Saturday, September 29, 2012

Kerana terlalu sayangkan anak, ibu bapa ini menyimpan mayatnya 6 tahun dalam rumah


Beijing. Pasangan suami-isteri di China menyimpan mayat anak mereka selama 6 tahun di dalam rumah mereka. Hal ini kerana mereka terlalu menyayangi dan merindukan si anak sehingga tidak mengkebumikannya. Insiden ini dilaporkan terjadi di kawasan Chongqing, China seperti disiarkan The Star. Buah hati pasangan yang tidak disebutkan namanya ini, meninggal dunia 6 tahun lalu kerana sakit.

Namun pasangan ini memutuskan untuk tidak mengkebumikan anak mereka. Jasad anak lelaki ini disimpan di dalam almari pendingin besar yang ada di rumah mereka. Tapi sayang tidak disebutkan berapakah umur anak tersebut ketika meninggal dunia. Menurut media tempatan, Kwong Wah Yit Poh, setiap kali pasangan tersebut merindukan si buah hati, mereka akan membuka almari  pendingin dan memandang si anak. "Anak saya kelihatan seolah masih hidup. Dia terus berada di samping kami dan tidak pernah meninggalkan saya," tutur si ayah yang tidak disebutkan namanya ini.

Mengenai hal ini, pihak keluarga pasangan ini telah menasihati mereka untuk mengkebumikan jasad si anak. Namun nasihat tersebut sama sekali tidak didengar. Pasangan ini mengaku tidak sanggup jika harus kehilangan anak mereka. Sebabnya, pasangan ini juga kehilangan seorang anak mereka lainnya sekitar 15 tahun lalu. Anak perempuan mereka itu meninggal dunia kerana dehidrasi.






.

Percayakah anda bahawa gambar ini adalah lukisan?


Gambar hasil foto dan lukisan tangan manusia biasanya mudah untuk dibezakan. Tapi anda mungkin boleh tertipu dengan apa yang anda lihat dengan gambar dalam entri ini. Mungkin kah gambar-gambar ini diambil dari kamera beresolusi tinggi?


Biasanya dalam proses editing gambar hasil gambar dapat dengan mudah diubah menjadi gambar yang terlihat seperti lukisan. Namun hal sebaliknya juga terjadi, dalam lukisan hyperrealistic anda akan melihat hasil goresan pena dan pensil akan dilihat seperti gambar hitam putih. Anda nilailah.............






.

Anggur bukan untuk dimakan, tapi untuk berperang


Selain perang tomato, Sepanyol juga mempunyai festival perang buah unik lainnya. Dinamakan La Raima, perang anggur yang biasa berlangsung setahun sekali di Kota Pobla del Duc, Valencia. Di tengah teriknya matahari saat musim panas, masyarakat di sini malah asyik melontar jiran dan keluarga dengan buah anggur.


La Raima memerlukan sekurang-kurangnya 90 ton buah anggur segar. Sama halnya dengan festival tomato, anggur-anggur tersebut nantinya juga akan dilontar secara sembarang ke berbagai arah oleh peserta festival. Dulu, acara ini dimaksudkan sebagai ungkapan rasa syukur keatas musim yang melimpah. Namun saat ini La Raima menjadi festival yang sangat ditunggu oleh masyarakat Valencia.



 

 P/S - Korang buang-buang anggur macam tu, kat Malaysia buah anggur mahal tau..huhu






.

Unik! Steve Jobs Diabadikan Sebagai Patung Lilin


Untuk mengenang setahun meninggalnya Steve Jobs, muzium Madame Tussaud di Hong Kong, menambah koleksinya dengan membuat patung lilin mantan CEO Apple tersebut. Tokoh di sebalik berjayanya iPod, iPhone dan iPad itu akan diabadikan dalam gayanya yang ikonik, iaitu mengenakan pakaian turtle neck hitam, jeans Levi 501 dan kasut New Balance. Posenya, terinsipirasi dari cover Fortune Magazine di 2006 yang sangat terkenal. Jobs kelihatan santai melipat kedua tangan di depan dada, kepalanya sedikit miring dan tersenyum.

Dipetik dari BBC, kumpulan pembuat patung lilin profesional Madame Tussaud juga membuat sepasang kaca mata Lunor yang dipakai Jobs semirip mungkin dengan aslinya. Muzium Madame Tussaud mendedahkan, pembuatan patung lilin Steve Jobs memakan perbelanjaan USD 193 ribu. Proses pembuatannya emakan masa sekitar 3 bulan.






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!