Saturday, September 1, 2012

Ikan unik yang mirip manusia


Seekor ikan yang mirip manusia ditemukan dan sedang diteliti di Pusat SeaLife di Weymouth, Dorset. Hidungnya mandung, bibirnya dan pipinya gempal mirip manusia. Ini adalah salah satu ikan yang paling unik di planet ini, para 'unicorn fish' memiliki fizikal yang sangat mirip dengan manusia - hidung yang luar biasa besar. Bahkan, seluruh kepala yang dilihat sangat mirip wajah manusia bila dilihat dari arah samping. Ikan juga memiliki kemampuan lain yang luar biasa, iaitu seperti bunglon, dapat berubah warna. Ikan ini dalam bahasa latinnya bernama brevirostris Naso. Baru-baru ini tiba di Pusat SeaLife di Weymouth, Dorset (Inggris) untuk sebuah penelitian.


Ikan itu diberi nama Nimrod Tonjolan kerana hidungnya menyerupai tanduk. "Kami telah memiliki Nimrod selama beberapa bulan. Mereka mikroskopis ketika ianya lahir, namun Nimrod saat tujuh inci panjang dan tanduknya adalah dua inci." kata seorang peneliti, Matthew Fuller.





.

Nekad bedah tubuhnya sendiri kerana terlalu miskin


Kemiskinan memang boleh membuat orang berani melakukan apa saja termasuk tindakan yang berbahaya. Seperti yang terjadi di China seorang wanita berumur 53 tahun bernama Wu Yuanbi melakukan pembedahan pada dirinya sendiri dan dia nekad menggunakan pisau dapur. Dia bekerja sebagai pekerja migran dan selama 13 tahun menderita sindrom Budd-Chiari dengan gejala perutnya secara bertahap terisi cairan dalam jumlah besar. Keadaannya tersebut membuatkannya tidak boleh bekerja dan melakukan aktiviti yang paling sederhana sekalipun. Setelah suaminya pulang kerja dia sangat terkejut mendapati isterinya telah terbaring penuh darah, dengan ususnya yang terburai. Diapun segera dikejarkan ke hospital dengan perut yang robek sepanjang 10 cm.


Dia berhasil diselamatkan oleh petugas perubatan. Ketika kisahnya muncul di media akhirnya mendapat rawatan percuma di sebuah hospital di Chongqing. Tentunya keluarganya menyambut gembira namun tetap risau jika cairan tersebut kembali menumpuk di perutnya. Kisah mengenai keluarga miskin di China memang sering terdengar dan pihak berwajib mengatakan banyak keluarga di desa yang kehilangan seluruh hartanya setelah menjalani prosedur pembedahan. Hal itu disebabkan mereka tidak mahu membayar untuk insuran kesihatan yang murah.






.

Anna Amemiya, seorang model memiliki ciri khas yang benar-benar unik



Anna Amemiya merupakan seorang model Jepun yang sangat terkenal. Anna dikenali kerana ciri khasnya yang benar-benar unik, iaitu dia merupakan satu-satunya model yang merupakan setengah manusia dan setengah karakter anime. Anna Amemiya mulai dikenal sejak tahun 2010 lalu akibat penampilannya. Dia selalu menggunakan semacam topeng anime di kepalanya.


Sehingga dia menjadi model dengan wajah kartun dengan badan manusia. Ciri khasnya itu membuat Anna semakin dikenal sebagai gravure idol (model yang berpose berani, tapi tidak berpose telanjang). Anna tak pernah melepaskan topeng di kepalanya, sehingga tidak pernah ada yang tau seperti apa wajahnya yang asli.








.

Cara mahasiswa di Singapura berpakaian


Singapura memang sudah terkenal akan kemajuannya. Mereka adalah negara termaju di Asia Tenggara. Kerana kemajuan itulah rakyatnya cenderung mentah-mentah mengamalkan budaya luar, samaada ianya baik mahupun buruk. Nyatanya memang warga Singapura bergaya hidup ala Barat. Para mahasiswa (khususnya mahasiswi) Universiti terkenal disana malah lebih parah lagi. Mahasiswa biasanya dikenali dengan intelek, tetapi mereka mengamalkan gaya barat dalam berpakaian ketika hendak ke kampus. Santai dan bebas berpakaian. Ini bukan mahu berjalan-jalan ataupun ke pantai, tapi mahu ke kuliah! Ianya benar-benar fasyen disaster dan mampu membuat mata lelaki manapun melotot. Benar-benar pemandangan yang tidak pernah dilihat di Malaysia.. -IN







.

Nenek 100 Tahun 'Dibuang' di Kebun Pisang


Menyaksikan kelucuan dan kegirangan cucu dan cicit merupakan dambaan bagi semua nenek. Namun, hal ini tak berlaku bagi Nenek Pawennai yang telah uzur. Di usianya yang sudah melebihi 100 tahun, Pawennai harus tinggal di gubuk kecil di tengah kebun pisang yang terletak di belakang Kantor Desa Patila, Kecamatan Pammana, Kabupaten Wajo, Sulawesi Selatan. Nenek Pawennai yang memiliki empat anak dan belasan cucu hingga cicit dan buyut ini hanya tinggal bersama anak bungsunya bernama Naima (65) di sebuah gubuk kecil berukuran 3 x 4 meter. Di gubuk inilah Nenek Pawennai mendapatkan rawatan seadanya lantaran indera penglihatan dan pendengarannya tak lagi berfungsi akibat dimakan usia.

Meskipun demkian, Nenek Pawennai tetap boleh merawat dirinya dengan mandi air hangat setiap hari. Untuk makan setiap hari, Nenek Pawennai kadang-kadang harus mengharapkan belas kasihan para penduduk yang tinggal tak jauh dari kebun pisang yang ditempatinya. "Anak bungsunya yang merawatnya kerana dia saja yang belum kahwin. Biasa kita yang bawakan nasi sama biskut," ujar Rosmiati, warga tempatan.

Ketika ditanyakan ke mana semua anak dan cucunya, Naima menyatakan bahawa semuanya ada, dan kadang-kadang mereka datang menengok. "Ada yang tinggal di sana, dan ada juga yang di Sidrap. Mereka sekali-sekali saja datang," ungkap Naima.





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!