Friday, November 2, 2012

Mari kita intai rumah Cristiano Ronaldo yang sangat mewah


Cristiano Ronaldo (CR7), pemain bola bagi kelab Real Madrid, tidak ingin menghabiskan masa terlalu lama tinggal penthouse suite di salah satu hotel terbaik di Madrid, dan tidak ingin membuang waktu sama sekali dalam urusan membeli rumah.


Terletak di bahagian daerah eksklusif di Madrid, juga berjiran dengan bekas kapten Real Madrid, Raul. Cristiano telah mengeluarkan wang sejumlah wang yang sangat besar untuk membeli rumah, yang memiliki 8 bilik tidur, pusat spa tersendiri, sauna, lapangan tenis dan kolam renang..

 
Hebat, tapi bila ada duit, memang kehendak tu senang jer ditunaikan kan..






.

Justin Bieber lebih hebat berbanding PSY (Gangnam Style)


Persembahan penyanyi pop sensasi Korea Selatan, Psy’s “Gangnam Style” menjadi video kedua terbanyak ditonton menerusi YouTube apabila meraih kira-kira 620 juta hit pada ketika artis rap itu terus menggegarkan persada seni antarabangsa. Penyanyi berusia 34 tahun itu, dengan nama sebenar Park Jae-Sang mendapat sambutan hangat selepas tarian "Gangnam Style" yang lebih bersifat tempatan tiba-tiba menjadi pujaan dunia ketika muncul julung kali pada Julai lalu.

Video berkenaan merebak menerusi dalam talian dengan tarian tunggang kuda unik dan hari ini mengetepikan populariti tarian penyanyi, Jennifer Lopez dalam lagu “On the Floor” dari tempat kedua. Bagaimanapun, “Gangnam Style” berada di belakang buah hati remaja Amerika Syarikat, Justin Bieber dengan lagu “Baby" yang sudah meraih 790 juta hit. - AFP





.

Pembida tertinggi boleh menamakan pekan ini


Sebuah pekan berhampiran dengan Osaka bernama Izumisano membuat tawaran untuk menamakan pekan itu kepada pembida tertinggi sebagai salah satu cara untuk melangsaikan hutang. Pekan Izumisano kini berhutang dengan pelbagai pihak sejumlah 100 bilion yen (AS$1.25 bilion) sambil menyalahkan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai sebagai punca bebanan hutang yang menimbun. "Pekan ini telah membelanjakan sejumlah wang yang banyak membina jalan-jalan baru dan lain-lain kemudahan awam sebagai sokongan kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Kanzai yang dibina berhampiran dengannya," kata seorang pegawai majlis perbandaran yang enggan mendedahkan namanya.

Dan datuk bandar Izumisano percaya kerajaan tempatan perlu mencari cara baru untuk mengumpulkan dana. Izumisano, sebelum ini hanya dikenali sebagai pekan pembuat tuala sebelum wujudnya Kanzai kini sedang mencari pelabur yang bersedia mengepam wang tunai sekurang-kurangnya satu bilion yen. Pembida yang berhasrat untuk menyertai pembidaan itu perlu bersedia menandatangani perjanjian kontrak selama 10 tahun dengan kerajaan tempatan dan memindahkan ibu pejabat mereka ke Izumisano seandainya berjaya. Izumisano memilik penduduk berjumlah 103,000 orang. Sebelum ini pada tahun 2007, sebuah pekan kecil di wilayah Utara bernama Yubari telah diisytiharkan bankrup setelah menanggung hutang berjumlah 63.2 bilion yen.





.

Ibu dan bapa siram asid pada anak kerana berbual dengan seorang pemuda


Kashmir - Sepasang suami isteri didakwa membunuh anak gadis mereka dengan mencurah asid ke atasnya selepas melihat remaja itu berbual dengan seorang pemuda, di sini semalam. Pegawai polis tempatan, Tahir Ayub berkata, Mohammad Zafar mengesyaki anak perempuannya, Anvu Sha, 15, mempunyai hubungan dengan seorang pemuda. "Berang dengan perkara itu, Mohammad memukul anaknya sebelum mencurahkan asid ke atas remaja itu dengan bantuan isterinya. "Gadis malang itu dibiarkan melecur teruk tanpa dibawa ke hospital sehingga meninggal dunia," katanya. - AFP






.

Undang-undang satu anak di China kini dimansuhkan


Undang-undang satu keluarga hanya boleh memiliki satu anak di China akan segera dimansuhkan. Lembaga kerajaan, China Development Research Foundation, mengisytiharkan, mulai tahun 2015 tiap keluarga diperbolehkan memiliki dua anak. Undang-undang pelik itu mula diamalkan tahun 1980, memang berhasil menekan jumlah kelahiran di negeri padat penduduk ini. Namun, ada efek lain berlaku, iaitu membengkaknya rasio jumlah populasi orang tua di China. Bilik berita rasmi China, Xinhua, mengatakan lembaga itu memberi usul dua anak dalam satu keluarga sebagai penyelesaian, dan dipersetujui kerajaan.

Mulai tahun depan, undang-undang itu akan diterapkan di beberapa provinsi, dan akan diterapkan secara nasional tahun 2015. Xie Meng, jurucakap soal kependudukan kerajaan China menyatakan teknik kebijakkan itu baru akan dimulakan dalam satu atau dua minggu akan datang. Kerajaan membenarkan pasangan yang tinggal di bandar hanya memiliki satu anak. Mereka yang tinggal di daerah desa diizinkan memiliki dua anak, dengan syarat anak pertama adalah perempuan.







.

Siapakah punca kekalahan Manchester United?


Alex Ferguson menuding jari ke arah Nani sebagai punca Manchester United tumpas 4-5 kepada Chelsea pada pertembungan Piala Liga di Stamford Bridge, kelmarin. Pemain sayap Portugal itu terlibat menyumbangkan salah satu jaringan dalam perlawanan yang berpesta gol itu, namun kesilapannya membiarkan bola disambar lawan pada lewat masa sebenar membawa padah sehingga menghadiahkan sepakan penalti untuk tuan rumah. Sepakan itu tenang disempurnakan Eden Hazard untuk menyamakan kedudukan 3-3 sekali gus mengheret perlawanan ke masa tambahan yang menyaksikan kemenangan akhirnya memihak Chelsea untuk melangkah ke suku akhir pertandingan tersebut.

Bercakap kepada Sky Sports 1, kata Fergie: “Selepas menguasai sepenuhnya permainan, kami kehilangan bola dan membuka peluang untuk lawan mendapatkan jaringan ketiga. “Apa yang perlu dilakukan adalah menghabiskan baki tempoh permainan dengan penguasaan bola yang baik. “Nani ialah seorang pemain berpengalaman, tapi dia mempunyai kecenderungan untuk menggelecek menewaskan lawan dan saya seringkali memberitahu dia supaya elak berbuat demikian. “Pada situasi seperti itu, kita cuma perlu pastikan terus memegang bola dan cuba bertahan di penjuru padang. Kita banyak menyerang tapi gagal membuahkan hasil dan gerakan serangan balas lawan cukup bagus, namun pada kedudukan 3-2 memang patut menutup segala ruang untuk lawan bangkit. “

Kita hanya boleh salahkan diri sendiri." Ferguson bagaimanapun sempat memuji tonggak veteran, Ryan Giggs bukan sahaja menjaringkan dua gol untuk United malah mempamerkan tahap kecergasan yang tidak kurangnya berbanding pemain-pemain muda. “Ryan Giggs ialah seorang pemain yang luar biasa mengambil kira kemampuannya untuk beraksi 120 minit penuh pada usia mencecah 39 tahun. “Giggs ialah teladan yang baik kepada setiap pemain di atas padang, termasuk pemain-pemain Chelsea juga," ujar Fergie. - AGENSI






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!