Wednesday, May 16, 2012

Anehnya kejadian ni


Ayam milik Sohib yang sudah seminggu disembelih tapi masih hidup. Ayam jantan milik Sohib Anam (36), warga Jalan Imam Bonjol, Kecamatan Sampang, Kabupaten Sampang, Jawa Timur, tergolong aneh. Sudah seminggu lehernya disembelih, tapi masih tetap hidup. Ayam itu menurut Sohib, rancangannya mahu dijadikan makanan hidangan ketika upacara 40 hari kelahiran anaknya yang kedua. Namun, acaranya sudah tetapi ayamnya tidak jadi dihidangkan kerana masih tegap berdiri seperti ayam yang tidak disembelih.

“Saya hairan ayam yang satu ini, sebab yang disembelih ada tiga ayam. Dua ayam mati biasa dan yang satu ini meskipun sudah putus tenggorokan dan saluran pernafasannya tidak mahu mati hingga seminggu,” terang Sohib. Ayam berbulu hitam kombinasi merah itu seperti biasa berjalan dan mencari makanan seperti ayam lainnya. “Kalau makan dan minum itu tetap seperti biasa, tetapi keluar lagi dari tenggorokannya yang terputus itu,” tambah Sohib, hairan.





.

Kanak-kanak gajah ini bertarung nyawa untuk diselamatkan


Seorang anak muda Uganda berjuang untuk hidupnya setelah kakinya bengkak 'ukuran gajah'. Vincent Oketch, 10, tidak mampu berjalan dan terpaksa memakai gaun gadis kerana dia tidak dapat mengenakan seluar dengan keadaan itu. Doktor di desanya dari Peta kini meminta bantuan internasional, kerana dia boleh mati jika tidak diubati. Ayahnya Tito Opoya berkata: "Ini benar-benar mengganggu dia kerana dengan keadaannya dia sukar bergerak. Dia kecil, tapi kakinya benar-benar berat dan lebih berat dari tubuhnya. '

Masalah itu bermula ketika Vincent 18-bulan, tapi keluarganya terlalu miskin untuk membawanya ke klinik. Setelah besar, kakinya juga membengkak. Namun, doktor hairan apa punca kejadian itu.  Doktor melakukan scan MRI dan pada awalnya diyakini Vincent menderita campuran rumit dari sistem limfatik yang rosak, kaki gajah dan deformitas jaringan. Mereka juga menemukan pembengkakan telah mempengaruhi tulang Vincent, yang mengarah ke pinggul dan pergelangan kaki yang rosak. Namun, mereka mengatakan hasil biopsi menunjukkan Vincent sekarang juga mungkin memiliki fasciitis necrotising, infeksi makan daging, yang boleh mengakibatkan keadaan yang lebih buruk jika tidak diubati.

Dr Osire berkata: "Rumah sakit sekarang sedang mempertimbangkan untuk mengamputasi kaki Vincent di paha. Saya sangat risau tentang ini, kerana kami dengar diagnosa yang berbeza. "Sukar untuk mengetahui apa yang benar. ' Seorang doktor Inggris yang sedang mengunjungi Uganda berharap untuk dapat melihat Vincent di beberapa minggu akan datang untuk menilai sendiri keadaannya.





.

Orang utan yang ada ipad


Bagi orang utan yang hidup di zoo Milwaukee, Amerika Syarikat, hidup bukan hanya terbatas kepada makan, tidur, dan bermain. Namun, mereka juga sudah mula mengenal teknologi. Orang utan di beberapa zoo di sana sudah dikenalkan dengan teknologi komunikasi bernama iPad. Dengan gadget itulah, orang utan boleh menonton filem, menggambar, dan membuat muzik. Para penjaga zoo juga berkomunikasi dengan orang utan itu menggunakan iPad.



P/S - Wah..





.

Michelle Obama berpakaian sama dengan langsir?


Dalam semangat musim bunga, Michelle Obama dan Jill Biden berpakaian warna ceria. Isteri Obama dan isteri dari Wakil Presiden Joe Biden, yang keduanya memiliki gaya berbeza, namun sama warna berdiri di depan tirai langsir White House yang juga sama warna - kuning. Mereka, menyambut anak-anak tentera, ibu dan nenek ke White House untuk Mother's Day and Military Spouses Appreciation Day Tea, tradisi tahunan.

Menghormati ibu tentera untuk menjadi idola yang luar biasa' untuk anak-anak mereka, masyarakat dan negara.  Anak-anak memberikan hadiah kepada ibu mereka sebelum Michelle dan Jill Biden memberi ucapan ringkas.





P/S - Warna baju tu memang ceria.




.

Aneh!! Musim sejuk jadi Ulat, Musim panas jadi Rumput


Ulat dan rumput bukan benda yang asing lagi dalam kehidupan kita. Tapi bagaimana dengan rumput ulat, pernahkah anda bayangkan bagaimana bentuknya? Tapi itulah nama tumbuhan unik dan menakjubkan yang ketika ini hanya boleh hidup di dataran tinggi Qingzhang (terletak 3500 meter di atas permukaan laut) China ini.

Ajaibnya, rumput ulat yang memiliki nama latin Cordyceps ini merupakan kombinasi ulat dan rumput. Selama musim sejuk, cordyceps hidup di dalam tanah seperti ulat, sedangkan di musim panas dia akan keluar dari tanah dan tumbuh menjadi tanaman kecil. Subhanallah!! Memang aneh.






.

Perbincangan antara muslim dan bukan muslim mengenai Wanita


Lelaki bukan Muslim bertanya: "Kenapa dalam Islam wanita tidak boleh berjabat tangan dengan lelaki?"

Syaikh menjawab: "Bolehkah kamu berjabat tangan dengan Ratu Elizabeth?

Lelaki bukan Muslim menjawab: "Oh tentu tidak boleh! cuma orang-orang tertentu saja yg boleh berjabat tangan dengan ratu."

Syaikh tersenyum dan berkata:" Wanita-wanita kami (kaum Muslimin) adalah para ratu, dan ratu tidak boleh berjabat tangan dengan lelaki sembarangan (yang bukan mahramnya)"

Lelaki bukan Muslim bertanya lagi :"Kenapa perempuan Islam menutup tubuh dan rambut mereka?"

Syaikh tersenyum dan mengeluarkan 2 biji gula-gula dari sakunya. Dia membuka yang pertama dan yang satu lagi dibiarkan terbungkus. Dia melemparkan keduanya ke lantai yang kotor. Syaikh bertanya: " Jika saya meminta anda untuk mengambil satu gula-gula, mana yang anda pilih?"

Lelaki bukan Muslim menjawab: "Yang tertutup.."

Syeikh berkata: " Itulah cara kami memperlakukan dan melihat perempuan kami "





P/S - ^__^





.

Carlos Tevez buat hal lagi..


Manchester United menerima permintaan maaf Manchester City atas tindakan tidak terpuji Carlos Tevez ketika perayaan gelaran Premier League. Pihak MU memuji sikap The Citizens yang segera mengutarakan minta maaf. Tevez menodai perayaan gelaran Premier League ManCity. Striker internasional Argentina itu tertangkap kamera memegang sepanduk bertulisan "RIP Fergie" di tengah-tengah perayaan pasukan di atas bus terbuka.

Tevez, yang keluar dari MU ke ManCity pada 2009, diyakini mendapatkan sepanduk itu dari fans The Citizens. Atas tindakan tersebut, ManCity kemudian mengutarakan permintaan maaf terbuka kepada MU dan Sir Alex Ferguson. Pihak MU, melalui CEO David Gill, menerima permintaan maaf tersebut. Gill memuji sikap ManCity yang segera meminta maaf melalui laman rasmi mereka. "Saya fikir sudah tepat. Kelab bertindak sangat cepat.  Saya fikir tindakan itu bodoh, tapi ManCity bertindak sangat tepat. Kami memandang masa depan dan tumpuan ke isu lain," ujar Gill kepada Sky Sports News HD.

Tevez sendiri telah memohon maaf dan mengaku terbawa-bawa kepada perayaan. Sedangkan Presiden Asosiasi Bolasepak Inggris (FA), David Bernstein, menegaskan pihaknya akan menyelidiki kejadian tersebut. "Saya melihatnya sebagai tindakan bodoh. Saya tidak tahu semua fakta, dan saya akan menyerahkan masalah ini kepada orang-orang di FA, yang akan melihatnya secara profesional," ujar Bernstein.




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!