Sunday, September 2, 2012

Jangan simpan tin cola didalam freezer


25 ogos yang lalu, seorang anak menderita luka di mulut dan pipinya, akibat tin coca cola-nya meletup kerana disimpan di freezer. Dan dia terpaksa menerima 38 jahitan, 31 jahitan di pipi dan 7 jahitan di bibir dan mulut. Sadisnya luka itu.. Bayangkan betapa deritanya dia apabila kejadian itu berlaku.. Nasib baik pecahan tin coca cola itu tidak mengenai matanya. Ibu si anak ini telah menyebarkan foto ini, agar kejadian serupa tidak akan berulang lagi kepada sesiapa pun... Ada tak sesiapa yang gemar menyimpan tin coca cola dalam freezer dengan alasan agar cola itu sejuk dan lebih enak diminum? Dan terlupa sehingga tin itu keras? Fikir dua kali setelah membaca entri ini :)








.

Bintang sukan cantik ini rupanya sudah putus tunang


PEMAIN tenis dunia dari Rusia, Maria Sharapovaberkata, hubungannya dengan tunang, bekas pemain Laker, Sasha Vujacic sudah pun berakhir. Sharapova menjelaskan, “saya sudah putus(pertunangan) sejak awal tahun ini.” “Saya sebenarnya menunggu seseorang untuk bertanya mengenai perkara itu (putus tunang) tetapi tiada seorang pun yang berbuat demikian,” katanya. Sharapova turut menjelaskan punca perpisahan mereka adalah disebabkan kesibukan karier kedua-dua mereka selain Vujacic berhijrah ke Turkiuntuk bermain dengan sebuah kelab dinegara itu.

“Kesibukan di antara kami berdua menjadi penyebab kenapa hubungan ini tidak dapat dipertahankan, ada satu masa, kami hampir 10 bulan tidak berjumpa disebabkan komitmen karier Vujacic di Turki,” katanya. Di sebalik perpisahan itu, Sharapova tetap menghormati Vujacic dan berharap kedua mereka akan terus kekal sebagai kawan. Laporan sebelum ini menyebut Sharapova dan Vujacic sudah merancang untuk berkahwin November ini di Turki.


Walaupun berdepan dengan masalah percintaan, tetapi prestasi Sharapova dalam bidang sukan masih terus membanggakan. Terbaru dia memenangi pertandingan Terbuka Perancis dalam misinya untuk melengkapkan kejuaraan Grand Slam.





.

Cemasnya bila terperangkap 3 jam dalam paya..Lagi cemas kerana dia hanyalah haiwan


Seekor kuda jantan seberat satu tan mengalami detik-detik cemas apabila terperangkap selama tiga jam di dalam paya di Radcliffe, Greater Manchester pada awal minggu lalu. Namun usaha keras pasukan bomba Greater Manchester dan Pusat Kebajikan Haiwan United Kingdom (RSPCA) berjaya menyelamatkan kuda bernama Jeremy itu daripada lemas. Haiwan itu dikatakan telah terperangkap dalam paya tersebut selama beberapa jam sebelum ditemui oleh pemiliknya, Jayen Renshaw. Malah apa yang mengagumkan pasukan penyelamat, misi mengeluarkan Jeremy turut disaksikan kawan baiknya, seekor keldai bernama Misty.


Renshaw berkata, dia berasa sedih dan tidak sanggup melihat keadaan Jeremy ketika ditarik keluar dari paya tersebut. "Jeremy sungguh bernasib baik kerana tidak mati dalam paya berlumpur itu dan pakar haiwan memberikannya suntikan antibiotik untuk menenangkannya," katanya. - AGENSI






.

Ikan ini tertera kalimah Allah di badannya


Seekor ikan yang memiliki warna dan corak sisik yang aneh telah menggemparkan penduduk di daerah Wajo, Sulawesi Selatan. Ikan perhiasan jenis Zebra Convict itu mendapat perhatian orang ramai kerana ia tidak seperti ikan lain daripada spesiesnya yang memiliki sisik bergaris hitam dan memanjang ke bawah. Ikan milik penduduk mukim Tempe Sengkang, Alim Bahri, 42, itu memiliki garis sisik menyerupai tulisan Arab yang membawa maksud 'Allah', lapor Kompas.com. Keanehan ikan itu menyebabkan orang ramai berduyun-duyun datang ke rumah Alim untuk melihatnya sendiri, bahkan ada yang sanggup datang dari jauh.


Keunikan ikan itu juga mendorong seorang lelaki sanggup membelinya pada harga 10 juta rupiah (RM3,291). Alim, bagaimanapun menolaknya, walaupun mengakui dia baru sahaja membeli ikan itu pada harga 4,000 rupiah (RM1.32). Menurut Alim, dia tidak akan menjual ikan itu kerana percaya ia akan membawa rahmat kepada keluarganya. - AGENSI





.

'Doakan saya berpeluang menjadi ibu..'


BERTUAHNYA wanita yang bernama Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, 33. Bukan sahaja dikurniakan suara yang merdu dan bakat luar biasa dalam bidang seni, malah anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang ini dianugerahkan dengan raut wajah jelita yang tidak jemu dipandang. Semakin diamati, semakin terserlah keistimewaan yang dimilikinya. Tutur bicaranya yang sopan dan limpahan rezeki oleh Yang Maha Esa melengkapkan pakej Siti Nurhaliza sebagai wanita bertuah. Melihat kepada kualiti ini, tidak hairanlah Siti Nurhaliza atau mesra dengan sapaan Siti begitu digilai ramai. Peminatnya terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat bukan sahaja di Malaysia malah merentasi negara serantau seperti Brunei, Singapura dan Indonesia.

Begitulah hebatnya penangan wanita ini. Walaupun namanya berada di puncak namun Siti masih berpijak di bumi nyata. Di sebalik kemasyhuran yang dikecap, Siti mengakui selesa menjalani kehidupan secara sederhana bersama insan yang disayangi. Malah pelantun lagu Cindai dan Bukan Cinta Biasa ini tidak kekok turun ke dapur mempelajari resipi kegemaran suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa daripada ibu mentuanya, Siti Zainab Hanaffi. “Suami suka makan ketupat palas dan rendang. Jadi selepas berkahwin, Siti belajar menganyam sarung ketupat palas dengan ibu mentua. Mula-mula memang susah juga, tapi Siti tidak putus asa. Berkat usaha gigih dan tunjuk ajar ibu mentua, akhirnya Siti berjaya juga menyiapkan sarung ketupat palas. Mak mentua pun kata Siti dah lulus,” seloroh Siti.

Status sebagai artis tidak menghalang Siti membantu ibu, Siti Salmah Bachik, dan ibu mentuanya menyiapkan juadah di pagi Syawal. Siti mengakui air tangan kedua-dua insan istimewa ini begitu enak. “Siti tidaklah memasak tapi sekadar membantu menyediakan bahan masakan. Ibu atau ibu mentua yang menyiapkan resipi. Sentuhan kasih sayang seorang ibu menerusi masakan menambat hati seisi keluarga. Air tangan mereka memang juadah yang dinantikan di pagi Syawal,”cerita Siti.


Belum bersedia ambil anak angkat 

Sepanjang tujuh tahun melayari alam rumah tangga, Siti dan Datuk Seri Khalid sabar menantikan kehadiran cahaya mata. Nyata rezeki masih belum menyebelahi mereka. Pun begitu, Siti mahupun suami tidak berputus asa sebaliknya terus berusaha agar dikurniakan anak. “Siti sentiasa mendoakan agar kami diberikan anak. Siti bersikap terbuka mengenai perkara ini. Siti dan suami sedia mencuba pelbagai kaedah moden dan tradisional sebagai usaha mendapatkan anak selagi ia tidak bertentang dengan ajaran Islam. Memang ramai yang tanya mengenai anak tapi siapa Siti untuk memberi jawapan ini kerana Siti pun tidak tahu bila Allah akan kurniakan cahaya mata kepada Siti dan suami.


“Apa yang mampu Siti katakan, doakan Siti diberi peluang menjadi ibu. Siti pernah juga terfikir untuk mengambil anak angkat tetapi buat masa ini Siti masih mahu berusaha memiliki zuriat sendiri. “Siti terharu dengan sokongan keluarga kedua belah pihak, mereka faham situasi Siti. Begitu juga dengan peminat yang setia memberi sokongan moral. Siti berharap doa Siti dan suami akan dimakbulkan Allah,”jelas Siti yang amat berahsia mengenai hal peribadi. Peningkatan usia menjadikan seorang isteri semakin matang merencana masa depan. Bukan sahaja kerjaya dan keluarga menjadi fokus malah Siti mengakui dia semakin peka menjaga kesihatan dan kecantikan.

“Siti dapat rasakan berat badan susah nak turun apabila usia bertambah. Jadi Siti tidak lagi berdiet seperti dulu untuk menurunkan berat badan. Sebaliknya Siti melakukan senaman secara rutin dengan suami. “Kami akan bersenam di gimnasium di bawah bimbingan jurulatih peribadi. Selain itu, kami juga gemar berjoging dan sukan tinju. Aktiviti riadah ini mengekalkan stamina, menjaga kesihatan dan mengekalkan berat ideal. Ia juga menjadikan otak kita semakin cergas. Siti dapat rasakan hidup menjadi lebih aktif selepas bersenam secara konsisten,”katanya yang bersenam empat hingga lima kali seminggu.-SH







.

Kewujudan kolam yang membuatkan orang awet muda


Beribu-ribu pengunjung membanjiri Kolam Banyu Biru di Winongan di sini pada setiap kali cuti Hari Raya Aidilfitri kerana airnya dikatakan mempunyai khasiat awet muda. Malah, jumlah pengunjung mampu mencecah sehingga 5,000 orang pada satu-satu masa. Koordinator Kolam Alam Banyu Biru, Djuma'adi berkata, pada tahun ini, kira-kira 5,000 pengunjung termasuk dari luar wilayah Pasuruan datang ke tempat perkelahan itu pada hujung minggu lalu. Katanya, berbanding tahun lalu, jumlah pengunjung yang datang ke kolam terbabit meningkat tinggi pada tahun ini.

 "Ekoran sambutan menggalakkan, pengelola Kolam Alam Banyu Biru menaikkan harga tiket masuk kepada 9,000 rupiah (RM2.80) sepanjang cuti Aidilfitri berbanding 5,000 rupiah (RM1.60) pada hari-hari biasa," katanya kepada beritajatim.com. Difahamkan, jumlah pengunjung di kolam itu sentiasa meningkat setiap tahun kerana ramai yang percaya mereka akan menjadi awet muda sekiranya mandi di situ. - AGENSI








.

Samsung tak curi teknologi Apple


Mahkamah Jepun hari ini menolak dakwaan Apple Inc, bahawa pesaingnya, Samsung Electronics mencuri teknologinya. Ini merupakan keputusan terbaru saman melanggar hak cipta di peringkat global antara kedua-dua syarikat teknologi itu. Mahkamah Daerah Tokyo memutuskan Samsung tidak melanggar hak paten Apple yang terdapat pada iPhone dan iPad dan menggunakannya di telefon pintar Galaxy dan komputer tablet. Panel terdiri daripada tiga hakim itu turut menganugerahkan kos undang-undang kepada Samsung. ''Produk defendan tidak kelihatan menggunakan teknologi sama seperti produk milik plaintif jadi kami menolak aduan yang dikemukakan oleh Apple,'' kata Hakim Tamotsu Shoji ketika membacakan keputusan itu.


Dalam kes tersebut, Apple memohon pampasan 100 juta yen (RM3.937 juta) daripada produk-produk Samsung yang dijual di Jepun dan menuduh ia mencuri teknologi pemindahan fail muzik dan video. Keputusan itu dibuat seminggu selepas Apple menang pampasan lebih AS$1 bilion (RM3.2 bilion) di mahkamah AS selepas juri mendapati syarikat Korea Selatan itu melanggar hak paten syarikat Amerika Syarikat itu. - AFP






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!