Saturday, September 22, 2012

Pasangan ini tanpa sengaja berhasil mengabadikan gambar hantu


Di zaman yang serba moden dan hidup di tengah-tengah masyarakat yang beragama, tentunya (kemungkinan besar) membuat kita tidak percaya dengan yang namanya alam ghaib dan yang berkaitan dengannya, contohnya hantu. Pasangan kekasih yang hidup bersama di England mengaku terkejut kerana secara tanpa sengaja kameranya menangkap susuk hantu kanak-kanak ketika hendak mengambar haiwan kesayangannya.

Bentuk bayangan itu, mirip kanak-kanak atau bayi, dan berdiri di dekat kerusi bertangan di ruang keluarga di rumah yang ditempati John Gore dan kekasihnya. Mereka tidak takut walaupun jiran sering menceritakan berbagai cerita mengenai hantu tersebut. Bahkan John Gore dan kekasihnya menamakan hantu tersebut seperti nama calon "anak" mereka.







.

Putus Cinta, doktor balas dendam dengan mencabut semua gigi bekas kekasih


Bukan bermaksud berprasangka buruk dan menyalahkan doktor gigi. Tapi, jika akan periksa gigi, lebih baik selidik dulu dan pertimbangkan masak-masak bila dia adalah bekas kekasih anda. Kalau tidak, anda mungkin bernasib sama seperti seorang lelaki dari Poland ini.. Seorang perempuan doktor gigi Poland menghadapi tuntutan hukuman tiga tahun setelah dia mencabut semua gigi bekas kekasihnya beberapa hari setelah mereka berpisah. Bekas kekasihnya itu datang sebagai pesakitnya.“Saya cuba berlaku profesional,” kata Anna Mackowiak, 34 tahun, “Tapi, ketika saya lihat dia terbaring di sana, saya cuma berfikir, ‘Ternyata itu dia.’ Dan saya memutuskan mencabut seluruh giginya.” Pesakit itu, Marek Olzewski, 45 tahun, datang kerana sakit gigi beberapa hari setelah dia memutuskan jalinan cinta mereka.

Doktor itu lalu memberinya ubat bius dengan dos yang tinggi sehingga Olszewski tertidur, mengunci pintu, dan mencabut semua gigi sekaligus. “Rasanya ada yang salah waktu bangun saya tak merasa apa pun di gigi dan rahangku kebas,” tutur Olszewski. "Menurutnya, gumpalan kapas didalam mulut adalah kerana melindungi gigi saya yang baru dicabut, lalu saya ke doktor pakar yang lain." Olzewski tak sangka bekas kekasihnya nekad. Dia kini rompong..







.

Lelaki ini menelan berlian palsu


Pihak polis mengatakan seorang lelaki China yang dituduh menelan sebuah berlian ternyata merupakan berlian palsu. Namun lelaki itu disyaki sengaja menelan berlian palsu sebagai taktik agar pencuri yang sebenarnya boleh melarikan diri dan kini polis sedang mencari berlian asli yang nilainya dianggarkan mencapai US$13.000. Polis menangkap Chou Wan yang berusia 23 tahun setelah seorang pemilik kedai berlian melaporkan ada lelaki yang menelan berlian 1.5 karat di sebuah pameran batu permata dipanggil Facet Sri Lanka di Colombo minggu lalu. Pemeriksaan sinar X memperlihatkan adanya berlian di dalam tubuh Chou dan dia diberi ubat pencuci perut agar berlian ke luar dari dalam tubuhnya.

Jurucakap polis Sri Lanka, Ajith Rohana mengatakan kepada bilik berita AP bahawa ada seorang lelaki lain yang dilihat bersama Chou mungkin menelan berlian yang asli. Pemilik kedai batu permata, Suresh Wijekoon mengatakan dua lelaki China bertindak mencurigakan di dekat kedainya ketika pameran dan mensyaki mereka sedang cuba mengganti berlian asli dengan yang palsu. Dia mengatakan salah seorang menelan berlian dan dia segera melaporkan kepada polis sementara lelaki lainnya melarikan diri.






.

Peluk mesin ini untuk dapat minuman percuma..


Di dunia ini, adakah masih ada yang boleh di dapatkan secara percuma? Pasti diantara kita banyak yang akan menjawab secara sinis "Mana ada yang percuma, masuk tandas pun bayar!" Tapi percayalah...ini benar-benar percuma walau syaratnya "cukup berat' iaitu harus disertaikan dengan ketulusan. Coca Cola mengadakan kempenya 'menyebarkan cinta" dengan mencipta sebuah mesin penjual minuman Coca Cola ajaib.

Mesin ini akan menyediakan bagi anda yang "membeli" dengan cinta. Membeli disini maksudnya adalah dengan memeluk mesin yang dinamakan "Hug Me" tersebut dan apabila pelukan anda dirasakan secara tulus, maka ia akan mengeluarkan minuman Coca Cola percuma untuk anda. Sayangnya, mesin ini hanya tersedia di Singapura, iaitu di kampus National University of Singapore.






.

Pelik! Air laut membeku di Pakistan


Pakistan negara yang akhir-akhir ini terkenal akibat tuduhan sebagai negara sarang pengganas dan dikenali sebagai negara yang sebahagian besar wilayahnya beriklim panas, kering dan tandus. Pertanyaannya: apakah mungkin negara yang panas akan mengalami turunnya salji? (itu pertanyaan yang sering dilontarkan oleh orang awam).


Fenomena alam pernah terjadi di Pakistan, dimana air laut membeku! Ini, ada dua dari beberapa gambar yang diambil dari sebuah pantai dekat kota Karachi saat fenomena alam di negara panas ini terjadi. Logiknya: mana mungkin air laut boleh membeku kecuali dekat kutub? Sebab air laut itu pada dasarnya bersuhu hangat. Namun kalau sudah kehendak Tuhan, semuanya boleh terjadi. Subhanallah! Maha Besar Allah!







.

Kerana lapar, mereka makan rakan sendiri


Peristiwa aneh terjadi di taman safari yang terletak di Rongcheng, Provnsi Shandong, China. Seekor harimau Siberia memakan harimau Benggala putih yang tergolong sebagai haiwan yang hampir pupus. Para pengunjung taman itu pun sangat terkejut. "Pertama, saya sangka mereka sedang bermain, namun ketika mereka menjatuhkan harimau putih itu, dua harimau Siberia lainnya ikut menarik kaki harimau, dan beberapa harimau lain menggigit lehernya," ujar salah seorang pengunjung. "Kami tidak menyaksikan ada daging di kawasan itu dan harimau-harimau Siberia itu kelihatan lapar. Peristiwa ini sangat mengejutkan," tambahnya. Para petugas  nampaknya tenang dengan kejadian itu. Mereka hanya mengatakan, harimau Siberia itu menguji kemampuan berburunya.

Peristiwa itu cukup mengejutkan kerana kedua haiwan adalah haiwan yang hampir pupus. Harimau Siberia adalah harimau terbesar di dunia yang tidak pernah akrab dengan spesies harimau lainnya di alam bebas. Bila mereka melihat adanya spesies lain atau musuh yang menyerang wilayahnya, harimau besar itu tidak teragak-agak untuk menerkamnya. Harimau Siberia jantan juga terkenal sering menerkam harimau kecil lainnya, namun kelakuan itu dinilai akan membuat harimau betina semakin berang







.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!