Wednesday, October 24, 2012

Inilah rumah pokok terbesar didunia.


Seorang penduduk di Crossville, TN (US) bernama Horace Burgess memiliki rumah pokok terbesar di dunia. tingginya mencapai 97 meter menjulang ke langit, yang ditunjang dengan pokok oak putih, dengan tinggi 80-kaki dan diameter 12 kaki. Enam pokok lain tumbuh seperti menjadi menara benteng. Rumah megah ini memiliki 80 bilik dan 20 beranda, menghadap celah dan tangga. Dibangunkan dari kayu bekas, bangunan ini berdiri di daerah perkampungan, namun telah menarik perhatian ramai orang dari seluruh negeri.


Selama empat belas tahun, Burgess telah menambah rumah pokok dengan menggunakan potongan kayu daur ulang dari garaj, dan gudang. Rumah pokok memiliki 10 tingkat, rata-rata sembilan sampai 11 meter tingginya dan luas antara 8000 sampai 10000 kaki persegi. Dan di atasnya ada sebuah menara lonceng seberat 5700 pouns dilengkapi dengan 10 botol oksigen asetilena isi ulang sebagai lonceng.






.

Uniknya ikan ini. Kepalanya transparan


Ikan Barreleye atau biasa juga disebut ikan spook berkepala transparan mirip kokpit pesawat tempur, jenis ikan “Barreleye” (spook) sangat sensitif dan dia hidup di lautan Pasifik. Pakar laut di California, Amerika Syarikat, menemukan ikan dengan kepala transparan. Ikan itu biasanya hidup di laut dalam dan gelap. Otak ikan bahkan dapat dilihat dengan bahagian kepalanya yang tembus pandang. Ikan ini ditemukan tanpa sengaja. Ikan bernama Pacific Barrelye Fish atau dalam bahasa latinnya disebut Macropinna Microstoma.


Kegiatan ikan dirakam melalui video kamera oleh pakar dengan menggunakan alat pengendali jarak jauh di Monteey Bay Aquarium Research Institute. Keberadaan ikan berukuran 15 sentimeter itu telah diketahui sejak 1939. Ikan dengan bahagian kepala mirip kokpit pesawat terbang itu sangat sensitif pada bahagian-bahagian tertentu, terhadap rangsangan yang diterimanya, baik berupa musuh, makanan dan juga keadaan disekitarnya.






.

Gangnam Style memang sangat popular.. Tapi bukan di negara itu


Ketika fenomena Gangnam Style nyanyian Park Jae-sang atau dikenali sebagai Psy hangat melanda seluruh dunia, situasi sebaliknya berlaku di Jepun. Ada yang berpendapat krisis pertikaian wilayah maritim yang menyebabkan hubungan tegang antara kedua-dua negara menjadi punca, namun persoalannya mengapa muzik K-Pop mempunyai ramai peminat di Jepun, sebaliknya lagu yang popular dengan tarian kuda nyanyian Psy tidak? Gangnam Style kini menguasai carta United Kingdom (UK) dan ketika ini menduduki tempat kedua dalam carta Billboard Amerika Syarikat (AS), tetapi hanya mendapat tempat ke-30 carta iTunes Jepun.

Kebanyakan blog muzik Jepun juga mendakwa kejayaan video itu di YouTube disebabkan tontonan rakyat Korea Selatan yang menggunakan program khas yang dikenali sebagai 'bots'. Sesetengah rakyat Jepun menyamakan lagu itu sebagai F5 Style, merujuk kepada satu kekunci yang digunakan untuk memperbaharui paparan tetingkap Internet. Semalam, Institut Penyelidikan Gelombang Korea (KWRI), sebuah badan yang mempromosi budaya popular Korea Selatan secara agresif bertindak mempertahankan kenyataan tersebut.

Presidennya, Han Koo-hyun berkata, kritikan keterlaluan Jepun adalah tidak munasabah dan ibarat 'mempertikaikan rekod dunia dalam Sukan Olimpik.' "Mereka sebenarnya cemburu dengan kejayaan lagu ini," katanya. Beberapa sebab lain turut dikaitkan dengan sambutan dingin Gangnam Style di Jepun termasuk Psy tidak mengikut cara bintang K-Pop lain yang menghasilkan lagu itu dalam versi Jepun. - AFP





.

Jepun anti orang gemuk... Kena kurus kalau nak tinggal kat sana


Jepun mungkin adalah satu-satunya negara yang meluluskan Undang-Undang anti-obesity atau anti-gemuk di dunia. UU yang disahkan tahun lalu tersebut melarang masyarakan Jepun untuk gemuk. Bagi seorang lelaki, pinggang yang melebihi 33.5 inchi adalah gemuk. Bagi wanita, 35.4 inchi. Nampaknya saiz yang dibenarkan untuk wanita lebih besar dari lelaki ya. Apabila anda melewati batas maksimum tersebut, maka anda harus ikut kaunseling dengan doktor, pergi ke gym, dan memakai pedometer sampai berat anda setara atau dibawah batas maksimum. Disamping itu, boss anda juga akan di denda kerana anda gemuk, sehingga boss tersebut akan membayar gym anda. Alasan UU ini adalah dengan semakin sedikit orang yang gemuk, maka semakin rendah biaya kesihatan yang dikeluarkan di negara tersebut.







.

Usain Bolt bersara dari olahraga dan memulakan kerjaya bola sepak


Pemegang rekod dunia 100 dan 200 meter, Usain Bolt berkata, dirinya ingin cuba memulakan kerjaya bola sepak selepas bersara daripada arena olahraga di Sukan Olimpik Rio de Janeiro pada 2016. "Saya memang suka bermain bola sepak. Saya pernah bermain sukan itu dan beraksi dalam perlawanan amal. "Memang saya benar-benar ingin cuba dan selepas Rio saya mahu bersara dan cuma mencuba serta lihat sama ada saya bagus dalam bola sepak tapi saya fikir saya ada peluang baik kerana pernah bermain dengan rakan. "Saya pernah bermain dalam perlawanan amal di Jamaica dan saya fikir peluang saya baik. - AFP





.

Tertidur digurun, dan sedar kaki dah tak ada


Sungguh mengerikan dan tragis nasib seorang lelaki yang mabuk teruk dan tertidur di padang gurun Afrika ini. Siapa sangka seluruh kehidupannya bakal berubah secara drastik kerana setelah dia terbangun dan sedar, betapa terkejutnya dia ketika melihat kedua kakinya hilang dimakan oleh singa. Tidak dapat diketahui nama dan asal lelaki malang ini. Namun kejadian ini memang ngeri.. Nasib baik singa tu tak makan dia habis, kalau tak mesti tak sempat terkejut dah..huhu... Berani mabuk lagi?





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!