Friday, September 7, 2012

Pulau untuk dijual...


Kerajaan Jepun bersetuju membeli satu gugusan kepulauan di Laut China Selatan yang dituntut oleh Tokyo dan Beijing pada harga AS$26.15 juta (RM81.1 juta). Akhbar Asahi Shimbun dan Yomiuri melaporkan Jepun bersetuju membeli kepulauan yang dikenali sebagai Diaoyu oleh China dan Senkaku di Jepun itu daripada beberapa pemilik individu warga China dan bakal menandatangani kontrak pembelian dalam tempoh terdekat. Rancangan untuk membeli kepulauan tersebut akan diluluskan pada mesyuarat Kabinet yang dijangka diadakan seawal-awal tengah bulan ini.

Semalam, China memberi amaran kepada AS untuk tidak campur tangan dalam pertikaian yang berlaku di wilayah maritim di rantau ini ketika Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton tiba di Beijing bagi meredakan ketegangan yang tercetus. Rancangan pembelian kepulauan tidak berpenghuni itu dikemukakan selepas Gabenor Tokyo, Shintaro Ishihara (gambar) yang terkenal dengan sikap lantangnya, menghantar pasukan peninjau ke kepulauan tersebut pada Ahad lalu. Hubungan Jepun-China tegang pada bulan lalu selepas aktivis pro-Beijing cuba mendarat di satu daripada pulau di kepulauan tersebut yang dikawal oleh Jepun.

Sebagai reaksi terhadap rancangan itu, China hari ini menyatakan ketegasannya untuk mempertahankan kepulauan tersebut daripada menjadi milik Jepun. Menurut satu laporan, China sedang memantau segala perkembangan berhubung kepulauan itu secara terperinci dan akan mengambil langkah sewajarnya bagi mempertahankan wilayahnya. - REUTERS/AFP






.

Jauhi rakan suka makanan tak sihat


Makan bersama seorang rakan boleh menjejaskan seseorang yang sedang mengamalkan diet sebaliknya boleh menyebabkan seseorang itu memilih makanan yang tidak sihat menyebabkan orang berkenaan bertambah berat badan, menurut satu kajian. Penyelidikan itu diketuai oleh Eric Robinson, pakar psikologi di Universiti Birmingham yang percaya hasil kajian itu boleh menerangkan mengapa sekumpulan rakan sering kali mengalami berat badan dalam masa yang sama.


Tiru tabiat makan 

Ia juga menjelaskan mengapa wanita mengadu mereka menjadi semakin gemuk apabila menemui teman lelaki yang berpunca daripada sikap mereka mula meniru tabiat makan rakan-rakan atau pasangan masing-masing. Ada banyak bukti mengenai pendapat bahawa tabiat makan rakan-rakan anda menjadikan anda gemuk. Jika anda mempunyai rakan atau orang yang anda kenali mengalami kenaikan berat badan, maka anda juga akan mengalaminya.


Kurang ambil makanan sihat 

Kami juga mendapati bahawa apabila seseorang itu berkawan dengan seseorang yang memilih makanan tidak sihat, mereka kurang mengambil makanan sihat. Mereka lebih cenderung memilih makanan yang mempunyai kadar kalori yang tinggi, tambah Robinson, yang dipetik Journal of Nutrition. Hanya orang yang sedar mengenai kesan ini akan lebih sedar dan mengawal apa yang mereka makan. Malah, mereka juga akan melihat kepada menu dan cuba untuk memutuskan apa yang mereka makan sebelum bersama orang yang dapat membantu untuk mengelak mereka daripada terpengaruh, kata Robinson yang turut dipetik The Telegraph.

Penyelidik melakukan kaji selidik terhadap 100 sukarelawan wanita dengan memilih pilihan makanan yang sihat mengandungi buah-buahan dan sayur-sayuran atau makanan tidak sihat seperti kerepek, pastri dan sosej koktail. Mereka mendapati, apabila makan bersama dengan seseorang yang memilih makanan tidak sihat, sukarelawan terbabit juga akan memilih benda yang sama berbanding apa yang mereka nikmati ketika bersendirian atau bersama seseorang yang mementingkan pemilihan makanan sihat. Penulis bersama kajian, Suzanne Higgs, berkata: Kajian ini menggariskan tabiat sosial makan dan bagaimana ia mempengaruhi sikap kita. -Agensi






.

Struktur bangunan dikritik sebab dianggap tak kreatif


Dua bangunan pencakar langit baru di China yang sedang dalam pembinaan, dikritik kerana strukturnya yang menyerupai bentuk seluar panjang dan puding. Satu daripada bangunan itu yang direka syarikat arkitek Britain, Robert Matthew Johnson Marshall (RMJM), sedang dibina di bandar Suzhou dengan ketinggian 74 tingkat dan bernilai 445 juta pound (RM2.197 bilion). Pada mulanya, projek setinggi 250 meter yang akan disiapkan akhir tahun ini menerima pujian dan digelar sebagai Pintu Masuk ke Timur tetapi kemudian dikritik kerana kelihatan seperti seluar panjang. Malah, agensi berita Xinhua turut menggunakan tajuk berita 'Bangunan gergasi baru digelar seluar'. Sebuah lagi bangunan bernama Pusat Media Antarabangsa Phoenix di Beijing yang setinggi 55 meter, turut dikritik kerana menyerupai bentuk puding.

Bangunan dengan struktur luaran kaca dan melengkung itu dijangka beroperasi tahun ini serta menempatkan ibu pejabat stesen televisyen China, Phoenix TV, restoran dan pejabat-pejabat lain. Laporan di laman web China Radio International menyatakan, bangunan itu direka sedemikian untuk keluar daripada reka bentuk tradisional dan menunjukkan sikap terbuka masa depan. Walaupun dikritik kelihatan seperti puding, beg kacang gergasi atau donut, kritikan yang diterimanya tidaklah seteruk bangunan di Suzhou. - AGENSI






.

Macam mana seorang lelaki boleh curi buku hampir 900 naskah?


Jepun menahan seorang lelaki yang didakwa mencuri hampir 900 buku dari perpustakaan berbeza di negara itu, kata jurucakap polis, pada Khamis. Penganggur, Mitsuka Suizu, 61, dilapor memberitahu pegawai bahawa beliau mahu menyimpan yang sudah dibaca selepas pihak polis mendapati 896 naskhah tersimpan di rumahnya di Ube, barat Jepun. Jurucakap polis, Yomiuri Shimbun, berkata, Suizu pada mulanya ditahan kerana mencuri 12 buku dalam tempoh enam bulan tetapi selepas siasatan di rumahnya, pihaknya mendapati junmlah kecurian adalah lebih besar bernilai hampir 2 juta yen. Mengikut undang-undang di Jepun, Suizi boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda 500,000 yen. - AFP





.

Kisah paling menarik buat peminat Manchester United?


USAIN Bolt, peminat fanatik Manchester United (MU) telah ditawarkan untuk bermain di kelab itu sekali gus memenuhi impian zaman kanak-kanaknya. Lelaki terpantas dunia, Bolt sering menyatakan hasrat menerusi Twitter untuk bermain di Liga Perdana Inggeris (EPL). Bolt mahu pemain MU Rio Ferdinand melakukan satu ujian untuknya di Old Trafford. Bolt telah menyaksikan perlawanan MU menentang Fullham. Dia telah pergi ke padang untuk menunjuk-nunjuk pingat emas Olimpiknya kepada ribuan penonton. Pengurus MU, Sir Alex Ferguson telah membayangkan Bolt sememangnya boleh beraksi bersama kelab gergasi itu.

"Dia merupakan peminat fanatik United, namun lebih menarik sekiranya dia menyertai permainan amal," kata Ferguson. "Ini mungkin perancangan tahun depan, apabila sekali lagi kita menurunkan pemain-pemain legenda Real Madrid. Ketika itu, kita boleh melihat prestasi dia ketika itu," katanya lagi. Ferguson yang merupakan peminat Bolt telah menyifatkan persembahan beliau di Olimpik London bulan lalu sebagai "luar biasa."







.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!