Tuesday, October 9, 2012

Haiwan pun pandai tinju okeh...


Di Taman Safari Thailand, ada satu pertunjukan yang mendapat perhatian ramai pelancong Tinju Orangutan. Pelancong dan penggemar olahraga dari Safari World berkumpul untuk melihat seekor orangutan sedang memanaskan badan. Dua orangutan dilatih untuk mengalahkan satu sama lain untuk menghibur para pengunjung.


Meskipun pelatih mengatakan orangutan, pemukulan salah satu orang utan untuk KO (Knocked-down) disimulasikan dan tidak nyata, tetapi aktivis haiwan tetap mengatakan bahawa acara ini merupakan suatu bentuk kekerasan terhadap haiwan.






.

Tanam bunga matahari setinggi 8 Meter.. Tinggi tu.......


Seorang tukang kebun berasal dari England berhasil menanam bunga matahari hingga setinggi 26 kaki atau 7.9 meter. Richard Hope telah memecahkan rekod bunga matahari tertinggi di England. Hanya tinggal sedikit lagi, bunga mataharinya dapat mengalahkan rekod dunia, yang mencapai ketinggian 26 kaki 4 inchi atau hampir 8 meter. Apakah rahsianya? Lelaki berusia 67 tahun ini mendedahkan bahawa senjata rahsianya adalah baja penumbuh organik. Namun, ini bukan pertama kalinya Richard sukses memecahkan rekod. Dulu, dia juga pernah memegang rekod dunia untuk daun bawang terberat dan ubi terpanjang.


Wow..Menakjubkan! Menumbuhkan sebuah bunga matahari raksasa memang bukan pekerjaan mudah. Richard harus berjuang melawan hujan deras, langit mendung, dan bahkan awal musim salji. "Saya tidak pernah putus asa untuk memecahkan rekod dunia. Namun, perubahan cuaca akan memaksanya (bunga matahari) segera gugur," kata Richard, sebagaimana dipetik dari Daily Mail. Richard hanya memerlukan 5 inchi (12.7 cm) saja untuk menetapkan rekod baru.






.

Kenapalah mesti nak dengan Gangnam style.. huhu


Tarian Gangnam Style memang benar-benar fenomena dan menjadi trend zaman ini. Dari tua muda dan anak-anak dan berbagai golongan menggilai tarian berkuda ala Korea ini. Lihat saja bagaimana Gangnam Style ini digilai seorang bayi berusia 10 bulan. Benjamin, nama bayi itu tak mau makan apabila belum mendengar muziknya PSY itu. Dengan kata lain, Benjamin hanya mau makan bila diputarkan muzik Gangnam Style. Seperti dipetik dari sebuah laman akhbar, akhir minggu lalu, momen tersebut dapat disaksikan melalui laman Youtube dengan judul video Baby Gangnam Style lunch.

Dalam video rakaman singkat, bayi bernama Benjamin itu dilihat menangis ketika ayahnya cuba menyuapnya makan. Tapi apabila si ayah memutarkan video Gangnam Style, perangai Benjamin seketika itu menjadi tenang dan mau membuka mulut untuk menerima makanan. Si ayah yang bingung terhadap tingkah laku anaknya,  apakah kerana kebetulan (entahlah) kemudian cuba menghentikan muzik dan kembali menyuap. Namun ternyata tak berhasil, Benjamin kembali menangis.

Video unik itu menuai komen dari beberapa penggemar, yang di antaranya menyatakan bahawa "Dia sangat lucu", dan "Saya harus cuba menyusui bayi saya seperti itu", serta komen lain "Itu sangat aneh." Video yang dimuat turun oleh Andrew Tsai pada 29 September yang lalu, kini telah disaksikan tak kurang dari 1.2 juta kali.






.

Gempar! Kedai daging jual daging manusia


Sebuah kedai daging di Inggris, 6 Wesker & Son Ltd. selama dua hari membuka jualan daging manusia dengan berbagai potongan anggota tubuh manusia. Kedai ini memperdagangkan daging bangsanya sendiri dan menggantung potongan-potongan tubuh manusia di ruang pendingin sama keadaannya seperti daging binatang ternak. Tidak hanya itu, potongan-potongan tubuh itu di tayang dalam sebuah display daging yang dikemas dalam stereofoam berbungkus plastik.


Anggota tubuh yang di ditayang terdiri dari berbagai macam anggota tubuh seperti jari-jari, lidah, mata, telinga bahkan ada juga anggota lainnya. Pemandangan yang sangat mengerikan dilihat di tempat itu, tubuh manusia tanpa kaki dan tangan, lengan di gantung dengan pengait besi, tapak tangan dan pemandangan potongan anggota tubuh manusia lainnya yang tidak kalah mengerikan. Yang lebih mengerikan lagi ada susuk tubuh perempuan yang di letakkan di atas meja dan siap dipotong-potong untuk dijual.


Kenyataan pemandangan seram itu sebenarnya hanyalah helah yang dilakukan oleh kumpulan pembuat game Resident Evil 6 untuk menarik perhatian para wartawan. Potongan anggota tubuh tersebut dibuat dari berbagai macam daging binatang ternak yang di buat sedemikian rupa hingga sangat mirip dengan potongan-potongan tubuh manusia. Resident Evil adalah sebuah game ternama yang mengusung tema horror dalam pembuatan Game-nya.







.

iPhone 5 Tak Akui Jerusalem Sebagai Ibukota Israel


Harian Al-Maarev Israel menyebutkan bahawa sejumlah pengguna smart phone iPhone 5 menyatakan bahawa peta yang dikeluarkan oleh perusahaan Apple tidak lagi mengakui Jerusalam (Al-Quds) sebagai ibukota Israel. Harian Israel ini menegaskan, pengguna iPhone 5 yang ada di Israel baru-baru ini menemukan bahawa smartphone ini tidak menyebutkan Jerusalam sebagai ibukota Israel sedangkan ibukota negara lain di dunia disebutkan sebagai “ibukota” di petanya.

Peta yang digunakan oleh Apple yang baru ini menjadi alternative program map Google menampakkan ibukota-ibukota negara lain dengan tanda “bintang” di peta itu dan tidak menampakkan tanda bintang di kota manapun di Palestin baik yang wilayah dibawah pemerintah Palestin atau yang dikuasai Israel. Maarev juga menegaskan, salah satu ciri lain smartphone iPhone 5 baru ini adalah perangkat ini memberikan kepada penggunanya untuk memilih kota untuk menentukan waktu kota Al-Quds (Jerusalem) tanpa mengaitkannya dengan Palestin atau Israel.






.

Perempuan ini berkahwin dengan lelaki yang sudah mati


Seorang perempuan India terpaksa mengahwini lelaki yang hidup bersamanya 10 tahun dan memberinya keturunan. Namun perkahwinan itu dilakukan ketika lelaki itu sudah meninggal dunia. Chudki Hembram dan Mahalal Marandi hidup bersama selama 10 tahun tanpa adanya ikatan perkahwinan, kerana mereka tidak mampu untuk mengadakan pesta. Mereka sudah dikurniakan empat orang anak. Mahalal meninggal dunia pada minggu lalu dan hal itu membuat Chudki merasa tertekan. Chudki risau, nasib anak-anaknya akan bertambah sengsara kerana ibu bapa mereka tidak memiliki status perkahwinan yang sah. Seluruh warga desa di tempat tinggal Chudki akhirnya sepakat untuk membantu Chudki mengakhiri penderitaan itu.

Meskipun saat itu, keluarga mempelai lelaki sibuk mengurus pemakaman Mahalal, warga desa menceritakan penderitaan Chudki yang sudah lama hidup dengan Mahalal. Keluarga Mahalal sepakat untuk membantu Chudki mengadakan upacara perkahwinan. Warga desa akhirnya berkumpul dan mempersiapkan upacara perkahwinan itu berdasarkan adat tempatan. Seseorang ditugaskan untuk memegang tangan Mahalal Marandi yang sudah tidak bernyawa dan menempelkan telapak tangan itu ke dahi Chudki.

Usai pernikahan itu diadakan, Chudki rasmi menjadi janda Mahalal Marandi. "Saya menerima perkahwinan yang kami lakukan usai kematian suami saya. Jadi, tidak akan ada yang menyebut anak-anak saya sebagai anak haram," ujar Chudki, seperti dipetik Gulf News. Seluruh warga di desa tersebut menganggap peristiwa itu sebagai peristiwa teraneh yang pernah terjadi. Namun mereka ikut gembira menyaksikan perkahwinan itu.






.

Awas bahaya permainan video


Remaja yang bermain permainan video berunsur ganas untuk tempoh beberapa tahun, didapati cenderung berkelakuan ganas terhadap orang lain, menurut satu kajian terbaru. Penyelidik berkata, kajian itu adalah yang pertama menunjukkan kaitan jelas antara tempoh permainan video berunsur ganas secara berterusan dengan peningkatan kelakuan ganas. Kanak-kanak perempuan yang bermain permainan komputer berunsur ganas semasa zaman persekolahan mereka juga didapati turut sama cenderung berkelakuan ganas seperti kanak-kanak lelaki. Pasukan penyelidikan dari Universiti Brock di Kanada berkata, keputusan kajian itu agak 'membimbangkan'.

Pada masa yang sama, keputusan itu mengukuhkan lagi tanggapan bahawa permainan ganas dipercayai mewujudkan perbuatan ganas yang didapati sesuai untuk menangani konflik dan kemarahan. Bukti menunjukkan bahawa mereka yang telah lama bermain permainan video berunsur ganas cenderung untuk bertindak balas secara ganas terhadap provokasi yang tidak disengajakan seperti terlanggar orang. Hasil kajian itu dibuat setelah seorang koroner di sini, menggesa ibu bapa supaya menghentikan tabiat membenarkan permainan video yang biasa digunakan oleh golongan dewasa terhadap anak-anak mereka.

Desakan itu dibuat ekoran kematian Callum Green, 14, dari Stockport yang membunuh dirinya selepas bermain permainan video, Call of Duty yang memaparkan adegan ngeri iaitu tentera saling berbunuhan antara satu sama lain. Malah, pelampau Kristian, Anders Behring Breivik yang membunuh 77 orang di Norway sebelum ini mendakwa dia telah bermain permainan Call of Duty bagi melatihnya untuk melakukan serangan berdarah itu. - AGENSI





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!