Wednesday, October 10, 2012

Bagaimana kurangkan risiko angin ahmar?


Tabiat memakan buah tomato secara berterusan boleh mengurangkan risiko mendapat angin ahmar, menurut salah satu kesimpulan kajian yang disiarkan kelmarin. Secara umum, kajian itu menyatakan, pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran memberi kesan lebih baik kepada anggota badan. Faktor utama mengurangkan risiko kena angin ahmar ialah kehadiran unsur antioksida kuat iaitu ‘lycopene,’ menurut kajian penyelidik Finland dalam jurnal Neurology. Kesimpulan penyelidikan itu adalah berdasarkan daripada data daripada lebih 1,000 lelaki pertengahan umur yang terbabit dalam kajian selama 12 tahun. Ia menunjukkan bahawa lelaki yang memiliki kadar ‘lycopene’ tinggi dalam darah mereka mempunyai peluang 55 peratus lebih rendah untuk diserang angin ahmar.


Kurangkan risiko

"Kajian ini memperkukuh bukti bahawa diet yang memberi tumpuan kepada buah-buahan dan sayur-sayuran boleh mengurangkan risiko serangan angin ahmar,” menurut penulis kajian, Jouni Karppi dari Universiti Eastern Finland di bandar Kuopio. Sementara itu, di kalangan 258 lelaki dengan tahap terendah ‘lycopene’ dalam darah, hampir satu dalam 10 diserang angin ahmar. Tetapi, di kalangan 259 peserta yang mempunyai kandungan antioksida tinggi, ia menjadi satu setiap 25 orang.

Hubung kait antara tahap ‘lycopene’ dan risiko angin ahmar adalah lebih kuat apabila penyelidik hanya mengkaji angin ahmar yang disebabkan oleh darah beku. Peserta dengan tahap ‘lycopene’ tertinggi mempunyai 59 peratus risiko lebih rendah mendapat serangan angin ahmar berpunca daripada darah beku dibandingkan lelaki yang memiliii kadar antioksida terendah. Secara keseluruhannya, 67 lelaki mendapat serangan angin ahmar sepanjang tempoh kajian. - AFP






.

Lukisan yang menakjubkan.. Umpama gambar sebenar


Joe Simpson adalah pelukis yang berasal dari London, England yang terkenal dengan seni lukisannya yang sangat nyata. Bahkan, kita akan melihat lukisan seniman penerima penghargaan dari Arts Council England ini seperti gambar sebenar. Tidak hairanlah, karyanya sering mendapat penghormatan ditayangkan di galeri terkenal seperti Urbis, Manchester City Art Gallery dan lain-lain galeri. Bakat semulajadi yang benar-benar menakjubkan...






.

Mati selepas peraduan makan serangga


Pemenang pertandingan makan serangga di selatan Florida mati sebaik selepas menelan berdozen serangga hidup termasuk cacing, kata pihak berkuasa pada Selasa. Kira-kira 30 peserta perlu makan serangga pada pertandingan Jumaat lalu di Ben Siegel Reptile Store, Deerfield Beach kira-kira 64 kilometer utara Miami. Hadiah utama ialah ular. Edward Archbold, 32, dikatakan tidak sihat selepas pertandingan itu tamat dan pengsan di hadapan kedai berkenaan. Dia dibawa ke hospital dan kemudiannya disahkan meninggal dunia dan pihak berkuasa sedang menunggu hasil bedah siasat bagi menentukan punca kematian. - AP






.

Penjaga gol tergemuk dan paling tidak ideal di dunia


Di tahun 1900-an, Inggris pernah memiliki penjaga gol yang disebut tergemuk – dan paling tidak ideal – di dunia, iaitu William ‘Fatty’ Foulke dari kelab Sheffield United, Chelsea dan pasukan negara Inggris. Sekarang status penjaga gol itu jatuh kepada penjaga gol berasal dari Romania, Daniel 'Baronul' Badislav. Baronul mungkin tidak seberat Fatty, kerana dia ‘hanya’ berat 130 kilogram, atau lebih ringan sekitar 20 kilogram dari Fatty. Tetapi dia punya impian setinggi langit iaitu bergabung dengan pasukan terbaik Romania, Rapid Bucharest. Baronul baru diketahui dunia ketika media tempatan memberitakan pasukannya, Ciorogaria melawan pasukan lain di sebuah pertandingan Division IV Romania.


Pertandingan itu riuh kerana lawan tidak puas hati dengan hukuman penalti bagi Ciorogaria. Saat pertandingan terhenti, Baronul diwawancara stesen tv dan disiarkan ke seluruh dunia. Saat itulah dia berkata, ”Impian saya adalah bermain untuk Rapid Bucharest.” Saat tendangan penalti, Baronul memang tidak boleh menyelamatkan gawangnya dari bolos namun aksinya saat ‘terbang’ menuai pujian. Setidaknya Baronul punya skill bagus untuk penjaga gol yang punya ukuran ekstra. Apakah Rapid akan menaruh minat setelah tayangan itu disiarkan? Mungkin, tetapi sukar untuk menjadi penjaga gol utama kerana berat badannya boleh menjadi penghalang untuk dia bergerak lincah.






.

Rooney dan Lampard Terpaku Memandang Kate Middleton


Duke of Cambridge Putera William beserta isterinya Catherine "Kate" Middleton menghadiri acara rasmi pembukaan kelengkapan pusat bolasepak nasional England di St George's Park, Selasa (9/10/2012). Pasangan Kerajaan England itu melakukan tour di fasiliti seluas 330 hektar yang mencakupi 12 arena, pusat medik olahraga, fasiliti sains olahraga, dua hotel dan pusat konferensi.Sementara Kate dilihat asyik berbincang dengan Adam Johnson, Frank Lampard, Wayne Rooney, Gary Cahill dan Phil Jagielka di sepanjang latihan. Kelihatan Rooney dan Lampard terpaku memandang Kate yang sedang bercakap dengan mereka di tengah lapangan.


Ketika melihat fasiliti kecergasan, Kate dan William mencuba kecanggihan peralatan latihan di fasiliti yang terdapat di Burton-upon-Trent, England itu. Kate bahkan tak canggung memasuki ruangan fasiliti hyrotherapy saat Andy Carroll dan kawan-kawan tengah asyik berendam. Mereka juga menyapa kumpulan jurulatih dan pelatih, sebelum berfoto bersama dengan seluruh pasukan.


Kunjungan Putera Kerajaan England dan isterinya itu tentu akan menjadi motivasi tambahan bagi skuad England menjelang perlawanan. England akan bertemu Marino dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia pada 12 Oktober 2012 di Stadium Wembley, London. Empat hari kemudian mereka akan terbang ke Poland untuk bertanding di Stadium Nasional Warsaw.






.

Keajaiban luar biasa, seorang ibu melahirkan ketika koma


Seorang ibu muda di Amerika Syarikat sedang mengandung anak kembar ketika dia tiba-tiba pengsan dan dinyatakan mengalami kematian otak. Sebelum mengalami kematian, dia masih sempat melahirkan sepasang bayi kembar. Christine Bolden (26 tahun), seorang ibu muda berasal dari Michigan awalnya sihat dan hidup bahagia dengan keluarganya. Hingga pada 6 Mac 2012, dia mendadak merasakan sakit yang luar biasa kemudian pengsan dan jatuh ke tanah beberapa saat kemudian. Menurut pengakuan keluarga, ketika pengsan Christine kelihatan seperti sedang tidur dengan lena. Meskipun begitu, suami dan anak lelaki berusia 1 tahun yang saat itu sedang berjalan-jalan dengannya sangat panik dan ketakutan lalu segera mencari pertolongan.

Saat dilarikan ke rumah sakit, doktor yang memeriksanya menemukan 2 titik aneurisma atau pembengkakan pembuluh darah. Pembengkakan tersebut diperkirakan sudah ada sejak lahir, namun selama ini tidak pernah disedari dan akhirnya boleh membawa maut. Doktor menyatakan dia mengalami kematian otak dan hanya boleh bertahan hidup dengan bantuan alat-alat bantuan pernafasan. Yang menjadi masalah adalah, saat itu Christine sedang mengandung dan kandungannya baru mencapai 25 minggu. "Berat, sangat berat. Saya fikir dia merasakan sakit di kepalanya. Kami fikir tidak akan seburuk ini," kata Danielle Bolden, makcik Christine menggambarkan betapa sukarnya merawat anak saudara yang mengalami kematian otak.

Awalnya pihak keluarga ingin alat-alat bantuan pernafasan terus dipasang, sambil berharap tiba-tiba otak Christine kembali berfungsi. Namun ketika tekanan darahnya meningkat dan membahayakan kandungannya, keluarga harus memilih Christine atau bayinya. Akhirnya diputuskan, bayinya harus diselamatkan melalui pembedahan caesar. Atas permintaan keluarga, pembedahan dilakukan tanpa bius dengan harapan rasa sakitnya boleh membangungkan Christine yang sudah beberapa minggu tidak sedarkan diri. Pembedahan berjalan lancar pada 17 April 2012 dan Christine sukses melahirkan anak kembar yang diberi nama Alex dan Nicholas. Meskipun demikian, doktor mengatakan keadaan kedua bayi masih kritikal dan akhirnya Christine benar-benar menghembuskan nafas terakhirnya.






.

Anak penyanyi Bollywood disyaki bunuh diri


Polis India di New Delhi, menjelaskan bahawa anak perempuan penyanyi filem Hindi terkenal di India, Asha Bhosle, mati akibat luka tembakan di Mumbai. Kemungkinan tembakan yang mengenai Varsha, adalah dari aksi bunuh diri. Polis, Krishna Prakash menegaskan, pihaknya masih menyelidiki kepastian aksi penembakan yang menimpa Varsha. Disyaki dia menembak dirinya sendiri. Saat kejadian ini, Bhosle berada di Singapura untuk acara penghargaan filem regional. Tidak dilaporkan, apakah penyanyi ini kembali ke Mumbai setelah mendengarkan peristiwa tragis menimpa anaknya.

Teman dan sanak-keluarga yang menghadiri acara pembakaran mayat Varsha Selasa pagi, menegaskan, anak Bhosle ini menderita dalam hidupnya kerana depresi yang dialaminya beberapa tahun ini. Asha Bhosle memulakan kariernya tahun 1943 sebagai penyanyi latar, dalam sejumlah rakaman pendahuluan bagi aktor-aktor Bollywood. Dia kemudian tampil sebagai penyanyi terkenal, dan sudah menyanyikan lebih dari 12000 lagu dalam tujuh dekad kariernya. Tahun 2011, The Guinnes Book of World Records menempatkan Bhosle sebagai artis penyanyi yang paling banyak dirakam di dunia.






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!