Sunday, November 4, 2012

AWAK SUKA SAYA TAK?


Lama tak menulis mengenai apa yang dibaca. Sebelum ni memang cari masa juga nak habiskan beberapa novel yang ada, dan review pun tak buat-buat lagi. Tapi yang penting, bila kita baca sesuatu yang baik dan memberi kesan dalam hati, wajarlah kita kongsikan dengan orang lain. yer tak?

Dah lama memiliki novel istimewa ini. Macam mana tau istimewa walaupun belum baca masa tu?
Sebab penulis memang agak terkenal dalam FB tau. Asyik jer lah lulu baca mengenai ulasan novel ini dalam FB. Dan menakjubkan, semua ulasan itu baik dan tanpa sedar membuatkan hati lulu terpaut dan rasa ada tarikan untuk terus memiliki novel tebal ini. Singgah kedai buku kat KL Sentral, banyak ada kat situ masa tu. (Skrg ramai yang nak dapatkan tapi susah nak jumpa kat kedai..) Alhamdulillah akhirnya lulu memiliki novel ini.

Berbulan novel ini tersimpan atas meja. Hari-hari tengok, tapi belum juga nak baca. Sehinggalah penulis mengeluarkan novelnya yang terbaru. lebih tebal dari ASST.. iaitu I Love You, Stupid.. Pergh, lagi sekali FB tu lulu tengok dah macam lautan kedua novel ni. Ulasan-ulasan yang ditulis menghiasi hari-hari lulu. Siyes tercabar. Lulu terus beli online buku kedua, dan lebih tebal dari yang pertama.. Yeah, terus peluk, sebab sangat suka baca novel yang tebal. Tapi... tak juga mula membaca. hehe...

Sebulan selepas memiliki novel kedua, lulu ringankan hati, marilah kita mulakan membaca dari yang pertama, takkan nak tertinggal teruskan..hoho, takkan nak tunggu sampai penulis keluarkan novel ketiga.. (harap lebih tebal dari yang sebelumnya..)

Membuka helaian-helaian pertama, mula membaca, lulu dah mula gelak-gelak sendiri. Bab demi bab, hati semakin terpaut. Bayangkan, mengenali Hilman dan Intan (watak dalam novel) membuatkan lulu mengusung novel itu kemana-mana pun. Ya memang tebal, tapi siyes tak boleh nak lupa, asyik teringat-ingat nak membaca. Dan kerana keterujaan itulah, dalam tempoh 3 hari, lulu dah ulang baca selama 4 kali. Novel dengan 1056 muka surat dan 70 bab..Hebat.. sampai rasa berat hati pula nak beralih pada I Love You, Stupid. Dan ada satu peristiwa yang tak dapat nak lupa mengenai novel ni. Masa raya baru-baru ni, bawalah sekali novel tu beraya.. Sempat lagi membaca walaupun dah baca berulang, tapi macam baru nak baca kan. Tiba-tiba bila nak balik, penanda buku tu tak ada. Cari-cari, tak juga jumpa.. hehe, tak senang hati sampai balik rumah.. Asyik mesej tuan rumah minta cari kan. Bila fikir-fikir, alahai, rupa-rupanya  jatuh bawa tilam, tak terbawa rupanya..hehe..

So, apa yang pemesnya/istimewanya pada novel Awak Suka Saya Tak? Tulisan Melur Jelita ni..
Betullah, novel ni adalah kisah kasih sayang. Mengisahkan cinta istimewa dua insan, Hilman dan Intan, yang menempuh pelbagai rintangan dan cubaan untuk menjadi suami isteri. Ketabahan Hilman memikat hati Intan, dan kesungguhan Intan mempertahankan cinta mereka, membuktikan bahawa mereka memang ditakdirkan antara satu sama lain. Apa yang menarik, penulis menulis dengan baik lokasi dan perasaan dua hati ini sehinggakan sesiapa yang membaca bakal terbuai seolah-olah melihat kisah itu sendiri..

Tahniah penulis, novel yang sangat baik dan berbaloi dengan ketebalannya. Lepas ni, takut juga nak baca novel lain, sebab takut tak dapat menandingi atau menyamai ASST.. :( dan sekarang ni tengah baca novel kedua lak, dan bakal di review lepas lulu habis baca ulang-ulang yer..hehe.. pedassssssssss..

Nampak tak beza ketebalannya?






P/S - Recommended by lulu caldina





.

Inilah ular yang terpanjang di dunia


Seekor ular Python raksasa berumur lapan tahun, dipelihara oleh Full Moon Productions di Kansas City, Amerika Syarikat. Ular yang mendapatkan posisinya sebagai ular terpanjang di dunia pada Guinness World Records 2013 (posisi untuk tahun depan) ini, dikenali sebagai haiwan melata yang hidup di Longest Snake Ever in Captivity. Dipetik dari Newslite, ular ini bernama Medusa, memiliki ukuran panjang tubuh 25 kaki (lebih dari 7 meter) dan menarik para pengunjung di rumah hantu The Edge of Hell. Haiwan reptilia dengan berat 350 pound ini biasanya melahap arnab, babi atau rusa.

Akan tetapi, Medusa biasanya ditemukan melingkar di sudut dalam gua sebagai daya tarik di rumah hantu tersebut. Medusa cenderung lebih berperilaku bersahabat dengan pelatihnya, Larry Edgar. Ular tersebut juga gemar berenang dan menarik perhatian orang ramai dengan saiz tubuhnya.






.

Pelukis melukis dengan menggunakan objek alam


Inilah pelukis dengan menggunakan objek alam terkenal di dunia, Jim Denevan. Dia biasa membuat objek lukisan di pasir pantai, gurun pasir, dan tasik yang sedang mengering. Lelaki Amerika Syarikat ini pernah melukis antara lain di Pantai Oregon, California, dan Spanish Bank.


Dengan bentuk raksasa, karya Jim terbaru dibuat di tasik kering Baikal-Siberia dengan ukuran 9 batu persegi. Meskipun demikian, karya Jim biasanya tak pernah kekal sehingga seminggu kerana terkena hujan dan angin.




 P/S - Kebolehan yang menakjubkan.. tapi tak penat ke??






.

Hanya kerana mereka kagum padanya


Bekas Presiden Indonesia, Abdurrahman Wahid atau lebih dikenali sebagai Gus Dur, sangat dikagumi penduduk di sini sehingga ada yang sanggup membuka warung kopi dihiasi gambarnya. Pemilik Warung Songo, Indra berkata, dia sangat mengagumi Gus Dur dan kedainya sering didatangi pengunjung yang mempunyai perasaan sama sepertinya terhadap bekas Presiden tersebut. Malah Indra berkata, kedainya yang terletak di Jalan Toga Lumajang itu digelar sebagai Gusdurian oleh kalangan pengunjung tegar Gus Dur yang meninggal dunia pada 2009.

"Saya sangat mengagumi Gus Dur kerana pemikirannya yang hebat dan seorang yang tenang. "Sifat terbuka beliau menerima perbezaan pendapat juga menjadi sebab utama mengapa ramai orang mengaguminya," katanya kepada beritatajim.com. Menurut Indra, dia menghiasi kedainya dengan menggantung potret dan gambar Gus Dur sebagai simbolik inspirasi dan semangat kepada dia dan pengunjung. "Ramai pengunjung memuji beliau dan sering menunjuk isyarat bagus kepada gambarnya," katanya. - AGENSI
 




.

Bila haiwan pun pandai cakap Korea...


Anda mungkin terkejut apabila diberitahu binatang juga pandai berkata-kata. Itulah yang berlaku di Zoo Everland di Yongin, Korea Selatan apabila seekor gajah boleh berkata-kata, biarpun belum menguasai kemahiran bercakap sepenuhnya. Gajah jantan berusia 22 tahun yang dinamakan Koshik itu menggunakan hujung belalai untuk mengeluarkan bunyi seolah-olah seperti suara manusia. Menurut penyelidik Angela Stoeger dari Universiti Vienna, Koshik pandai berkomunikasi dalam bahasa Korea sejak Ogos 2004 ketika berusia 14 tahun.

 Menurut laporan Journal Current Biology, mamalia itu mampu berkomunikasi apabila mendengar arahan, namun ada ketikanya ia 'bercakap' tanpa disuruh. Stoeger yang merupakan pakar dalam komunikasi gajah berkata, percakapan manusia mempunyai dua aspek penting iaitu nada dan intonasi suara. "Koshik sangat luar biasa, ia mampu membezakan antara kedua-duanya," katanya. Antara lima perkataan yang disebut gajah itu ialah annyong (hello), anja (duduk), aniya (tidak), nuo (baring) dan choah (bagus). - AGENSI




P/S - Hari tu nampak kat Buletin Utama, peliklah..hehe




.

Berpantang maut sebelum ajal..


Berpantang ajal sebelum maut. Itulah ungkapan sesuai kepada seorang pemandu van di sini yang melalui detik-detik cemas apabila kenderaan dipandunya dilanggar kereta api kargo. Dalam kejadian itu, van yang dipandu Supriyanto dilanggar keretapi KA Sritanjung dan diheret sejauh 200 meter ketika mangsa cuba melintas landasan kereta api yang tidak mempunyai palang itu. Beberapa saksi kejadian memberitahu, Supriyanto memandu van jenis Suzuki Carry dari arah utara ketika melintasi landasan kereta api berdekatan Stesen Mangli.

Seorang saksi yang hanya dikenali sebagai Rudi berkata, kereta api telah pun memberi amaran membunyikan hon kepada pemandu van tersebut. "Sebaik sahaja hon dibunyikan, van itu berhenti di tengah landasan, mungkin pemandunya panik melihat kereta api menghala ke arahnya. "Van itu kemudian dilanggar dan diseret 200 meter sebelum berhenti di hadapan stesen kereta api," katanya kepada jambiekspresnews.com.





Ekoran pelanggaran itu, beberapa saksi di tempat kejadian menyangka pemandu van itu telah maut berdasarkan kesan pelanggaran yang teruk. Namun, pemandunya, Supriyanto bernasib baik kerana hanya mengalami patah tulang rusuk kiri dan kini menerima rawatan di hospital tempatan. - AGENSI






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!