Sunday, August 26, 2012

Serius..kucing ini memiliki sayap..


Seekor kucing bewarna putih memiliki sepasang sayap di badannya muncul di kota Chongqing, China. Menurut pemiliknya, kucing peliharaan mereka ini lahir dengan keadaan normal, namun sejak berusia setahun di badanya mulai tumbuh sepasang sayap. Sebenarnya, fenomena kucing bersayap ini bukanlah yang pertama kali. Sebelumnya pada 24 Mei 2007 di kota Sichuan, China seorang nenek mempunyai seekor kucing peliharaan yang pada kedua sisi tubuh haiwan itu tumbuh anggota tubuh lainnya yang sepintas diperhatikan mirip berbentuk sayap. Terdapat sekitar 138 kes kucing bersayap pernah tercatat dalam sejarah.

Sayangnya hanya 28 kes yang didokumenkan. Laporan awal mengenai kucing bersayap yang pernah dicatatkan, terjadi bulan Jun 1842, dilaporkan oleh Henry David Thoreau di daerah pertanian sekitar Lincoln. Menurut pakar haiwan dan cryptozoologi berasal dari England, Dr Karl Shuker yang telah meneliti fenomena pada kucing menjelaskan, ada beberapa penyebab mengapa kucing boleh memiliki bahagian tubuh yang mirip sayap. Pertama, bulu yang menggumpal. Pada beberapa laporan menyatakan, ketika musim sejuk tiba, sayap muncul pada kucing yang berbulu panjang. Kemudian sayap kucing tersebut lepas pada musim bunga. Sebahagian besar bentuk yang menyerupai sayap tersebut adalah bulu yang menggumpal.


Kedua, cacat lahir iaitu disyaki merupakan hasil dari kelahiran cacat kembar siam (conjoined twin) dengan kaki kembar yang satu lagi muncul di bahagian punggung. Dan ketiga, penyakit Feline Cutaneous Asthenia (FCA) iaitu suatu penyakit keturunan yang menyebabkan kulit menjadi sangat elastik dan mudah koyak/terluka. Elastik kulit yang belebihan ini juga boleh terjadi pada anjing dan manusia. Kucing dengan penyakit FCA mempunyai kulit sensitif yang mudah luka dan koyak. Menurut beberapa orang, kemungkinan besar “sayap” yang muncul di bahagian punggung kucing adalah luka di kulit yang masih tertutup bulu.






.

Menakjubkan.. Lukisan indah ini sebenarnya hanya dilakukan menggunakan pen


Sebenarnya pen dapat digunakan menghasilkan suatu lukisan yang indah di tangan Samuel Silva. Dia mampu membuat lukisan yang terperinci dan indah hanya dengan menggunakan pen biasa. Sejumlah karyanya tersebut dipamerkan melalui laman DeviantArt. "Pen bukan hanya satu-satunya media yang boleh saya gunakan. Saya berusaha menguasainya hingga menjadi pakar," ujar Samuel. "Sepanjang hidup, saya mahir dengan kapur, pensil, pensil warna, pastel, minyak dan akrilik." Samuel tertarik dengan seni melukis sejak berusia 2 tahun dan mengasah bakatnya dengan menggambar dibalik buku sekolah. Lelaki yang berkerja sebagai pengacara ini memerlukan waktu 5 hingga 50 jam untuk menyelesaikan satu karya.


Dia juga mengaku pen Bic 8 warna yang digunakannya dibeli di kedai alat tulis biasa dan tidak pernah mencampur tintanya. "Tinta pen mengering dengan cepat dan tidak dapat dihapus," jelas lelaki kelahiran 1983 ini. "Saya menggoreskan menyilang warna berbeza untuk menghasilkan ilusi campuran warna yang sebenarnya tidak saya miliki." Karya lukisan Samuel mendapat perhatian besar dari sesama pengguna DeviantArt. "Benar-benar luar biasa!" tulis ilovelani. " Saya tidak pernah membayangkan benda seperti itu boleh menghasilkan sesuatu yang menakjubkan," tambah pengguna lain.







.

Malangnya...Dirompak dua kali dalam sehari.


Malangnya nenek ini. Tidak lagi bertangguh, dalam satu hari, dia dirompak dua kali. Polis di Pennsylvania barat mengatakan, nenek Harriet Sweger (72) kehilangan buku cek di sebuah kedai besar. Ketika Sweger sedang berbelanja, seorang perempuan melanggarnya dan mengambil buku cek miliknya. Sweger lalu hendak ke pejabat polis untuk melaporkan kecurian tersebut. Ternyata, nenek itu sukar menemukan pejabat polis terdekat. Nenek Sweger yang berasal dari McKees Rocks lalu menepikan keretanya dan bertanya kepada seorang pemuda.


Pemuda yang ditanya itu bukannya menolong dengan menunjukkan arah pejabat polis, malahan mengambil beg tangan yang dibawa nenek tersebut. Menurut polis di Stowe Township, Allegheny, mereka sudah menyiasat nama suspek yang mengambil beg tangan si nenek, tetapi mereka tidak menyebutkan maklumat lebih lanjut. Kasihan si nenek.






.

Alahai.. Pelakon ini malu besar..siapakah dia?


Pelakon terkenal Tom Cruise, malu besar apabila restoran Veer Dhara di St Albans Hertfordshire di timur England tidak menerima kad kredit mahupun mata wang dolar ketika dia menjamu selera di restoran itu baru-baru ini. Pelakon jutawan yang berusia 50 tahun menjamu selera di restoran tersebut bersama anak perempuannya Isabella, 19, dan juga rakan-rakannya. Pengurus restoran itu Darshit Hora, memberitahu akhbar Evening Standard, pihaknya terkejut ketika bintang tersohor itu masuk ke restorannya. Katanya, sebelum ini dia pernah mengesyorkan kepada bintang tersebut untuk datang ke restoran tersebut.

“Selesai menjamu selera, dia mahu membuat bayaran, tetapi pihak kami tidak menerima kad kredit American Express dan dia memberitahu hanya memiliki mata wang dolar sebelum seorang wanita datang membayar 50 pound (RM245) Walaupun bintang tersohor itu memberikan wang saguhati, tetapi pemilik restoran sangat gembira dengan kehadiran tetamu istimewa tersebut dan bersedia memberi makanan dengan percuma. Tambah Hora, bintang itu sangat pemurah dan memberikan wang sagu hati sebanyak 80 pound (RM393) selepas membayar bil keseluruhan sebanyak 220.85 pound (RM1,082).


Pemilik restoran berkata, pengawal peribadi yang menempah restoran itu memberitahu seseorang yang istimewa akan datang ke restoran tetapi tidak menjelaskan siapa. “Apabila dia melangkah ke restoran, kami sangat terkejut tetapi bertindak profesional,’’ katanya lagi. Tambahnya lagi, bintang filem Mission: Impossible itu mahu makanan yang sedap untuk keluarganya dan mereka diletakkan berdekatan dengan dapur. - AGENSI






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!