Friday, August 24, 2012

Wajah artis ini cantik, tapi pahanya kerepot. Siapakah dia?


Setiap manusia selalu ingin tampil sempurna dan muda di depan umum untuk hal tersebut tidak ada batasan umur, tua-muda, laki-laki perempuan, semuanya ingin melakukan hal tersebut. Namun untuk urusan yang satu ini biasanya kaum wanita mempunyai yang lebih di bandingkan dengan lelaki. Ramai wanita mengeluarkan biaya yang sangat besar untuk keperluan ini. Wajah biasanya menjadi standard bagi setiap orang untuk tampil muda, makanya perawatan tubuh agar tetap tampak awet muda lebih di utamakan pada bahagian wajah. Berbagai macam usaha pun dilakukan mulai dari pembedahan plastik sampai melakukan implan silicon pada wajah agar kulit tetap terkesan kencang dan tidak kerepot.


Kita juga sering tertipu dengan penampilan seseorang,wajah terlihat muda namun sebenarnya orang tersebut sudah lanjut usia. Janice Dickinson adalah salah satu contoh manusia dengan wajah terlihat muda tapi kerepot dengan anggota tubuh yang lain. Mantan model berusia 60 tahun ini sering tampil di khalayak awam dengan wajah usia 30-an namun bila kita perhatikan anggota tubuh lainnya jelaslah bahawa dia sebenarnya adalah seorang nenek dengan kulit kerepot.








.

Ketahui asal usul playstation


Siapa tak kenal Playstation (PS)? Permainan menarik dari Sony yang berasal dari Jepun ini sangat digemari diseluruh dunia. Dibalik semua itu, tak banyak yang tahu bahawa seorang bernama Ken Kutaragi menjadi orang yang paling bertanggung jawab membentuk ‘generasi Playstation’. Lahir di Tokyo pada 8 ogos 1950, keadaan sosial Kutaragi tergolong biasa saja. Mereka hidup dengan mengelola bisnes sendiri, sebuah pengusaha percetakan di kota itu. Sejak kecil Kutaragi sudah mengembangkan kemampuan mekaniknya di pabrik tersebut, sebaik pulang dari sekolah. Kutaragi dikenal sebagai pelajar berotak pintar. Dengan kecerdasan seperti itu, mudah saja bagi Kutaragi mendapatkan pekerjaan di Sony, selepas menyandang gelaran jurutera elektronik.


Di perusahaan itu reputasi Kutaragi naik mendadak. Dia dikenali sebagai penyelesai masalah yang luar biasa. Projek-projek yang ditanganinya selalu berhasil gemilang, termasuk projek penciptaan liquid crystal plays (LCDs) serta kamera digital.





.

Peliknya penyakit kanak-kanak ini


Malang benar nasib gadis cilik Isra Frank dari Stoke on Trent, sebuah kota di Staffordshire, Inggris. Gadis berusia 6 tahun ini akan merasa kesakitan luar biasa hanya kerana dicium. Isla memiliki alergi serius sehingga sebuah ciuman saja seperti membunuhnya. Seperti suatu hari, ketika saudara perempuannya mencium Isla setelah minum susu, Isla merasa kulitnya terasa terbakar. Keadaannya sangat parah sehingga dia harus dilarikan ke rumah sakit. Untuk melindungi kulit supersensitif Isla, tubuh gadis mungil ini dibalut dari leher sampai ke bahagian paling bawah selama 24 jam. Dalam kehidupan seharian, pengawasan superketat dijalankan kedua orangtua Isla.


Mereka harus menyimpan pakaian buah hatinya ini ke dalam almari pendingin. Kulit Isla akan bereaksi terhadap kutu dan debu pada almari pakaian. Untuk makanan, dia juga memiliki almari khusus. Tindakan ini terpaksa dilakukan demi meminimalkan sentuhan dengan hal-hal lain. Katy, ibu Isla, mengatakan, putrinya ini didiagnos menderita alergi ekstrem terhadap telur, susu, rumput, gandum, juga debu sejak usianya enam bulan. Mulai saat itu, tubuh Isla harus dibungkus untuk melindungi kulitnya. "Kami tidak boleh memperlakukannya seperti anak-anak lainnya. Bahkan hal normal seperti pergi keluar untuk makan malam bersama keluarga akan membahayakan dia," ujarnya.

Bertambah usia, alergi Isla semakin banyak. Ketika alerginya datang, kulitnya akan dipenuhi ruam-ruam besar, lehernya bengkak, dan Isla akan merasa marah sekaligus kesakitan. "Bulan lalu, alerginya datang setelah duduk di sebelah temannya yang memiliki kucing," tambahnya. Rumah sakit telah melakukan pelbagai ujian dan menemukan bahawa Isla alergi kepada banyak benda. Doktor memberitahunya bahawa mereka harus mengenakan lapisan untuk melindungi kulit Isla. Katy pun bertekad untuk selalu menjaga putrinya dan melindunginya dari hal-hal yang memicu alerginya.







.

Indahnya islam.. Peluk islam kerana kemerduan laungan azan dan zikir


Kemerduan laungan azan dan zikir menimbulkan rasa tenang kepada seorang banduan sehingga membuatkan dia mengambil keputusan memeluk Islam. Banduan yang mahu dikenali dengan Ahmad, 25, merupakan seorang penganut agama Kristian sebelum memeluk Islam pada 10 Oktober tahun lalu. Ahmad berkata, tindakannya memeluk Islam ketika berada dalam tahanan reman di Penjara Alor Setar langsung tidak dipengaruhi atau dipaksa sesiapa. Menurutnya, keinginan memeluk Islam pernah dirasai sebelum menjadi penghuni tirai besi itu, namun pelbagai halangan dan cabaran yang terpaksa dihadapi sehingga hasratnya itu terpaksa dilupakan. “Sebelum ini hati saya sering memberontak dan ada sahaja yang tidak kena, namun apabila terdengar alunan zikir yang dipasang, saya akan berasa lebih tenang untuk menjalani kehidupan sebagai banduan.

“Saya juga memberitahu kepada keluarga yang saya memeluk Islam dan mereka menerimanya dengan hati terbuka namun, ayah saya masih belum dapat menerima keputusan ini,” katanya kepada Sinar Harian. Ahmad yang berasal dari Alor Setar terpaksa menjadi penghuni tirai besi di Penjara Pokok Sena selama dua tahun sepuluh bulan atas kesalahan mengedar dadah. Menurutnya, sepanjang berada dalam penjara banyak ilmu mengenai agama Islam dipelajari nya termasuklah solat, mengaji al-Quran, berpuasa dan lain-lain. "Zikir, al-Quran dan munajat kini menjadi 'teman' kepada diri setiap kali dia berasa sunyi atau tertekan.


Sepanjang Ramadan yang lalu, dia juga berpuasa seperti umat Islam yang lain dan bersyukur kerana mampu menghabiskan puasa selama sebulan dengan penuh sabar," katanya. Ahmad berkata, sebagai persediaan, dia juga berlatih untuk berpuasa sunat selama tiga minggu sebelum tiba Ramadan supaya lebih mudah baginya berdepan dengan puasa yang sebenar. “Selain berpuasa, saya juga membayar zakat fitrah dengan menggunakan gaji saya sebagai banduan yang memakai baju kolar hijau sebanyak 60 sen sehari,” katanya.

Ahmad berkata, perasaan sebak timbul apabila dia membayar zakat kerana dengan cara itu dia melakukan kebaikan dengan membantu golongan susah selain mendapat ganjaran pahala. Menurutnya, setelah dibebaskan nanti, dia menyimpan hasrat untuk berdaftar dengan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) untuk mendalami ilmu Islam agar dirinya tidak mudah terpengaruh dengan cabaran dunia luar. -SH





.

Hotel ini dari penjara


SUATU ketika terkenal sebagai penjara berprofil tinggi di Itali, namun Pulau Pianosa kini berubah wajah menjadi destinasi baru pelancongan di negara itu selepas ia ditutup, baru-baru ini. Kerajaan Itali telah mewujudkan satu program unik untuk menjadikan kumpulan terakhir banduan di penjara itu sebagai kumpulan contoh untuk dilatih dan bekerja di hotel itu apabila mereka selesai menjalani hukuman. Mereka akan menjaga kemudahan untuk para pelancong bermula dari perkhidmatan bilik di hotel sehingga memasak dan diambil bekerja oleh koperasi San Giacomo.







.

Kerana internet, remaja tikam bapa saudara


Seorang remaja perempuan didakwa menikam bapa saudaranya sehingga mati setelah bapa saudaranya itu menegurnya supaya berhenti melayari Internet pada lewat malam. Menurut laporan berita tempatan, gadis tersebut yang berusia 19 tahun dan dikenali dengan nama keluarga Lin, ditahan di bandar Miaoli di barat laut negara ini selepas dia disyaki menikam bapa saudaranya di perut menggunakan sebilah pisau sepanjang 29 sentimeter. Berdasarkan siasatan awal, polis berkata, gadis tersebut dikatakan sedang melayari Internet pada kira-kira pukul 2 pagi dan bapa saudaranya meminta dia berhenti melayari Internet, menyebabkan berlaku pergaduhan kecil sebelum gadis tersebut mengeluarkan pisau.


Bapa saudaranya yang berusia 37 tahun itu meninggal dunia di hospital tempatan. Menurut nenek suspek yang turut tinggal di rumah tersebut, mangsa yang merupakan seorang yang panas baran bertindak memutuskan bekalan elektrik di rumah itu ketika Lin sedang melayari Internet kerana berang dengan tindakan anak saudaranya itu tidak mengendahkan arahannya. Gadis itu berdepan hukuman penjara sekurang-kurangnya 10 tahun atau hukuman mati jika didapati bersalah. - DPA






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!