Sunday, June 17, 2012

Aneh! Wanita ini rela tidur dengan mayat kerana cinta


Seorang janda yang berasal dari Argentina, Adriana Villareal, 43 tahun, benar-benar cinta mati pada suaminya, Sergio Yede. Meskipun suaminya sudah meninggal dunia 2010 lalu, Villareal menemaninya di kuburan. Dipetik dari News.com.au, setidaknya dalam setahun, Villarel meluangkan waktu selama 20 hari untuk tinggal dengan jenazah suaminya di Taman Makam San Lazaro, Dos de Mayo, Argentina. Ketika mengunjungi suaminya, dia selalu membawa peralatan masak, laptop dan modem internet, radio, dan perlengkapan lainnya.

"Dia biasa tinggal tiga atau empat malam di sana. Aktiviti yang dilakukan salah satunya memasak makanan untuk dirinya sendiri," kata anggota polis tempatan, Gustavo Braganza. Bahkan ketika polis datang untuk menegurnya, Villarel menyambutnya dengan menggunakan baju pijama yang dikenakan ketika tidur di samping jenazah suaminya.


"Perilaku seseorang yang tidur di samping mayat tidak dapat dibenarkan". Meskipun ditegur, Villareal tetap berkeras sekaligus ingin membuktikan maut tak dapat memisahkan cinta. "Ketika anda mencintai seseorang, anda akan lakukan apapun," kata Villareal.






.

Ngeri! Ada cacing sepanjang 12 cm keluar dari mata



Tidak terbayang ngerinya cacing hidup dikeluarkan dari mata pesakit berusia 82 tahun di RS Thiruvananthapuram India kerana mengadu matanya sakit berair dan juga merah. Pesakit ini mengaku merasakan gejala itu selama lebih dari seminggu dan segera menemui doktor mata. Cacing yang berhasil dikeluarkan dari mata pesakit itu panjangnya sekitar 12 sentimeter diamater 45 milimeter dan masuk ke dalam jenis Dirofilaria tenui.

Cacing ini menyebar melalui darah setelah digigit oleh nyamuk khususnya jenis Aedes Anophelesdan Culex dan serangga terbang lainnya setelah dalam tubuh telur cacing tadi menjadi larva dan berkembang menjadi cacing yang hidup dalam cairan tubuh seperti cairan tulang belakang, dan apa saja yang mengalir.


Pesakit yang merasakan gejala sakit dan merah di mata juga mengaku merasakan sesuatu yang bergerak di dalam matanya.  Cacing ini boleh hidup di beberapa bahagian mata termasuk di cairan mata atau di retina.







.

Kenali lelaki yang telah menang sebagai juara sendawa


Setiap kelompok orang memiliki budaya dan standard etika yang berbeza-beza. Kalau untuk beberapa kelompok orang, sendawa merupakan hal yang buruk, maka bagi kelompok yang lain bersendawa di depan umum adalah hal yang lumrah. Tapi bagi sebahagian orang lagi, sendawa merupakan amalan olahraga yang menyihatkan bagi perut. Kalau bagi anda sendawa yang berbunyi serta dilakukan di depan umum merupakan hal yang melanggar etika, tidak demikan bagi 5 peserta Pertandingan Sendawa Dunia (World Burping Championship).

Kelima peserta itu bertemu di New York, Amerika Syarikat, untuk pertandingan sendawa. Tim Janus, salah satu di antara kelima peserta itu berhasil menang kejuaraan Sendawa. Tim melakukan sendawa terus menerus dengan catatan waktu terlama iaitu 18.1 saat. Menurut pengakuan Tim kepada Huffington Post, dia sudah sering melakukan sendawa setiap kali keluar bersama teman-temannya, atau sedang berada di rumah bersama keluarganya.

Bahkan dia juga tidak malu melakukannya di depan umum seperti tempat letak kereta. Jadi tidak ada masalah bagi Tim untuk melakukan di dalam sebuah pertandingan di atas pentas. Setelah menang kejuaraan itu, nama Tim menjadi terkenal di seluruh dunia. Tapi dia bukanlah orang yang berhasil memecahkan rekod dunia. Kerana seorang yang berkebangsaan Itali, Michele Forgione-lah yang memegang rekod dunia sendawa terpanjang selama 1 minit 13 saat.





.

Nyawa lelaki ini selamat hanya kerana aiskrim


Banyak hal biasa dalam hidup yang ternyata boleh menyelamatkan hidup kita. Seperti contohnya kisah seorang lelaki yang berhasil diselamatkan nyawanya dengan menggunakan aiskrim. Dilaporkan oleh pejabat berita RIA Novosti, seorang lelaki yang tidak disebutkan identitinya di Ukraine dilaporkan tiba-tiba saja terjatuh tepat di tengah jalan. Lelaki ini khabarnya sedang mengalami masalah serius dengan kesihatannya. Namun sayangnya, tidak ada orang yang mauh menolong lelaki malang tersebut.

Ini adalah kerana, mereka terfikir tubuh yang sedang terkapar di tengah jalan itu adalah seorang lelaki yang tengah mabuk teruk. Nasib baik tidak lama setelah itu, seorang petugas polis lalu lintas yang diketahui bernama Vasily Maksimenko melintas dan mengetahui kejadian tersebut. Maksimenko pun mendekati lelaki itu dan mendengar dia membisikkan "kekurangan gula". Mendengar hal itu Maksimenko tidak langsung memanggil paramedik. Sebaliknya dia hanya menuju ke kedai yang tidak jauh dari tempat itu untuk membeli aiskrim.

Ternyata keputusan yang diambil Maksimenko ini tepat kerana tidak lama setelah memakan aiskrim yang dibelikan Maksimenko, lelaki ini pun kembali segar. Merasa sangat berterima kasih kerana telah menyelamatkan nyawanya, lelaki itu khabarnya mendesak pihak polis untuk memberikan penghargaan kepada Meksimenko atas tindakan tersebut.






.

Aneh dan menakutkan! Kelawar Berlidah “Ular” dari Ecuador


Dengan bantuan kamera slow motion, kumpulan dari National Geographic berhasil menemukan bahawa spesies kelawar pemakan nektar bermulut tabung atau Anoura fistulata memiliki lidah yang super panjang. Lidah kelawar ini lebih panjang dari tubuhnya. Tubuh haiwan malam ini hanya 2.5 inci sementara lidahnya 3.5 inci. Jika bahagian tubuh dan lidah manusia sama dengan haiwan ini, panjang lidah manusia ialah 2.75 meter.

Dengan lidah yang begitu panjang, maka padanlah jika kelawar ini dipanggil berlidah ular. Ketika ia hendak makan, mulut kelawar membuka dan lidahnya menjulur bagaikan ular.






.

Bila menggunakan gadget, wanita ini diserang alergi


Hampir semua orang akan mengiyakan bahawa teknologi moden dan gadget akan memudahkan kehidupan. Namun, Hannah Metcafe harus menghindari segala jenis teknologi demi kesihatannya. Hannah, 34 tahun, akan langsung mengalami sakit kepala parah dan kejang di bahagian perut ketika terkena gelombang elektromagnet. Semua hal-hal berkaitan teknologi harus dia jauhi untuk menjaga kesihatan bayi dalam kandungannya. Wanita ini pernah mengalami keguguran pada 2010. Dia percaya hal tersebut dipicu gelombang lampu dari pejabat tempatnya bekerja.

Keadaan yang dialami Hannah disebut sensitiviti elektro. "Seminggu lalu saya mengalami pendarahan parah dan saya yakin saya telah keguguran lagi. Syukurlah, bayi saya baik-baik saja," katanya seperti dipetik dari Mirror. Di usia kehamilannya yang mencapai 11 minggu, Hannah akhirnya berhenti bekerja. Dia sebaik mungkin akan menjauhi gelombang elektromagnetik, termasuk kafe yang menyediakan Wi-Fi. "Itu membuat saya sakit dan saya harus mempertimbangkan semua yang saya lakukan demi bayi saya."

Dia kini tinggal di daerah pinggiran dekat Canterbury, Kent, dengan pasangannya yang seorang petani, Mark Terry, 34. Semua hal berteknologi, seperti telefon, Wi-Fi, bahkan lampu jimat tenaga dialihkan dari rumah mereka. Ibu seorang kanak-kanak ini mengaku dirinya pernah membeli sebuah iPad pada November tahun lalu. Tapi hanya beberapa minit menggunakannya, perutnya merasa sangat sakit.

"Saya ingin sekali pergi ke kafe, tapi di mana-mana ada Wi-Fi. Tidak ada tempat yang aman." Hannah menduga, sensitivitinya ini disebabkan penggunaan bahan pewarna kulit yang digunakannya ketika remaja demi membantu memerangi penyakit kulit psoriasis.-mirror






.

Kambing biri-biri anggap ia adalah seekor anjing


Jack begitu yakin bahawa ia adalah seekor anjing sehingga ia mahu memakai ikat leher, mengambil tulang yang dilontar dan berdiri dengan kaki belakang. Bahkan cuba belajar untuk menyalak. Kambing biri-biri yang berusia enam bulan tersebut juga tidak mengakui spesiesnya sendiri, dan cuba menggembala kambing biri-biri lain ketika ia dimasukkan kedalam kandang. Namun, satu-satunya hal yang tidak membezakan Jack dari kambing biri-biri lainnya adalah ia tetap makan rumput.




P/S - Selamba jer dia 'lepak' sebelah anjing tu..




.

Merentasi air Terjun Niagara. Bahaya namun berjaya



Pelagak ngeri, Nik Wallenda berjaya menjadi manusia pertama yang melakukan aksi berjalan di atas kabel merentasi Air Terjun Niagara di Ontario. Dalam aksi berbahaya itu, Wallenda, 33 berjalan di atas kabel selebar hanya lima sentimeter yang digantung pada ketinggian 550 meter di atas air terjun di Kanada itu, sambil disaksikan oleh beratus-ratus ribu penonton.

Dengan bantuan kayu pengimbang, dia secara perlahan-lahan mendapat keseimbangan untuk berjalan di atas kabel itu dalam keadaan yang berkabus dan basah, mengambil masa selama 30 minit untuk menyempurnakannya, kurang daripada tempoh yang diramalkan sebelum ini. Kejayaannya itu meningkatkan lagi kegemilangan dan legenda keluarga Wallenda yang terkenal sejak beberapa dekad dengan aksi lagak ngeri mereka dari paras ketinggian yang menggayatkan.


Dia turut dibekalkan dengan radio dua hala dan alat pendengar bagi membolehkannya berkomunikasi secara langsung dengan bapanya, Terry Troffer. - AFP






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!