Sunday, July 8, 2012

Lihat, reformasi Harper Seven, anak perempuan David Beckham yang akan berusia setahun



Dia yang akan menyambut hari lahirnya, setahun minggu depan, dikenali seluruh dunia kerana memiliki ibu bapa yang terkenal, dan dalam usia sekecilnya, walaupun baru lahir, ibunya Victoria tidak pernah lupa membawanya mengembara ke serata dunia, menghadiri dua musim Minggu Fesyen setakat ini.


Dikagumi dengan cara dia berpakaian maklum saja ibunya merupakan salah seorang dari dunia fesyen dan selebriti, dia mempunyai almari pakaian penuh dengan pakaian-pakaian berjenama sehinggakan bapanya sendiri berkata ianya adalah 'tidak masuk akal'.


Harper Seven Beckham, anak perempuan David dan Victoria, meraikan hari lahir pertama minggu depan. Marilah kita saksikan gambar Harper Seven dari dia lahir sehingga kini...Betapa comelnya dia kan ^__^










.

Adakah teknologi garisan gol hapuskan seni bola sepak?



AKHIRNYA Lembaga FA Antarabangsa (IFAB) telah sebulat suara memberi lampu hijau kepada penggunaan teknologi garisan gol setelah ujian menyeluruh dikendalilkan. Kini ia memilih dua sistem - Hawk-Eye dan GoalRef bagi tujuan tersebut. Banyak persoalan yang berada di benak fikiran - adakah teknologi ini mampu menghilangkan rasa tidak puas hati peminat-peminat selama ini? Adakah perlawanan bola sepak sudah tak menarik lagi untuk ditonton? Adakah tindakan ini tepat pada masanya? Sebelum ini, kita sering disajikan dengan kontroversi-kontroversi yang menyelubungi aksi bola sepak terutamanya pada peringkat antarabangsa ini.

Kontroversi inilah yang menjadikan bola sepak itu menarik untuk diperkatakan. Lihat saja pada jaringan "Hand of god" yang di cetuskan Maradona. Sehingga kini kita masih memperkatakan jaringan tersebut meskipun diselubungi kontroversi. Presiden Fifa, Sepp Blatter melakukan pusingan-U apabila beliau mengubah fikiran setelah melihat satu persatu insiden yang berlaku. Fifa sendiri mendapat banyak bantahan sebelum ini apabila menangguhkan penggunaan teknologi ini. Positifnya tiada lagi keputusan kontroversi akan berlaku. Teknologi ini akan dapat menentukan sama ada bola telah melintasi garisan atau sebaliknya. Ia jelas sekali tidak akan memberi kesan ke atas keseluruhan mutu dan keaslian permainan.


Secara negatifnya mungkin juga dengan adanya teknologi garisan gol ini akan mewujudkan ketidakseimbangan yang pasti menunjukkan kelemahan kuasa pengadil. Kita lihat nanti sejauh mana keberkesanannya. Ia mula digunakan pada persaingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini. Jika keputusannya positif akan diteruskan pada kejohanan Piala Dunia Kelab Fifa Disember ini dan jika berjaya, akan diguna pakai oleh pertandingan Piala Konfederasi 2013 dan Piala Dunia 2014. Apapun kontroversi dan polemik akan berterusan. Teknologi akan kekal sebagai teknologi. Kesilapan dan kekurangan manusia juga akan berkekalan dan berterusan.-SH






.

Pssttt... Nak tengok rupa Megan Fox masa muda?


Kini dunia tahu dari mana senyuman Hollywood Megan Fox datang. Pelakon itu rupa-rupanya memakai pendakap gigi seperti didalam Ugly Betty, ketika dia berusia 12 tahun. Juga dia yang ketika itu rajin bereksperimen dengan make-up.


Namun tiada siapa yang dapat menyangkal betapa Fox mampu mampu mengenakan kosmetik terbaik hari ini, walaupun ketika dulu dia pernah menggunakan berus gigi merapikan keningnya. Megan Fox hari ini memuat turun gambar pada akaun Facebooknya. Dan mengejutkan peminat dengan himpunan edisi gambarnya ketika berusia 12 tahun.


Dia menulis: 'Katakanlah hello kepada diri lama saya.' Dia menambah: 'Dan ya dalam salah sebuah gambar, aku sedang memberus kening dengan berus gigi.'


Bekas bintang Transformer ini sedang bahagia dengan suami dan anak lelakinya yang berusia lebih 2 bulan, Noah.







.

iPad bersaiz mini oleh apple?



Apple dilaporkan sedang bersiap sedia untuk melancarkan versi iPad mini yang lebih kecil dan dijangka dipasarkan sebelum Krismas. IPad mini itu difahamkan hanya berukuran kurang daripada 20.32 sentimeter berbanding saiz asal sekarang, 24.63 sentimeter dan ia lebih murah. Apple terkenal dengan sifat berahsia tentang inovasi teknikal produk mereka dan khabar angin berhubung iPad mini itu datang negara-negara timur, tempat gajet-gajet syarikat tersebut dihasilkan.

Khabar angin yang dilaporkan oleh Bloomberg dan Wall Street Journal itu memetik beberapa sumber dalaman Apple yang tidak mahu disebutkan namanya. ''Apple tidak akan memberi komen tentang sebarang khabar angin dan spekulasi,'' kata jurucakap dari United Kingdom. Ketika ini, kos sebuah iPad adalah melebihi £399 (RM1,966) dan sumber dalam industri memberitahu, iPad mini itu adalah reaksi kepada pesaing tablet seperti Google yang melancarkan Nexus 7 dengan harga £159 (RM784). Blog-blog teknologi dari negara-negara timur juga membayangkan Apple akan membuat satu majlis pelancaran tidak lama lagi.


Penganalisis Shaw Wu, Sterne Agee meramalkan pelancaran oleh Apple itu akan menjadi tamparan kepada pesaing Android. ''Ia akan menjadi mimpi ngeri mereka,'' kata Agee. Pengasas Apple sebelum ini, mendiang Steve Jobs dilaporkan berkata pada 2010, dia berkeras menentang pelancaran iPad yang lebih kecil. ''Faktor utama kita tidak mahu menjual tablet bersaiz 17.78 sentimeter adalah kerana kita tidak mahu mencapai harga yang paling rendah,'' kata Jobs. - AGENSI






.

Sedihnya bila cucu sendiri menjadi saksi



Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang seronok menunggu kepulangan datuknya terpaksa menjadi saksi warga tua itu terbabit dalam kemalangan yang mengorbankan nyawanya di Kilometer 33, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kampung Pulau Kerengga di sini semalam. Dalam kejadian pada pukul 10.45, pagi itu, Farah Syazira Mohd. Norham Shamsuddin sedang dipangku oleh neneknya, Normah Abdul Razak, 49, ketika menunggu kepulangan Mohd. Hamzah Ismail (gambar kecil), 51, daripada mengambil bekalan buah tembikai untuk dijual di gerainya di situ.

Namun sebaik sahaja Farah Syazira ternampak lori yang dipandu datuknya itu yang lebih mesra dipanggil 'ayah', kenderaan itu terus dirempuh sebuah lori lain dari belakang. Akibatnya, lori itu terbabas dan melanggar sebatang pokok rhu di hadapan isteri dan cucunya. "Cucu saya (Farah Syazira) beritahu, datuknya dah nak sampai bila nampak lori suami saya memberi isyarat untuk masuk ke tepi jalan. "Tiba-tiba kami yang duduk di sebuah pangkin tidak jauh dari situ nampak sebuah lori lain dalam keadaan laju telah melanggar belakang lori suami saya," kata Normah ketika ditemui di tempat kejadian semalam.


Katanya, muka Farah Syazira menjadi kebiru-biruan manakala anak perempuannya yang berusia 24 tahun pula hampir pengsan melihat Mohd. Hamzah yang berlumuran darah tersepit di tempat duduk pemandu.-kosmo





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!