Berpantang ajal sebelum maut. Itulah ungkapan sesuai kepada seorang pemandu van di sini yang melalui detik-detik cemas apabila kenderaan dipandunya dilanggar kereta api kargo. Dalam kejadian itu, van yang dipandu Supriyanto dilanggar keretapi KA Sritanjung dan diheret sejauh 200 meter ketika mangsa cuba melintas landasan kereta api yang tidak mempunyai palang itu. Beberapa saksi kejadian memberitahu, Supriyanto memandu van jenis Suzuki Carry dari arah utara ketika melintasi landasan kereta api berdekatan Stesen Mangli.
Seorang saksi yang hanya dikenali sebagai Rudi berkata, kereta api telah pun memberi amaran membunyikan hon kepada pemandu van tersebut. "Sebaik sahaja hon dibunyikan, van itu berhenti di tengah landasan, mungkin pemandunya panik melihat kereta api menghala ke arahnya. "Van itu kemudian dilanggar dan diseret 200 meter sebelum berhenti di hadapan stesen kereta api," katanya kepada jambiekspresnews.com.
Ekoran pelanggaran itu, beberapa saksi di tempat kejadian menyangka pemandu van itu telah maut berdasarkan kesan pelanggaran yang teruk. Namun, pemandunya, Supriyanto bernasib baik kerana hanya mengalami patah tulang rusuk kiri dan kini menerima rawatan di hospital tempatan. - AGENSI
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment