Tuesday, October 16, 2012

[UNIK] Melukis dalam air boleh dilakukan


Pernahkan anda mendengar ungkapan, ''ibarat melukis di atas air''? Ianya sesuatu yang mustahil dilakukan. Cukup dibayangkan saja, memang kelihatannya mustahil. Namun kini, zaman sudah mula berubah, hal yang tadinya mustahil kini menjadi tidak mustahil, dan boleh dibuktikan. Teknik melukis dalam air sebenarnya sudah ditemukan semenjak 15 abad yang lalu, mereka adalah para seniman arab yang bijak dalam membuat kaligrafi. Baru-baru ini di China, seorang seniman telah mendemokan kembali tentang bagaimana melukis dalam air.

Seniman yang berasal dari China, Zhu Shenghi, dari Xi'an, Provinsi Shaanxi China, kemudian mengembangkan cara unik, melukis di atas air. Caranya cukup sederhana, iaitu dengan menggunakan alat halus dan nafta (sejenis bahan kimia), dia melukis segala macam bentuk di permukaan air, tetapi air tidak sebenarnya kanvas nyata. Setelah dia selesai mereka lukisan, Zhu menempatkan selembar kertas yang menyerap cat dari permukaan air, sehingga menjadi sebuah lukisan biasa tanpa tersentuh oleh peralatan melukis.






.

Dia memiliki koleksi 2600 pasang Sneakers


Jordan Michael Geller menetapkan rekod baru sebagai pemiliki koleksi sneakers terbanyak di dunia. Shoezeum adalah tempat khusus untuk menyimpang kesemua koleksi kasut Nike-nya, termasuk model Air Jordan yang pernah dibuat. Kini, dia telah memiliki lebih dari 2600 pasang kasut. Setiap pengunjung dikenakan tiket masuk USD 10 untuk melihat semua koleksinya di Shoezeum. Jordan jarang memakai koleksinya dan lebih suka menyimpannya. Bahkan, dia juga mempunyai kasut yang dipakai Michael Jordan ketika masih sebagai rookie di Chicago Bulls.






.

Doktor Eben Alexander mengaku sudah melihat syurga


Seorang ahli bedah saraf bernama Dr Eben Alexander, yang mengajar di Harvard Medical School, dan dikenali sebagai ahli saraf mengaku dirinya telah melihat syurga. Sebelumnya, meskipun dia mengaku seorang kristien namun dia tak pernah mendalami agama dan juga mempelajari kehidupan sesudah mati. Demikian diberitakan Newsweek, minggu ini. Tetapi, setelah seminggu mengalami koma ketika musim gugur pada tahun 2008 di mana neocortex-nya tidak berfungsi, Alexander mengakui mengalami kehidupan sesudah mati khususnya mengenai keberadaan syurga. "Berdasarkan pengertian medik mengenai otak dan fikiran, tak ada alasan saya boleh mengalami pengalaman seperti itu di mana saya memiliki kesedaran terbatas ketika koma sedikit banyak mengenai penggambaran yang jelas dan pengembaraan ini," tulis Alexander di muka depan Majalah Newsweek.

Ketika ditanya mengenai syurga, Alexander menggambarkan dirinya melayang mengambang sebelum akhirnya melihat sesuatu yang bersinar yang menembusi langit dan meninggalkan jejak garis cahaya di belakangnya. Dia mengaku ditemani seorang perempuan yang tak dikenalnya dan berkomunikasi menggunakan bahasa masa lampau. "Jika diertikan kata-kata itu adalah, kamu dicintai dan diberkati selamanya. Tak ada yang perlu kamu takuti. Tak ada kesalahan yang boleh kamu buat," demikian ujar Alexander. Alexander juga menggambarkan dirinya melakukan perjalanan luar biasa tanpa batas dan juga sangat menyenangkan.

Dia percaya dia berada di rumah Tuhan. Setelah mengalami koma akibat meningitis, Alexander mengatakan dirinya menolak berkongsi pengalaman itu dengan teman-temannya namun merasakan ketenangan ketika berada di dalam gereja. Melalui bukunya berjudul "Proof of Heaven: A neurosurgeon's journey into the afterlife" akan diedarkan akhir Oktober ini. "Saya masih seorang doktor dan orang yang percaya dengan sains seperti saya belum mengalami hal ini. Namun di dalam level terdalam, saya orang yang berbeza. Anda boleh percaya bahawa apa yang kita lakukan di bumi akan membimbing kita dan akan mendatangi kita," jelasnya.







.

Sekolah larang murid perempuan Islam pakai tudung


Beberapa keluarga Islam tidak membenarkan anak perempuan mereka belajar di sekolah-sekolah di selatan Rusia selepas pihak sekolah melarang pemakaian tudung. Mufti wilayah Stavropol, Muhammad-Haji Rakhimov semalam berkata, beliau menerima banyak aduan daripada beberapa keluarga yang mendakwa anak perempuan mereka tidak dibenarkan memakai tudung di sekolah.

Katanya, isu tersebut menemui gagal diselesaikan selepas ibu bapa murid dan pihak sekolah enggan mengalah, menyebabkan beberapa murid perempuan tidak hadir ke sekolah selama dua minggu. "Ibu bapa murid perempuan tidak membenarkan anak mereka ke sekolah dan situasi itu boleh menyebabkan agensi kebajikan kanak-kanak campur tangan," jelasnya. - AFP





.

Akhirnya dia tamat sarjana selepas 40 tahun belajar


Gelaran mahasiswa abadi nampaknya sesuai disandang Werner Kahmann. Bagaimana tidak? Lelaki berasal dari Jerman ini harus menghabiskan waktu 40 tahun untuk boleh menjadi seorang sarjana teknik. Werner mengaku hal itu kerana dia mendaftar ulang hingga sebanyak tiga kali selama kuliah. Werner mula kuliah di Cologne University pada 1973 dan baru lulus awal tahun ini saat berusia 61 tahun. Selama kuliah dia mengambil total 68 ujian dan memiliki potensi menyelesaikan 63 semester. Werner awalnya ingin menyelesaikan kuliah setelah sembuh dari cedera kaki akibat bola sepak yang memaksanya untuk bercuti.

Namun dia cuti untuk kedua kalinya pada 1984 ketika anak perempuannya lahir. "Pada 2004 saya mendaftar ulang lagi," ujarnya. Lalu pada 2011 sistem pendidikan di Jerman berubah sehingga Werner harus kembali lagi mendaftar ke kampus. Dia baru berhasil menyelesaikan kuliahnya setahun kemudian meskipun universiti tidak lagi memiliki jurusan yang diambilnya. Selama kuliah yang lama itu Werner bekerja sebagai freelance sejak 1978.






.

Tarikh perkahwinan Farid Kamil dan Diana Danielle


Setelah berteka teki mengenai tarikh perkahwinan, pasangan pelakon Farid Kamil, 31, dan Diana Danielle, 21, akhirnya mengesahkan bakal disatukan sebagai suami isteri pada 3 November depan.Berita gembira itu diumumkan sendiri oleh Farid pada pra tonton filem Pe3 terbitan Metrowealth Movie Productions di sini, pada malam Isnin. "Syukur, hubungan kami mendapat restu keluarga. Insya-Allah kami akan bernikah pada 3 November ini.

Doakanlah kebaikan perkahwinan kami," katanya ringkas. Sebelum ini, pasangan tersebut membuat kejutan apabila bertunang dalam diam pada1 September lalu.Majlis yang diadakan di Damansara dekat sini itu dilakukan secara sederhana dan hanya dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Pada majlis berkenaan kedua-dua pihak pada mulanya merancang untuk mengadakan majlis pernikahan selepas setahun bertunang. Diana dan Farid menyulam cinta selama tiga tahun dan hubungan mereka pernah putus tetapi disambung semula. Farid sebelum ini pernah bercinta dengan Irma Hasmie tetapi hubungan itu tidak kekal sementara Diana pula dengan pengarah dan aktor Syamsul Yusof. -Mstar






.

Gambar praperkahwinan Datuk Lee Chong Wei hilang!


Sekumpulan penjenayah memecah masuk sebuah syarikat pembinaan milik Datuk Lee Chong Wei di Bandar Puteri Puchong dekat sini dan turut mencuri gambar praperkahwinan jaguh badminton negara itu dengan teman wanitanya, Wong Mew Choo. Kesemua gambar itu disimpan dalam komputer di pejabat Chong Wei Bina Jaya Sdn. Bhd., yang baru dua bulan beroperasi di kawasan tersebut. Chong Wei ketika ini berada di Odense, Denmark untuk menyertai Terbuka Denmark dan beliau dikatakan terkejut setelah dimaklumkan oleh keluarganya mengenai kejadian itu. Pengarah syarikat yang juga abang kepada Chong Wei, Lee Chong Hoon berkata, kejadian itu disedari seorang kakitangan syarikat yang datang untuk memulakan tugas awal pagi ini. -utusan






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!