Sunday, October 7, 2012

Bukan semua artis wanita senang turun berat badan selepas bersalin


Penyanyi dan aktres Indonesia, Bunga Citra Lestari berkata, dia mengalami kesukaran untuk menurunkan berat badan sejak melahirkan anak pertamanya pada 2010. Sehubungan itu, bintang berusia 29 tahun tersebut enggan menambah bilangan anak dalam tempoh terdekat. "Sudah tentu saya mahukan anak yang ramai, namun bukan dalam masa terdekat ini. "Sejak melahirkan anak, berat badan saya semakin meningkat dan sukar untuk diturunkan," katanya.

Bunga berkahwin dengan pelakon kelahiran Malaysia, Ashraf Sinclair pada 2008 dan dikurniakan anak lelaki bernama Noah Sinclair pada September 2010. Bintang tersebut turut menyatakan hasrat untuk menimang cahaya mata perempuan. "Saya sudah dikurniakan anak lelaki, maka saya ingin cahaya mata perempuan pula. "Buat masa kini, saya mahu menumpukan perhatian dalam bidang seni memandangkan saya baru aktif semula selepas berehat panjang," ujarnya. - AGENSI






.

Apakan daya.. Niat dihati ingin menjadi cantik


Isabel Gonzales datang ke Viviana's Body Secrets Spa di Doral, Florida pada Julai 2012 lalu untuk melakukan prosedur peremajaan kulit dengan cara menerima suntikan vitamin di wajahnya dengan harga 900 Dollar AS. Saat itu Gonzales menerima suntikan di titik antara kening, di sudut hujung bibirnya serta di kedua sisi dari dagu bahagian bawahnya. Tapi kerana tak ada perubahan, sekitar 2 minggu kemudian dia datang lagi dan diberikan suntikan selanjutnya. Namun setelah menerima perawatan, wajahnya bukan terlihat muda melainkan mulai membengkak, merah, gatal dan terkena infeksi yang menyakitkan.

Dia pun segera dibawa ke rumah sakit dan harus dirawat selama 2 bulan. Doktor yang merawatnya risau terhadap keadaan Isabel kerana takutkan wajahnya akan mengalami kecacatan kekal akibat dari prosedur ini. Pemilik spa, Viviana Ayala telah ditangkap dengan tuduhan melakukan amalan kedoktoran ilegal akibat tidak memiliki lesen, serta tidak terlatih atau memiliki sijil untuk memberikan suntikan di wajah.

Namun ia membantah semua tuduhan terhadap dirinya tersebut. Risiko buruk yang diterima pesakit setelah melakukan rawatan kecantikan bukanlah yang pertama kali, sebelumnya ada banyak kes yang ditemui seperti komplikasi serius akibat suntikan botoks ilegal.






.

Macam mana keadaan ruang rehat pramugari dan pramugara dalam kapal terbang?


Bagi ramai orang, menaiki pesawat terbang adalah sebuah impian dan angan-angan. Bagi masyarakat ekonomi bawah saat ditanya tentang "menaiki pesawat", pasti mereka akan menjawab: "mahal." Anggapan tersebut tidak sepenuhnya benar dan tidak sepenuhnya salah, kerana saat ini banyak syarikat penerbangan berbiaya rendah, khususnya untuk tujuan-tujuan yang dekat dan bukan penerbangan antara benua. Berbicara penerbangan antara benua misalnya dari Asia ke Eropah, Amerika atau Australia, lama perjalanannya di udara tidaklah singkat.


Bahkan boleh mencapai 20 jam (termasuk transit di suatu lapangan terbang). Lamanya penerbangan tersebut seringkali mengakibatkan jetlag kerana perbezaan waktu. Maka terbayang bagi kita, pastinya para pramugari pramugara penerbangan jarak jauh pekerjaannya ekstra berat. Ya benar, dalam penerbangan jauh tersebut mereka bekerja secara bergiliran (shift) di udara. Lalu bagaimana tempat rehat mereka? Dalam gambar kita dapat lihat ruang katil yang agak terhad.. Selesa kah mereka? Kasihan juga para pramugari yang cantik, ramah, dan wangi harus beristirehat di tempat demikian.






.

Samurai burger, eh bukan.. pakaian samurai


Berjalan atau berlari dengan pakaian samurai yang lengkap bukanlah satu perkara yang mudah, apatah lagi berenang. Namun, itulah yang dibuat oleh beberapa orang rakyat Jepun, yang berenang dengan pakaian samurai lengkap sebagai cara untuk bergembira. "Pakaian ini agak berat dan panas apabila memakainya. Saya bimbang sama ada saya mampu keluar semasa berada di dalam air.

"Kali terakhir saya berenang ialah tiga tahun lalu,'' kata seorang doktor, Mutsuo Koga, 27, ketika ditemui sebelum memasuki kolam renang awam dengan pakaian itu. Aktiviti renang dengan berpakaian samurai juga merupakan satu daripada amalan tradisi masyarakat Jepun yang mula diperkenalkan pada abad ke-15 dan ke-16. Selain dianggap sebagai satu daripada warisan dalam seni pertahanan diri, teknik itu membantu pahlawan zaman dahulu kala berenang dalam persekitaran sebenar yang lebih mencabar.

"Tujuan utama renangan ini adalah bagi memperoleh kemahiran praktikal sebelum berenang dalam persekitaran yang sebenar," kata Tadao Koga, bapa kepada Mutsuo dan mahaguru sekolah Kobori, satu daripada 12 sekolah yang diiktiraf oleh Persekutuan Renang Jepun. - AFP






.

Binatang itu memang wujud. Ini buktinya......


Seorang kanak-kanak di utara Rusia tidak menyangka tindakannya menggali di sekitar kawasan rumahnya telah menemukan fosil gajah purba atau mammoth yang hampir sempurna. Mammoth itu ditemui oleh Yevgeny Salinder, 11, dari daerah Taymyr. Saintis percayai ia merupakan antara fosil yang hampir sempurna pernah dijumpai di Rusia. Gajah purba dipercayai baru berusia 15 tahun itu, mempunyai berat kira-kira 500 kilogram dan dipercayai berusia 30,000 tahun.

Ketika ditemui, fosil gajah jantan purba itu tidak mengalami banyak kerosakan dengan daging, tulang, bulu, dan lapisan lemak masih terdapat pada tubuh mamalia itu. Malah, bahagian gading, tulang rusuk dan mulut pada bahagian kanan mammoth itu juga dapat dilihat dengan jelas.

Selepas Salinder memaklumkan apa yang ditemui kepada ibu bapanya, saintis mengesahkan penemuan itu dan percaya ia adalah fosil mammoth kedua yang terpelihara dengan baik yang ditemui sejak 1901. Bangkai gajah purba itu kini dinamakan sebagai 'Zhenya' mengambil nama samaran Salinder dan akan dikaji lebih lanjut oleh para saintis. - AGENSI






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!