Sunday, September 30, 2012

Buku Telefon yang Berubah Menjadi Karya Seni Menakjubkan


Tahukah anda dengan buku Yellow Pages? Buku tebal berwarna kuning yang berisikan banyak nombor telefon? Dengan menggunakan bahan dasar buku telefon yang serupa dengan Yellow Pages serta tinta hitam , seniman yang berasal dari Chili, Carlos Zuniga menciptakan potret lukisan dari buku telefon tersebut.


Mungkin didengar cukup sederhana, namun ketika anda melihatnya, karya seninya sangatlah menakjubkan.


Orang yang memiliki bakat memang biasanya boleh melakukan sesuatu yang kreatif, tak kira apa bahannya..






.

Pemain biliard yang sangat kreatif


Ramai yang minat main biliard, atau lebih dikenali dengan pool.. Apapun namanya, semua tahu, tanpa meja billird, permainan itu tidak lengkap. Tapi bukan semua mampu beli meja tu.. Harganya agak mahal, dan oleh kerana itu ramai yang memilih untuk main dikedai. Tak silap dalam satu frame, hanya dikenakan bayaran RM2-RM4. Namun berbeza dengan gambar ini, mereka agak kreatif, membuat meja billiard hanya dengan tanah. Kayu-kayu disusun, dan diikat. Kemudian tanah basah dijadikan lapisan atas. Lengkap dengan lubang, tengok dah boleh main.. Kreatif tak? sila cuba kat rumah eh :p







.

Didunia ini ada hotel yang dinamakan hotel kiamat..


Korea Utara telah membangunkan sebuah hotel yang dipersiapkan untuk menyambut hari kiamat nanti. Ryugyong Hotel di Pyongyang, Korea Utara ini disebut "Hotel of Doom" atau hotel kiamat. Sebagai negara yang terkenal dengan kekuatan nukliernya, Korea Utara ingin menunjukkan kuasa negaranya melalui megahnya hotel yang dibangunkan dalam kurun waktu 20 tahun ini. Dari luar hotel tersebut terlihat seperti piramid berfasad kaca yang menjulang tinggi. Namun, pemandangan yang berbeza akan ditemui setiap pengunjung hotel ini, jika memasuki bahagian dalamnya. Interior hotel yang terdiri dari 105 tingkat ini hanya berupa dewan luas dengan lantai konkrit dan ruang-ruang kosong, seperti kawasan parkir bertingkat.

Tidak ada benda apapun yang diisi di dalamnya, bahkan untaian kabel, atau paip sekalipun. Hal ini sangat kontras dengan eksterior bangunan yang lain. Sayang, bangunan megah ini bagaikan benda terlantar. Dipetik dari sebuah akhbar luar negara, penyebabnya adalah dana pembangunan yang habis ketika bangunan masih dalam pembinaan di tahun 1990-an. Sedangkan, sebelumnya pada tahun 1989 menara setinggi 330 m ini disebut-sebut sebagai hotel tertinggi dan pencakar langit terbesar ketujuh di dunia.







.

Pergh.....Presiden diserang dengan pistol plastik


Seorang lelaki ditahan selepas menyerang Presiden Republik Czech, Vaclav Klaus menggunakan pistol plastik, di sini semalam. Lelaki berkenaan dilapor mengacukan pistol terbabit ke arah Klaus, 71, dan melepaskan tembakan kosong beberapa kali sebelum ditahan polis. Klaus, bagaimanapun tidak mengalami kecederaan. Kejadian tersebut berlaku dalam majlis perasmian jambatan baru di pekan Chrastava, di utara Bohemia. - dpa








.

Buka Pintu Pesawat Kerana Sangka Ia Adalah Pintu Tandas


Penerbangan Hong Kong Airlines dari Bali ke sini terselamat daripada malapetaka apabila seorang penumpang gagal membuka pintu kecemasan pesawat setelah menyangka ia adalah pintu tandas. Para anak kapal Hong Kong Airlines yang menyaksikan kejadian itu terkejut apabila mereka melihat seorang lelaki China berusia 52 tahun bangun dari tempat duduknya lalu berjalan menuju ke arah pintu kecemasan pesawat dan kemudian cuba untuk membuka pintu berkenaan.

Nasib baik dia gagal membuka pintu berkenaan dan kakitangan kabin dengan pantas menghalangnya secara fizikal daripada meneruskan niatnya itu. "Apabila dia disoal oleh polis, selepas mendarat, lelaki itu berkata dia berbuat demikian kerana menyangka ia adalah pintu tandas memandangkan inilah pertama kali dalam hidupnya menaiki pesawat," kata salah seorang kakitangan pesawat itu.






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!