Thursday, August 9, 2012

Kim kardashian pun boleh buat kesilapan fesyen tau


Siapa tak kenal dengan bintang realiti yang terkenal dengan bentuk badannya yang agak 'berbeza' dengan orang lain.. Apatah lagi kini, bila dia mula keluar dengan penyanyi hip hop terkenal iaitu Kanye West. Sering tampil dengan imej dan pakaian yang menarik dan menjadi ikutan peminat-peminatnya.


Namun berbeza dengan penampilannya pagi tadi. Seperti biasa keluar dengan kekasih barunya, Kenya, Kim berpenampilan agak mengejutkan. Entah apa tujuannya tampil dengan pakaian sebegitu, namun bentuk badan glamour nya, tertutup dengan seluar super besar yang dikenakannya. Tidak cukup dengan itu, seluar itu menjadikannya nampak gemuk dan tidak berkeyakinan. Owh Kim.. Kim Kardashian pun boleh buat kesilapan fesyen..







.

Wajah bayi : Cara bayi berkomunikasi


Setiap ibu bapa pernah menghadapinya. Bayi di lengan anda menangis dan sengsara dan anda hanya ingin mereka boleh memberitahu anda tepat apa yang tidak kena. Tetapi apa sebenarnya yang mereka cuba sampaikan pada anda? - tetapi anda tidak ketahui bagaimana untuk mendengar? Sebuah buku baru luar biasa mendakwa bahawa setiap bayi menggunakan isyarat untuk berkomunikasi. Ia mengajar sehingga ibu bapa tahu bagaimana untuk mentafsirkan setiap suara, tingkah dan ekspresi wajah. Dalam Kaedah Blossom, psychotherapist dan pakar bahasa badan Vivien Sabel mendakwa bahawa setiap ungkapan yang bayi buat boleh ditafsirkan supaya ibu bapa akan tahu dan faham jika bayi mereka lapar, gembira, kecewa, masuk angin, mahu bermain atau perlu dipeluk. Menarik, kan?? Buku bertajuk The Blossom Method itu sudah berada dipasaran luar negara.. Adakah di Malaysia?






.

Panas : Pakaian wanita muslim disamakan dengan kostum batman


Sebuah majalah di AS baru-baru ini menerbitkan sebuah tulisan yang dianggap menyinggung wanita muslim. Cerita yang dimuat di majalah Vice tersebut menceritakan pengalaman wakil editor fashion, yang bernama Annette Lamothe-Ramos, yang memakai niqab (pakaian wanita muslim + cadar) selama satu hari dan mengelilingi kota New York. Dalam tulisannya, Annette yang menyebut pakaian yang dia kenakan dengan nama burqa (padahal seharusnya niqab), menceritakan bahawa ketika dia mengenakan niqab dan berjalan-jalan, ramai orang yang ketakutan pada dirinya.


Dia pun menyatakan bahkan anjing peliharaannya pun takut ketika dia mengenakan niqab. Hal yang paling menyinggung ialah ketika Annette merasa dirinya mirip dengan Batman kerana memakai niqab. Dia juga menceritakan bagaimana pakaian tersebut membuat dirinya berkeringat sangat banyak. Annette menyatakan bahawa salah satu nilai kegunaan memakai niqab ialah tak perlu lagi memakai payung jika hari hujan. Tentu saja tulisan yang di post di website dan di majalah ini mendapat komen beragam dari para pembacanya.


Kebanyakan komen menyatakan bahawa tulisan Annette sangat menyinggung dan melukai hati wanita muslim. Annette juga disebut sebagai orang yang tak sensitif dan tak memiliki perasaan kerana suka hati membandingkan pakaian kehormatan wanita muslim dengan kostum superhero. Namun dalam akhir tulisannya, Annette juga menyatakan bahawa dari eksperimennya, dia belajar untuk lebih menghargai wanita yang memakai niqab dan burqa.







.

Pelik : Kahwin di kubur


Bagaimana jika pesta perkahwinan dilakukan di kuburan? Tentu ini menjadi sesuatu yang unik dan aneh. Pesta perkahwinan di kuburan memang benar-benar ada, namun tentu saja yang kahwin bukan dari kalangan makhluk ghaib, melainkan pasangan pengantin dari Amerika yang menginginkan agar pesta perkahwinannya berlangsung dengan tenang, hening dan juga hijau. Untuk kahwin di kuburan, pengelola kuburan meletakkan harga yang tinggi bagi Johnson dan isterinya. Perkahwinan mereka dilakukan di New York Marble Cemetery dengan harga sewa 2500 dolar AS untuk satu kali perkahwinan.

Johnson sendiri mengaku bahawa idea perkahwinan di kuburan tersebut dia dapat kerana mereka cukup akrab dengan lokasi pemakaman, dia bahkan membesar di dekat rumah yang berhampiran kuburan. Dia juga menambah, bahawa untuk menemukan lokasi yang besar, nyaman dan hijau di Manhattan tidaklah mudah, kerana itu dia berinisiatif unuk menggunakan kuburan sebagai tempat pesta perkahwinannya.






.

Gambar anak perempuan Kourtney Kardashian : Penelope Scotland Disick


Kami telah menanti dengan penuh debaran untuk gambar pertama Penelope, anak perempuan Kourtney Kardashian. Dan sekarang Kourtney menggembirakan berjuta-juta peminat di seluruh dunia dengan memperkenalkan bayinya yang baru lahir di bahagian depan majalah US Weekly. Dalam temu bual itu yang disertakan didalam majalah, Kourtney, yang juga ibu kepada Mason, dua tahun bersama pasangan teman lelakinya, Scott Disick, berkata : "Tidak ada yang dapat menghalang betapa kuat rasa kasih saya padanya! ' Walau bagaimanapun, Scott tidak kelihatan pada majalah itu.


Kourtney nampaknya telah memutuskan untuk menumpukan perhatian kepada hanya dirinya dan dua orang anaknya dalam sesi pengambaran itu. Kourtney melahirkan anak perempuan, Penelope Scotland Disick di Los Angeles pada 8hb Julai, dengan berat 3.2kg. Dan tidak lama selepas kelahiran itu, adik-beradik Kourtney telah mengumumkan berita gembira itu di Twitter.






.

Menakjubkan : Gambar 3D dan berwarna planet marikh


Robot pengesan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) ke Marikh, Curiosity semalam menghantar imej pertama berwarna yang memaparkan keadaan sekeliling planet tersebut.


Gambar berwarna yang diambil dengan keadaan habuk masih mengaburi lensa kamera itu, menunjukkan dinding dan kaki gunung Kawah Gala, lokasi yang ditetapkan untuk Curiosity mendarat di Marikh pada Ahad lalu selepas mengembara selama lebih lapan bulan di angkasa lepas.


Gambar tersebut membuktikan satu daripada keupayaan penting robot itu, iaitu kamera yang dikenali sebagai Mars Hand Lens Imager (MAHLI), telah berfungsi dengan baik.









.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!