Sayangnya hanya 28 kes yang didokumenkan. Laporan awal mengenai kucing bersayap yang pernah dicatatkan, terjadi bulan Jun 1842, dilaporkan oleh Henry David Thoreau di daerah pertanian sekitar Lincoln. Menurut pakar haiwan dan cryptozoologi berasal dari England, Dr Karl Shuker yang telah meneliti fenomena pada kucing menjelaskan, ada beberapa penyebab mengapa kucing boleh memiliki bahagian tubuh yang mirip sayap. Pertama, bulu yang menggumpal. Pada beberapa laporan menyatakan, ketika musim sejuk tiba, sayap muncul pada kucing yang berbulu panjang. Kemudian sayap kucing tersebut lepas pada musim bunga. Sebahagian besar bentuk yang menyerupai sayap tersebut adalah bulu yang menggumpal.
Kedua, cacat lahir iaitu disyaki merupakan hasil dari kelahiran cacat kembar siam (conjoined twin) dengan kaki kembar yang satu lagi muncul di bahagian punggung. Dan ketiga, penyakit Feline Cutaneous Asthenia (FCA) iaitu suatu penyakit keturunan yang menyebabkan kulit menjadi sangat elastik dan mudah koyak/terluka. Elastik kulit yang belebihan ini juga boleh terjadi pada anjing dan manusia. Kucing dengan penyakit FCA mempunyai kulit sensitif yang mudah luka dan koyak. Menurut beberapa orang, kemungkinan besar “sayap” yang muncul di bahagian punggung kucing adalah luka di kulit yang masih tertutup bulu.
.
2 Penyokong CHELSEA:
dasyat. mcm angel
ohhh..... kepak di belakang tu.
Post a Comment