Tuesday, August 28, 2012

Gila! Bawa ulat bulu sebanyak 15kg dalam pesawat


EuroAirport di Swiss baru saja dikejutkan oleh penangkapan seorang penumpang. Sebabnya, seorang lelaki membawa ulat bulu kering sampai 15 kg. Dia adalah Adrian Onobanjo, seorang penumpang penerbangan jarak jauh dari Togo menuju Swiss. Ketika dia baru selesai melakukan penerbangan jauh dari Republik Togo di Afrika Barat menuju Swiss. Tiba di EuroAirport yang berlokasi dekat Kota Basel, petugas lapangan terbang mendapatinya tengah asyik menguyah ulat bulu yang telah dikeringkan! Tanpa bertangguh, petugas itu segera mengambil seluruh ulat kering yang dimiliki Adrian. "Lelaki itu harusnya tahu, makanan jenis itu tidak dibolehkan didalam pesawat" kata Jurucakap sempadan negara, Patrick Gantenbein.


Gantenbein juga mengatakan, Adrian berusaha meyakinkan bahawa apa yang dibawanya hanyalah akar pokok, tapi ternyata beberapa di antaranya masih ada yang bergerak! Lebih lanjut lagi, Gantenbein mengatakan bahawa ulat kering itu memang hanya digunakan untuk keperluan peribadi. "Dia ketagih terhadap 'makanan' itu," tambah Ganbentin. Mungkin di Afrika makanan jenis ini sudah biasa. Tapi untuk membawa 15 kg ulat bulu di pesawat? Mungkin harus difikir dulu!







.

Ketahui pertandingan unik di Sepanyol


Baru-baru ini di Sepanyol, diadakan sebuah pertandingan yang sangat unik, iaitu pertandingan yang dinamakan "Concurso de Feos" (pertandingan dengan muka paling buruk).


Diadakan di Kota Bilbao, Sepanyol, pertandingan yang sangat berbeza dengan pertandingan yang lain, yang lebih menitik beratkan kecantikan paras rupa dan tubuh badan, pertandingan yang satu ini menjadikan peserta yang dapat membuat memek muka paling buruk, sebagai pemenang.


Pertandingan unik ini di selenggarakan pada saat Aste Nagusia (Minggu Agung) fiesta. Menarik..








.

T-Shirt yang menakjubkan.. apa kaitannya dengan teknologi?



Bagaimana jika industri fesyen berpadu dengan teknologi? Inilah hasilnya. Sehelai t-shirt canggih yang dapat berhubung ke internet! Perusahaan pakaian CuteCircuit berkolaborasi dengan sebuah produk minuman keras Ballantine's berhasil menciptakan sebuah t-shirt pertama di dunia yang dapat terhubung ke internet serta dapat diprogram untuk menampilkan gambar tertentu pada bahagian dadanya. Dipetik dari SlashGear, t-shirt yang dinamakan tshirt OS ini dibuat dari bahan yang dilengkapi dengan panel LED monokrom, kamera, mikrofon, speaker hingga akselometer di dalamnya. Seperti perangkat cerdas lainnya, t-shirt ini juga telah ditanamkan sebuah prosesor kecil yang akan mengatur semuanya.

Bahkan, Anda boleh menghubungkan t-shirt ini ke device iOS yang telah diinstal aplikasi khusus di dalamnya, lalu menampilkan berbagai idea serta ekspresi yang anda suka, atau status yang diposting ke Facebook dan Twitter. Anda juga boleh menyematkan headphone ke t-shirt ini jika ingin mendengarkan muzik kerana tshirt OS ini sudah dilengkapi dengan sebuah jack audio. Produsennya pun mengaku bahawa kamera yang tersemat di t-shirt ini adalah kamera terkecil yang pernah ada.

Idea dasar dari konsep ini sebenarnya sederhana. Seperti kebanyakan orang, para perancang tshirtOS ingin t-shirt ini menjadi sebuah media bergerak untuk mengekspresikan idea-ide ayang ada di dalam fikiran. Sebuah media 'update status' yang telah lama digunakan, bahkan sebelum 'update status' itu menjadi tren seperti saat ini.





.

Wujudnya manusia cermin..


Kewujudan makhluk yang unik dan menarik! Ini hanyalah manusia yang memakai kostum cermin, dan anda juga boleh bercermin di depannya kalau mahu. ^__^..... Jika anda berkunjung ke Los Angeles, jangan lupa berkunjung ke Observatorium Griffith kerana disana anda akan menemukan manusia yang unik ini. Benar-benar idea yang kreatif! Agaknya adakah dia selesa dengan memakai kostum itu? Tapi yang pasti, dia berjaya menarik perhatian ramai orang yang mengabadikannya kedalam kamera masing-masing. Unik!! Pasti sukar untuk menyiapkan kostum sebegitu..







.

Menarik! Kolam renang atas hotel


Inilah kolam renang paling spektakuler di dunia. Terletak di Marina Bay Sands Singapura, kolam ini terletak di tingkat 55 sebuah hotel di Singapura. Di rekabentuk dengan rekabentuk moden unik yang akan membuat siapa pun gembira berkunjung ke tempat ini. Panjang kolam ini adalah 150 meter di rekabentuk seperti sebuah cakrawala seperti ketika kita melihat laut lepas yang seolah-olah tidak ada hujungnya.


Ketinggian air sengaja di buat melebihi bibir kolam sehingga air meluap ke tempat yang di rekabentuk sedemikian rupa kemudian air dipam kembali kedalam kolam. Kolam renang mewah ini sering juga di sebut sebagai "Infinity Pool". Konon kolam ini diinspirasi oleh sawah-sawah di Bali.


Kolam ini adalah salah satu daya tarikan yang di miliki oleh hotel tersebut selain kamar mewah, suite, restoran, kedai dan hotel, sebuah kemewahan yang luar biasa. Bagi anda yang punya rancangan untuk berkunjung ke Singapura, tempat ini sangat sesuai untuk di jadikan antara destinasi anda.






.

Robert Pattinson ada kekasih baru?


Hubungan kawan lama antara Robert Pattinson dan Katy Perry dijangka bertukar menjadi kekasih setelah pasangan itu dilihat menikmati makan malam bersama di sini, baru-baru ini. Menurut sumber terdekat, Pattinson, bintang filem Twilight dan Perry - seorang penyanyi, menikmati makan malam yang penuh mesra di restoran Soho House. "Perry memakai baju ketat serta berkilat dan Pattinson pula asyik merenungnya. "Mereka kelihatan malu-malu tetapi gembira," katanya. Akhbar The Sun pula melaporkan, Perry dilihat cuba menggoda Pattinson ketika makan malam tersebut. "Perry pada mulanya duduk di hadapan Pattinson sebelum berpindah ke sebelahnya.


"Kedua-duanya menikmati perbualan yang menyeronokkan dan mereka sering tertawa," ujarnya. Pattinson sebelum ini dihimpit kontroversi selepas kekasihnya, Kristen Stewart mengaku curang dengan pengarah filem, Rupert Sanders manakala Perry baru sahaja berpisah dengan penyanyi John Mayer pada minggu lalu. - AGENSI






.

Makan kurma boleh hamil?


Pelakon dan penyanyi Azza (Elite) menjadikan petua makan buah kurma dan berdoa setiap hari pada bulan Ramadan lalu antara penyebab dia bakal memperoleh anak sendiri selepas disahkan mengandung kira-kira lima minggu. Azza atau nama sebenarnya Nor Azzarima Zawari, 34, berkata, dia tidak menyangka kehadiran Ramadan yang digunakan sebaik-baiknya itu dibalas dengan rezeki besar dalam rumah tangganya selepas berkahwin dengan Azlan Zulaily, 25, pada 2 April lalu. "Keinginan untuk mendapatkan cahaya mata bagi setiap pasangan suami isteri yang baru berkahwin pastinya ada, begitu juga dengan saya dan suami. "Jadi, saya mengambil keberkatan bulan Ramadan lalu dengan berdoa setiap hari kepada Tuhan agar diberi zuriat selain mengamalkan petua pengambilan buah kurma dan limau dengan lebih kerap.


"Tapi, tak sangka pula secepat ini hasilnya kerana saya tidak mengamalkan petua-petua lain. Alhamdulillah, kami bersyukur dengan rezeki ini," katanya.Dalam pada itu, Azza memberitahu dia enggan memanjakan diri dengan berehat sementara daripada segala aktiviti seni walaupun ada yang berpendapat jika terlalu aktif ia mampu menjejaskan kandungan. "Ada beberapa perkara yang saya rasa pelik dengan petua-petua yang diberikan kononnya ibu mengandung tidak boleh buat kerja-kerja berat selalu kerana boleh mengakibatkan keguguran. "Tetapi saya lihat, ibu-ibu mengandung yang kehidupannya susah, boleh pula bekerja keras setiap hari macam biasa dan mereka masih lagi mampu melahirkan anak yang sihat. "Kadang-kadang geram juga dibuatnya apabila saya sering ditegur kerana angkat barang-barang. Saya percaya, kehadiran dan kehilangan sesebuah rezeki semuanya datang daripada kuasa Allah," tuturnya.

Bagaimanapun, beritahu Azza, dia hanya akan mengurangkan aktiviti seninya apabila perutnya semakin membesar. Hasil perkahwinan terdahulu selama tiga tahun, Azza tidak dikurniakan cahaya mata tetapi pelakon itu dan suami bersetuju untuk mengambil seorang anak angkat bernama Marissa Jannah yang kini berusia tujuh tahun. Dalam perkembangan lain, Azza bakal muncul menerusi drama Mujahid dan Mesin Cinta Atuk di TV2 dalam masa terdekat ini serta bakal memulakan penggambaran drama berjudul Julia bagi siaran TV3.






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!