Thursday, June 21, 2012

Pose Lucu Tupai saat Meminta Makan


Foto yang luar biasa ini ditangkap ketika seekor tupai lapar melihat ke langit untuk meminta makan. Sekali dalam seumur hidup gambar menakjubkan ini diambil oleh Martin Patten yang menyaksikan adegan di Pusat Margasatwa Inggris di Surrey. Lelaki dari Watford ini sedang dalam perjalanan dengan fotografer amatur lainnya ketika dia melihat perilaku aneh tupai. Ayah satu anak ini berkata dia langsung mengambil gambar. Dia berkata: "Ketika pertama kali melihat tupai itu, ia sangat bersemangat berjalan kesana kemari mencium makanan.

Kemudian tupai itu mengangkat tangan seolah-olah sedang meminta makanan. "Ia di sana selama tiga puluh minit, seperti sedang memohon. "Saya terus menyedari bahawa hal itu akan menjadi kesempatan yang besar untuk mengabadikannya melalui gambar.






.

Aneh pada binatang ini luar biasa


Di Riyadh, diberitakan seekor kambing lahir dengan mahkota di kepalanya. Adanya mahkota di kepala kambing tersebut sehingga pemiliknya memanggilnya "sang ratu". Seperti dipetik oleh Emirates 247, Abdul Maghni Al Mahmadi terkejut melihat kambing peliharaannya tumbuh jambul yang aneh dikepala dan menyerupai mahkota. Khabar mengenai kambing ini pun tersebar cepat, tak berapa lama setelah sang ratu lahir seorang lelaki menawarkan sehingga 15 ribu riyal untuk kambing tersebut. Bahkan setelah dua hari kelahirannya banyak tawaran muncul sehingga 45 kali ganda penawaran harganya.

Tapi selalu ditolak si pemiliknya. Baginya lebih baik memelihara kambing itu dan berharap dapat mengikuti pertandingans kecantikan kambing yang diadakan setiap tahun di Arab saudi. -AP





.

Ketagihan cuci rambut dan muka menggunakan mayonis


Banyak ketagihan aneh yang dialami oleh sebahagain manusia di bumi. Sebelum ini ada orang yang pernah melaporkan mengenai wanita yang minum air kencingnya sendiri. Tapi ketagihan mayonis yang dialami oleh Philippa Garfield lebih unik lagi. Ini adalah kerana sepatutnya ia dipakai untuk makan, namun wanita yang berasal dari London ini juga memakainya sebagai shampoo dan minyak rambut. Mayonis merupakan pelengkap makanan yang dibuat dari campuran, telur, minyak, cuka, sari lemon hingga beberapa campuran bahan alami lainnya. Rasa mayonis yang enak dengan tekstur yang lembut membuatkan ramai orang menyukai makanan ini.

Tidak sedikit dari mereka yang meminta tambahan mayonis untuk beberapa hidangan tertentu. Tapi seperti yang dipetik oleh Oddity Central, apa yang dilakukan Philippa Garfield melebihi kebiasaan umum. Ya, seolah ketagihannya terhadap mayonis, Philippa harus mencampurkan seluruh makanan atau minuman yang dicampurkan mayonis. Yang paling unik lagi, Philippa juga sangat suka menggunakan mayonis sebagai krim pelembab wajah, shampoo conditioner atau minyak rambut.

Makanya tidak menghairankan jika dia memiliki puluhan botol mayonis di rumahnya. Bahkan hampir di seluruh almari di rumah kediamannya dihiasi dengan botol-botol mayonis.





.

Guliana dan Bill Rancic bakal menimang anak lelaki?



Dalam jemputan shower baby mereka, mereka membayangkan mereka akan mendedahkan jantina anak mereka samaada lelaki ataupun perempuan di parti untuk menyambut kelahiran yang akan tiba tidak lama lagi. Dan Giuliana dan Bill Rancic menggunakan cara yang kreatif untuk memberitahu rakan-rakan mereka mengenainya. Pasangan itu melepaskan belon biru keluar dari kotak gergasi sepanjang acara. Majlis yang penuh keseronokan seperti sinar cahaya matahari berpakaian kuning terang, pengacara E yang berusia 36 tahun, bersama suaminya, melonjak gembira kerana mereka membuat pendedahan besar.


'Ianya menggembirakan dan akhirnya berkongsi dengan semua orang,' katanya kepada Life & Style sambil cuba untuk menahan airmata. 'Saya sentiasa mahukan anak - suami saya adalah lelaki yang paling bahagia di dunia dan saya mahu bayi kami seiras dirinya.'






.

Drogba sah tinggalkan chelsea. Babai Drogba..



Bekas penyerang Chelsea, Didier Drogba hari ini mengesahkan bahawa beliau secara rasmi menyertai Liga Super China bersama kelab Shanghai Shenhua. "Saya telah menyertai kelab Shanghai Shenhua dari China," katanya dalam satu kenyataan dalam bahasa Perancis di laman web beliau. “Saya akan mengikat kontrak untuk tempoh dua setengah tahun (sehingga 31 Disember 2014) dan saya akan menyertai kelab itu mulai Julai." -AFP







.

Kisah sedih dari Sarawak



Seorang suami sanggup bertarung nyawa apabila bergelut dengan seekor buaya demi menyelamatkan isterinya semasa wanita itu dibaham reptilia sepanjang lima meter tersebut di Kuala Sungai Anak, Roban, semalam. Dalam kejadian pukul 5.30 petang di pangkalan perahu Rumah Panjang Nanga Sungai Anak di sini, Embol Asum, 48, memeluk leher reptilia itu selama 10 minit dan cuba membuka rahang haiwan tersebut sebagai ikhtiar terakhir supaya isterinya, Siah Munsong, 42, dilepaskan. Pada masa sama, empat penduduk kampung turut membantu menarik badan Siah yang digigit pada bahagian betis dan paha.






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!