Tuesday, October 30, 2012

Ada cara mengajar polis tersenyum


Polisi memiliki tugas wajib untuk melindungi masyarakat, dan untuk itu seorang polis diharuskan boleh bersikap ramah kepada masyarakat awam. Salah sebuah negara yang memiliki polis terbaik di dunia adalah China. China memiliki sistem latihan polis yang begitu menyeluruh. Bahkan polis-polis China ini diajar untuk tersenyum secara sempurna. Polis China dilatih tersenyum dengan cara menggigit chopstick sambil tersenyum. Hasil dari latihanan ini menjadikan polis-polis di China memiliki senyum yang sempurna dalam bertugas melayani masyarakat.






.

Kamera unik berbentuk cincin


Kamera-kamera dengan rekabentuk unik yang mencuri perhatian kini banyak dipasaran. Salah satunya adalah konsep kamera berikut yang merupakan rekaan seorang pereka. Diberi nama 'CAMER:ing', kamera ini memang disematkan dalam piranti berbentuk cincin yang sudah dilengkapi dengan tombol shutter. Tentu saja ia boleh dipakai di jari, seperti cincin biasa. Kamera unik itu merupakan rekaan Jeon Yengwon. Kerana ianya kecil dan ringkas, maka pengguna mudah menangkap objek dengan sangat mudah. Dipetik dari UberGizmo, CAMER:ing terdiri dari dua komponen. Selain kamera cincin tadi, ada juga sebuah tablet yang dipakai untuk melihat hasil foto itu.






.

[Gambar] Banjir teruk di USA akibat taufan sandy


Taufan Sandy memicu banjir di wilayah Manhattan, New York, Amerika Syarikat yang padat penduduk. Keadaan ini semakin teruk kerana aliran elektrik bagi sebahagian besar wilayah New York City terputus. Akibat taufan Sandy yang diikuti dengan angin kencang berkelajuan 130 km per jam dan hujan deras ini, membuatkan East River dan Hudson River yang ada di wilayah banjir. Bahkan dilaporkan hingga membanjiri lorong kereta bawah tanah dan terowong-terowong. Air laut setinggi beberapa kaki menggenangi wilayah Battery Park yang berada di kawasan Lower Manhattan.


 Ketinggian air ini dijangka masih akan terus naik disebabkan oleh hujan yang masih turun dengan deras. "Lower Manhattan digenangi air laut. Saya tidak mengada-ada. Air laut bahkan masuk ke dalam Battery Tunnel," ujar Direktor Operasional Pemerintah Negara Bahagian New York, Howard Glaser, seperti dipetik dari AFP.


Battery Tunnel merupakan terowong yang menghubungkan wilayah selatan Manhattan yang dipenuhi bangunan pusat kewangan New York dengan wilayah Long Island yang dekat dengan East River. Banjir yang melanda Manhattan ini cukup serius, kerana dilaporkan beberapa kereta terapung di jalan Manhattan. Bahkan ada sebuah bangunan bertingkat 6 yang rosak bahagian depannya kerana taufan Sandy. Setakat ini, dilaporkan seorang lelaki berusia 30 tahun mati di New York. Lelaki yang tidak disebutkan namanya ini mati ditimpa pokok tumbang yang menghentam rumahnya.






.

Sudah kemuka aduan rasmi...


Pengadil Liga Perdana Inggeris, Mark Clattenburg bakal mendapati dirinya berada dalam 'keadaan panas' selepas Chelsea mengemukakan aduan rasmi terhadapnya kerana menggunakan 'bahasa yang tidak sepatutnya' kepada dua pemain mereka ketika kelab London itu tewas 2-3 kepada Manchester United dalam perlawanan penuh kontroversi, semalam. Rekod tanpa kalah Chelsea musim ini akhirnya lebur apabila pemain gantian United, Javier Hernandez menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-75. Jaringan tersebut turut mencetus kontroversi kerana penyerang Mexico itu jelas berada pada posisi ofsaid. Jaringan Hernandez dihasilkan tidak lama selepas Clattenburg melayangkan dua kad merah kepada tonggak Chelsea, pemain pertahanan Branislav Ivanovic dan penyerang Fernando Torres pada pertengahan babak kedua.

"Kami telah mengemukakan aduan rasmi kepada delegasi perlawanan Liga Perdana mengenai tindakan pengadil yang menggunakan bahasa yang tidak sepatutnya kepada dua pemain kami dalam insiden yang berasingan. "Delegasi perlawanan akan memanjangkan aduan tersebut kepada Persatuan Bola Sepak (FA). Kami tidak akan mengeluarkan kenyataan lanjut buat masa ini,'' kata jurucakap kelab. Juara Eropah itu bagaimanapun enggan mendedahkan siapakah pemain yang terlibat dalam insiden tersebut dan apakah kata-kata yang dikeluarkan oleh pengadil, namun dia menafikan laporan bahawa John Obi Mikel pergi ke bilik pengadil sejurus tamat perlawanan. Mikel dilayangkan kad kuning kerana membantah keputusan pengadil pada separuh masa kedua. Clattenburg enggan memberi sebarang komen tetapi Lembaga Pegawai Perlawanan Profesional (PGMO), yang bertindak menguruskan pengadil-pengadil liga England dalam satu kenyataan media berkata, mereka akan menyiasat dakwaan tersebut secara serius.

"Clattenburg akan memberi kerjasama penuh dan kami mengalu-alukan sebarang fakta tambahan untuk melakukan siasatan,'' kata PGMO dalam kenyataan. Insiden itu melengkapkan hari penuh kontroversi di Stamford Bridge, yang turut menyaksikan seorang steward dibawa ke hospital kerana cedera kaki selepas terkena objek keras yang dilontar oleh peminat yang marah dengan tindakan Clattenburg melayangkan kad merah kepada Torres. Pengadil tersebut mendakwa bintang penyerang Sepanyol itu sengaja menjatuhkan badan sedangkan terdapat sentuhan jelas di antara Torres dan pertahanan United, Jonny Evans.

Mutu pengadilan buruk membayangi beberapa perlawanan besar Liga Perdana hujung minggu lalu. Tidak lama sebelum perlawanan Chelsea-United, Liverpool terlebih dulu menjadi mangsa apabila jaringan Luis Suarez dibatalkan oleh pengadil sedangkan kedudukan pemain itu jelas tidak ofsaid. Reds akhirnya seri 2-2 dengan Everton. Sehari sebelum itu, jaringan Mikel Arteta dibenarkan oleh pengadil untuk membolehkan Arsenal menewaskan Queens Park Rangers 1-0 walaupun pemain tersebut ofsaid. - REUTERS




 P/S - Biarlah menang bermaruah, tanpa sebarang kontroversi ;)




.

Ketahuilah... asuhan tentukan saiz otak anak


Satu kajian mendapati asuhan ibu bapa bukan sahaja memberi kesan kepada emosi anak-anak, malah berupaya menentukan saiz otak mereka ketika masih kecil! Pakar Neurologi, Profesor Allan Schore dari University of California Los Angeles berkata, kanak-kanak dengan saiz otak yang besar dan berkembang mendapat sepenuh perhatian daripada ibu bapanya secara berterusan sejak bayi. Ketika bercakap kepada The Sunday Telegraph, beliau berkata, kanak-kanak yang mempunyai otak sempurna lebih bijak dan mampu membina kebolehan sosial, berbanding kanak-kanak dengan otak yang terbantut dilihat lebih mudah terjebak dengan masalah sosial seperti penagihan dadah dan keganasan, menganggur serta tidak berdikari.

Selain itu katanya, kanak-kanak dengan saiz otak yang kecil juga lebih terdedah kepada penyakit serius dan penyakit mental. Jelas beliau, sekiranya seorang bayi tidak mendapat layanan sewajarnya dalam tempoh dua tahun pertama usianya, beberapa aspek pada fungsi otak termasuk kepintaran tidak boleh berfungsi dengan sempurna dan lebih menyedihkan terdapat kemungkinan otak tersebut tidak akan berkembang. Kajian itu juga menunjukkan keadaan akan menjadi lebih teruk jika ibu bapa mengabaikan anak, maka lebih banyak kerosakan akan berlaku pada otak. Kanak-kanak yang mengalami pengabaian sejak kecil juga dilihat cenderung mengabaikan anak-anak mereka, sebagaimana yang berlaku kepada ibu bapa mereka sewaktu mereka masih kecil.

Bagaimanapun, fenomena itu boleh dihalang melalui pencegahan peringkat awal dengan sokongan keluarga, kata Schore. Kajian terbaru itu mempunyai kaitan dengan satu kajian yang pernah disiarkan awal tahun lalu oleh oleh pakar psikiatri kanak-kanak dan neurosaintis dari Washington University School of Medicine, yang mendapati kanak-kanak yang mendapat kasih sayang secukupnya pada awal usia mempunyai otak dengan kawasan hippocampus lebih besar, iaitu struktur penting untuk pembelajaran, memori dan tindak balas terhadap tekanan. - AGENSI





.

Dia diketawakan kerana kepalanya tersepit dalam tong sampah


Entah bagaimana rasanya menjadi lelaki tidak berumah ini ketika kepalanya tersepit di tempat sampah. Meskipun sudah berteriak meminta tolong, namun pejalan kaki malah menjadikannya bahan ketawa. Nasib baik petugas pemadam kebakaran tempatan segera menolongnya. Penganggur yang dikenali Tam ini pada mulanya mengais tempat sampah untuk mencari sisa puntung rokok. Namun entah bagaimana kepalanya tersepit di lubang sampah awam di Aberdeen, Scotland. Dia terpaksa menahan ngeri bertahan selama 15 minit mendengarkan suara gergaji elektrik untuk memotong bahagian atas tempat sampah. Dia selamat dan dikejarkan ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.






.

Tangki-tangki yang menarik perhatian awam


Tangki-tangki gas umumnya berbentuk tabung atau bulat seperti bola dengan ukuran yang besar dan terlihat kaku. Namun lain halnya di Jepun, tangki gas dibuat dan dihiasi dengan gambar-gambar yang lucu namun kelihatan sangat unik.


Tangki besar itu dicat dengan rupa bola, buah tembikai dan pelbagai lagi bentuk yang boleh menarik perhatian.


Idea unik ini nampaknya, bukan saja menjadikan tangki itu penampilan baru, ianya juga boleh menjadi tumpuan pelancong.. Gigih lah kan cat tangki sebesar itu..huhu





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!