Monday, June 11, 2012

Perdana Menteri tertinggal anak di restoran.



Perdana Menteri Britain, David Cameron dan isterinya tidak sedar yang mereka telah meninggalkan anak perempuan mereka yang berusia lapan tahun di restoran selepas selesai makan tengah hari pada Ahad. Akhbar The Sun UK dalam laporan eksklusif mereka pada Isnin menyebut, David Cameron dan isterinya, Samantha dengan segera berpatah balik ke restoran berkenaan, Plough Inn di Cadsden sebaik sahaja mereka sedar kehilangan Nancy dan menemui anak mereka sedang duduk bersama-sama kakitangan restoran berkenaan.

“PM dan isterinya Samantha berasa cemas sebaik sahaja mereka sedar yang Nancy tidak berada bersama mereka di dalam kereta dan dengan segera berpatah balik ke restoran berkenaan," kata satu kenyataan ringkas dari pejabat perdana menteri kepada akhbar berkenaan.Ketika mereka meninggalkan restoran berkenaan, Nancy sedang berada di dalam tandas. Nancy dilaporkan telah ke tandas tanpa memaklumkan kepada mereka ketika Cameron dan isterinya sedang bersiap sedia untuk meninggalkan restoran itu untuk kembali ke kediaman desa mereka.


Cameron bersama-sama isteri dan anak-anaknya Nancy, Arthur, dan Florence yang berusia 22 bulan dan dua keluarga yang lain telah ke Plough Inn berhampiran dengan kediaman desa mereka di Chequers untuk menikmati makan tengah hari. Mereka ke restoran berkenaan menggunakan dua buah kenderaan dengan perdana menteri menaiki kereta bersama-sama pengawal peribadinya manakala isterinya menaiki sebuah lagi kereta bersama anak-anak. Masing-masing beranggapan Nancy berada bersama satu sama lain ketika kejadian itu berlaku.






.

Usain Bolt kemalangan.. Adakah dia okay?



Usain Bolt terlibat dalam kemalangan kereta pada hari minggu di tanah airnya di Jamaica, tetapi nasib baik, manusia yang terpantas didunia ini tidak mengalami kecederaan. Usain Bolt yang juga juara tiga kali Olimpik kembali dari sebuah pesta dengan rakan-rakannya ketika dia terlibat dalam sebuah kemalangan di ibukota Jamaica Kingston. "Tidak ada kecederaan sama sekali. Dia baik-baik saja dan sedang berehat di rumah, "menurut sumber kepada pemberita di Jamaica.


Polis berkata kemalangan itu masih dalam siasatan, tapi nampaknya atlet itu hilang kawalan keatas keretanya, jenis BMW. Dan dipastikan juga bahawa, rakan atletnya, Asafa Powell juga dalam perjalanan yang sama, namun berlainan kereta dan turut berada di tempat kejadian selepas kemalangan itu.






.

Berita mengejutkan dari kekasih pemain spain..whoop apakah



Berita mengejutkan dari penyanyi 'Waka waka (This time for Africa), Shakira dikhabarkan sedang mengandung anak pertamanya. Dia yang sedang bercinta dengan pemain bola sepak Spain, Gerard Pique selama lebih dari setahun dan mereka baru saja membeli rumah bersama.


Tapi penyanyi itu asyik tersenyum saat dia berjalan melalui kapal terbang LAX semalam setelah dia menolak kebenaran berita itu. 'Ianya adalah palsu, "kata jurucakap Shakira. Kumpulan pengurusannya ingin memusatkan perhatian pada album baru Shakira dan mengatakan penyanyi itu terlalu sibuk di studio. Laman Latin telah mendedahkan bahawa Shakira hamil dua bulan dan akan bersalin pada akhir tahun ini.


Shakira kemudian dilihat memberi sokongan padu buat kekasihnya dalam perlawanan Sepanyol vs Itali di Poland malam tadi yang mana perlawanan berkesudahan 1-1.






.

Ini kata Mr Bean mengenai filem palsunya di Indonesia



Berita Mr.Bean palsu berlakon dalam filem dengan Dewi Perssik dalam Mr.Bean Kesurupan Depe rupanya sudah sampai ke pengetahuan Mr. Bean asli. Mr.Bean asli, Rowan Atkinson, membuat kenyataan soal filem tersebut di akaun rasmi Facebook-nya. Atkinson mengingatkan kepada peminatnya bahawa, dia sama sekali tidak berlakon dalam filem itu dan tak ada kaitan langsung dengan filem tersebut.

“Hallo, fans Mr. Bean di Indonesia, kami baru saja dengar ada filem Indonesia dengan tajuk ‘Mr.Bean’,” kata Mr.Bean asli di Facebook-nya. “Harap maklum (film itu) tak ada kaitannya dengan Mr.Bean yang kalian sayangi mahupun Mr.Rowan Atkinson, jadi sebaiknya janganlah menonton agar tak kecewa.” Di Mr.Bean Kesurupan Depe ada seseorang yang mirip Mr.Bean yang dalam judul maupun credit title disebutkan sebagai “Mr.Bean” dan “Mister Bean.”


Selama ini, produsernya KK Dheeraj dan bintangnya, Dewi Perssik mendedahkan di media filem mereka dibintangi Mr.Bean asli Inggris. Perwakilan agensi Atkinson di Inggris sudah mengatakan bintang itu tak berlakon dalam filem tersebut.





.

Cara terkini pengemis minta sedekah


Seorang lelaki menggunakan sekeping kadbod yang mengandungi penjelasan kenapa dia mengemis di laluan pejalan kaki di sini kelmarin. Lelaki itu duduk di tepi kadbod semasa dia mengemis. Kadbod itu mengandungi tulisan dalam bahasa Sepanyol yang menyatakan dia tidak mempunyai sebarang pekerjaan dan pendapatan. Menurut keterangan pada kadbod itu, dia yang merupakan seorang rakyat Sepanyol meminta sebarang bantuan daripada orang ramai termasuk makanan. - Agensi








.

Sebab kenapa bapa Lee Chong Wei mahu bunuh diri



Polis hari ini menggagalkan dua cubaan membunuh diri bapa kepada seorang ahli sukan negara termasuk di atas Jambatan Pulau Pinang. Lelaki berusia 59 tahun itu yang menetap di Butterworth pada mulanya dikatakan cuba membunuh diri berhampiran pusat beli-belah Queensbay, Bayan Lepas awal pagi ini namun digagalkan pihak polis yang bertindak memujuknya. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Polis Azman Abd. Lah berkata, pihaknya menerima maklumat lelaki itu sedang menangis di tepi laut berhampiran pusat membeli belah Queensbay kira-kira pukul 4 pagi ini. 

"Pasukan peronda dihantar ke tempat kejadian dan bertindak memujuk beliau agar pulang ke rumahnya. "Anggota kita mengambil masa kira-kira tiga jam untuk memujuknya sebelum dia mahu pulang dengan baik," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. Beliau berkata, pasukan peronda polis itu juga bertindak mengiringi bapa ahli sukan itu yang memandu kereta bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini. "Sebaik tiba di kilometer dua Jambatan Pulau Pinang kira-kira pukul 7.45 pagi, dia memberhentikan kereta di tepi jambatan dan keluar serta cuba terjun ke laut.


Bagaimanapun hasil tindakan pantas polis, kita berjaya menyelamatkannya," kata Azman. Menurut beliau, lelaki itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah SPT untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan. "Berdasarkan keterangan awal, beliau mendakwa menghadapi masalah keluarga kerana anggota keluarganya tidak mempedulikannya," kata Azman.



 P/S - Gambar dari kosmo





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!