Sunday, July 15, 2012

Kesian Yu yu..Kakinya lebih besar daripada tubuhnya


Sambil bergerak perlahan-lahan di hujung jalan, memegang erat tangan neneknya, adalah jelas untuk melihat bahawa Yu Yu sukar berjalan. Berusia tiga tahun dan mengalami keadaan yang tidak dikenal pasti yang menyebabkan kakinya membesar pada kadar yang makin pesat. Ianya sentiasa bengkak dan berat dan membuat hidup kanak-kanak ini, yang tinggal di Xi'an, Provinsi Shaanxi China, amat sukar. Keluarganya sangat miskin, tetapi secara perlahan-lahan mengumpul dana untuk membawanya kepada seorang doktor dan meminta pertolongan untuk mengubatinya.


Datuk Yu Yu merancang untuk membawanya ke Beijing berjumpa dengan doktor selepas mengumpul wang dengan menjual babi. X-ray yang diambil keatas kaki Yu Yu menunjukkan mereka cacat dan keluar lengkung. Tetapi buat masa ini Yu Yu terpaksa berjalan tanpa kasut kerana dia tidak mempunyai sebarang kasut yang sesuai dengan kaki yang besar itu.






.

Apa kesan calar di tangan Miley Cyrus?


Miley Cyrus telah melangkah keluar dengan tanda aneh pada tangannya. Penyanyi dan pelakon itu dilihat mempunyai empat calar merah jambu di atas lengan kirinya di atas pergelangan tangan apabila dia meninggalkan kelas pilates di Los Angeles pada Khamis. Sekurang-kurangnya satu daripada tanda-tanda itu nampaknya baru berlaku.


RadarOnline melaporkan tiga tanda itu apabila Miley melangkah keluar di Los Angeles untuk mendedahkan tatoo baru - petikan dari Theodore Roosevelt - pada hari Rabu. Ia adalah kali kedua dalam beberapa bulan kebelakangan ini Miley telah dikesan dengan tanda sama di lengan beliau. Pada bulan April, beliau menafikan laporan dia mencederakan diri sendiri, walaupun dia tidak mengulas lanjut mengenai apa yang menyebabkan kesan itu dengan jelas.

Pada bulan yang sama dia telah dimasukkan ke hospital selepas dia tercedera dengan pengisar dapur, menghiris jari telunjuk kirinya.  Seorang jurucakap penyanyi itu tidak lagi memberi jawapan kepada pertanyaan mengenai tanda-tanda yang kini muncul di bawah tatoo itu.  Kerana berat badan yang menurun dengan drastik, Miley telah menolak khabar angin yang dia telah kehilangan berat badan dengan cara yang tidak sihat.




 
.

Mini Monet bakal jutawan..Siapa dia? (4 Gambar)


Seorang kanak-kanak Britain berusia sembilan tahun yang digelar sebagai 'Mini Monet' bakal menjadi jutawan tidak lama lagi selepas 24 hasil lukisannya dijual dengan harga 250,000 pound (RM1.3 juta) dalam tempoh hanya 15 minit. Kieron Williamson, berasal dari Norfolk dekat utara England, memperoleh hasil jualan lumayan tersebut selepas lukisannya dijual menerusi bidaan yang dibuat melalui panggilan telefon dan Internet.


Kanak-kanak itu mula melukis semasa melancong bersama keluarganya ke Devon dan Cornwall pada 2008 dan sebelum itu dia hanya mewarnakan gambar dinosaur yang dilukis oleh ibu bapanya. Namun sejak itu, dia menjadi pelukis sensasi yang terkenal di seluruh dunia selepas hasil lukisannya dibeli dengan harga berpuluh-puluh ribu pound.


Kesemua 24 lukisan yang dijual baru-baru ini termasuk dua lukisan landskap yang bernilai 34,950 pound (RM172,041) setiap satu dan lukisan pastel yang hanya memerlukan masa beberapa minit untuk disiapkan, dijual dengan harga 6,000 pound (RM29,534) hingga 7,000 pound (RM34,457). Kali pertama hasil seni Williamson dijual di pasaran adalah pada 2009.


Sebanyak 19 lukisannya yang bernilai 14,000 pound (RM68,914) habis dijual dalam satu acara lelongan yang diadakan secara tertutup. Tiga bulan kemudian, 16 lukisannya dijual dengan nilai keseluruhan 17,000 pound (RM83,682 ) dalam tempoh 14 minit semasa kali kedua dia menyertai pameran di Galeri Picturecraft. Dia kemudiannya meraih 106,260 pound (RM523,063) pada November lalu selepas 12 lukisannya dijual dalam tempoh 10 minit 50 saat. - AGENSI






.

Amah menjadi waris harta majikan


Seorang pembantu rumah rakyat Indonesia yang namanya tidak boleh didedahkan atas alasan keselamatan, mewarisi harta bernilai 20 juta Riyal (RM17 juta) selepas majikannya di Arab Saudi meninggal dunia. Sebuah akhbar harian tempatan Arab Saudi melaporkan, wanita tersebut datang ke negara itu untuk bekerja dengan taikun hartanah di bandar Taif, Abdullah Umar. Dia kemudiannya berkahwin dengan majikannya itu tetapi perkahwinan mereka tidak kekal lama dan Abdullah mewariskannya banyak tanah serta bangunan apartmen di pinggir bandar Taif, sekali gus mencetuskan pertikaian antara pewaris selepas kematian beliau.


Namun, selepas lapan tahun rundingan antara penuntut dibuat, Hakim Sheikh Abdurrahman Al-Dakhil akhirnya memutuskan dia berhak mewarisi harta bekas suaminya itu. - BERNAMA






.

Sabah juara bola sepak sukma 2012


Sabah melakar sejarah apabila memenangi ibu segala pingat emas pada Sukan Malaysia (Sukma) XV apabila mengalahkan Perak 3-0 pada perlawanan akhir acara bola sepak di Stadium Darul Makmur, semalam tadi. Pada perlawanan yang disaksikan 10,000 penonton, Sabah mengesahkan pingat emas menerusi jaringan Zulmansshah Aling (minit ke-91), Lepold Alfonso (minit ke-97) dan pemain muda sensasi, Rozaimi Abdul Rahman (minit ke-101) yang bagi meranapkan impian Perak mengulangi kejayaan pada Sukma 2002. Pingat gangsa acara tersebut milik Wilayah Persekutuan yang mengalahkan Negeri Sembilan 2-1 pada perlawanan di Stadium Majlis Perbandaran Kuantan 1.





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!