Tuesday, October 16, 2012

Gambar praperkahwinan Datuk Lee Chong Wei hilang!


Sekumpulan penjenayah memecah masuk sebuah syarikat pembinaan milik Datuk Lee Chong Wei di Bandar Puteri Puchong dekat sini dan turut mencuri gambar praperkahwinan jaguh badminton negara itu dengan teman wanitanya, Wong Mew Choo. Kesemua gambar itu disimpan dalam komputer di pejabat Chong Wei Bina Jaya Sdn. Bhd., yang baru dua bulan beroperasi di kawasan tersebut. Chong Wei ketika ini berada di Odense, Denmark untuk menyertai Terbuka Denmark dan beliau dikatakan terkejut setelah dimaklumkan oleh keluarganya mengenai kejadian itu. Pengarah syarikat yang juga abang kepada Chong Wei, Lee Chong Hoon berkata, kejadian itu disedari seorang kakitangan syarikat yang datang untuk memulakan tugas awal pagi ini. -utusan






.

3 Penyokong CHELSEA:

Anisa Anuar on October 16, 2012 at 7:55 AM said...

mcm mne la boleh hilang ni

Mama Amirul on October 16, 2012 at 8:18 AM said...

Hai... gambar pun nak amik

Anonymous said...

gambar tu dlm laptop la,sbb ada 7buah laptop jenama Apple dieorg kebas..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!