki berusia 18 hingga 20 tahun dengan mengukur kepadatan tulang dan lain-lain maklumat seperti tabiat senaman. Lima tahun kemudian, responden dipanggil semula bagi mengimbas kepadatan tulang dan aktiviti yang dilakukan. Penyelidik mendapati, lelaki yang terlibat dengan sukan beban tinggi selama empat jam setiap minggu atau lebih, menunjukkan peningkatan kepadatan tulang pinggul sebanyak 1.3 peratus. Sebaliknya, lelaki yang tidak melakukan sebarang sukan kehilangan 2.1 peratus kepadatan tulang pinggul, mendedahkan mereka kepada risiko tulang rapuh. - AGENSI




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!