Monday, November 5, 2012

Kenapa Victoria Beckham jarang dilihat memakai kasut tumit rendah?


Kelibat keluarga Beckham terutama Victoria, memang sentiasa mendapat perhatian dari pelbagai lapisan masyarakat. Apatah lagi jika berkenaan perihal anak-anaknya. Namun sebagai tumpuan, Victoria bukan sahaja jarang dilihat tersenyum, tapi juga jarang memakai kasut yang tidak bertumit (rendah).


Namun semalam, jelas sebabnya.. Victoria dilihat bersiar-siar dengan empat orang anaknya, dan dia didapati hampir sama tinggi dengan anak sulungnya, Brooklyn yang berusia 13 tahun.


Brooklyn jelas kelihatan sudah dewasa dan dia sempat mendukung adik perempuannya dengan selamba.






.

Ketahui bagaimana & cara rakyat Amerika mengundi Presiden dan Naib Presiden mereka


Rakyat Amerika akan mengundi bagi memilih presiden mereka yang baru pada Selasa, 6 November 2012. Presiden dan naib presiden yang akan dipilih ini bakal berkhidmat selama empat tahun. Presiden yang terpilih untuk kali kedua berturut-turut hanya dibenarkan menyandang jawatan itu selama dua penggal sahaja iaitu lapan tahun. Tetapi dalam sistem pengundian pemilihan presiden Amerika Syarikat yang kompleks dan hanya diamalkan di negara tersebut, para pengundi pada hakikatnya tidak secara langsung mengundi untuk memilih ketua negara mereka. Sebaliknya secara teknikalnya mereka mengundi untuk menentukan "pemilih” atau “electors" di dalam “daerah pemilih” atau “Electoral College”.

Terdapat keseluruhannya 538 “daerah pemilih” di seluruh Amerika Syarikat. Jumlah ini dibahagikan menurut jumlah wakil rakyat (435 orang) dan jumlah senator (100 orang) di dalam kongres Amerika. Tiga lagi wakil pemilih adalah dari Daerah Columbia (ibu negara Amerika - Washington DC). Jumlah wakil rakyat dan senator ditentukan oleh kepadatan penduduk di setiap negeri berkenaan. Dalam ertikata yang lain, jumlah “daerah pemilih” adalah sama dengan jumlah keanggotaan Kongres Amerika iaitu 435 wakil rakyat dan 100 orang senator ditambah tiga lagi mewakili Washington DC iaitu ibu negara Amerika. Jadi setiap negeri diberi peruntukkan jumlah “pemilih’ sepertimana ia diwakili oleh wakil rakyat dan senator di dalam kongres.

Oleh kerana negeri yang paling padat penduduknya mempunyai kerusi yang paling banyak di Dewan Rakyat mereka juga secara automatik memiliki sejumlah “pemilih” yang paling banyak. Contohnya, enam negeri paling padat dan dengan itu juga memiliki jumlah “pemilih” dan “daerah pemilih” yang banyak ialah California (55 daerah pemilih), Texas (38), New York (29), Florida (29), Illinois (20) and Pennsylvania (20). Manakala tujuh negeri yang paling kecil dari segi populasi iaitu Alaska, Delaware, Montana, North Dakota, South Dakota, Vermont, dan Wyoming kesemua hanya mempunyai tiga “pemilih” atau “daerah pemilih”. Washington DC tidak dibenarkan memiliki wakil melebihi dari jumlah negeri terkecil dengan “daerah pemilih”. Jumlah “pemilih” dan “daerah pemilih” di setiap negeri ditentukan setiap 10 tahun sekali iaitu selepas Jabatan Statistik selesai membuat bancian penduduk.



Berikut adalah bagaimana cara sistem ini berfungsi: 

- Sejumlah 538 “daerah pemilih” dibahagikan di antara 50 buah negeri dan District of Columbia (Washington DC) berdasarkan jumlah kepadatan penduduk dan wakil rakyat serta senator di Kongres.

-Calon presiden mestilah memenangi undi popular di sekurang-kurangnya 270 “daerah pemilih” untuk diisytiharkan sebagai pemenang.

-Pada pemilihan 2008, Barack Obama memenangi undi popular di 28 negeri yang membolehkannya membolot 365 “daerah pemilih” manakala pencabarnya Senator John McCain memenangi undi popular di 22 negeri yang hanya membolehkannya memperolehi sekadar 173 “daerah pemilih” - sekaligus membolehkan para “pemilih” yang mewakili 365 “daerah pemilih” secara formal memilih Obama sebagai presiden Amerika yang ke-44.

-Jika mana-mana calon terikat iaitu memperolehi undi popular di 269 “daerah pemilih” seorang, maka anggota Dewan Rakyat akan menentukan siapakah yang berhak menjadi presiden.

-Hampir kesemua negeri (melainkan negeri Maine dan Nebraska) membuat peraturan iaitu mana-mana calon yang menang undi popular akan memperolehi kesemua “daerah pemilih” di negeri berkenaan. Misalnya jika calon parti Demokrat Barack Obama memenangi undi popular di Negeri California yang memiliki 55 “daerah pemilih”, ini bermakna beliau akan memperolehi kesemua 55 undi “pemilih” di negeri itu.

-Selepas pemilihan selesai, para “pemilih” yang mewakili kesemua 538 “daerah pemilih” akan berhimpun di dewan undangan negeri masing-masing untuk secara formal dan rasminya pada 17 Disember nanti mengundi siapakah presiden dan naib presiden Amerika bagi penggal akan datang.

-Bagaimanapun, secara tradisinya mereka akan mengundi mewakili calon presiden parti masing-masing sepertimana yang ditentukan oleh rakyat yang mengundi menentukan “pemilih” yang mewakili “daerah pemilih” masing-masing. -Mstar






.

Wanita ini minta didirikan tanda peringatan untuk ikan mati


Seorang wanita yang berasal dari Orange County, meminta didirikan sebuah monumen untuk memperingati ratusan ekor ikan yang menjadi korban kemalangan sebuah trak di California, Amerika Syarikat (AS). Menurut berita Foxnews.com, sekitar 1600 pound ikan bass mati pada 11 Oktober, setelah trak kontainer yang mengangkut mereka ke sebuah pasar mengalami kemalangan. Untuk itu, Dina Kourda, sukarelawan masyarakat untuk Etika terhadap haiwan, meminta dibangunkan sebuah tanda peringatan atas peristiwa itu di sebuah persimpangan jalan di wilayah Irvince County, California untuk menghormati ikan-ikan itu.

Dia berkata, masyarakat kerap membangunkan tanda peringatan atau monumen atas sebuah peristiwa tertentu, oleh kerana itu hal yang sama seharusnya juga dilakukan untuk ikan yang telah 'terkorban' dalam kemalangan di wilayah irvine County, dimana akan menjadi peringatan kepada seluruh orang untuk menghargai hidup haiwan. Kerajaan Irvine County, melalui jurucakapnya, Craig Reem mengatakan pihaknya tidak akan mengendahkan permintaan Dina.







.

Kerana ingin ponteng, tangannya tercucuk besi ketika cuba lompat pagar untuk lari dari sekolah


Barangkali ini merupakan pengajaran yang sangat berharga dan sekaligus paling menyakitkan yang tidak akan pernah dilupakan oleh De Fang, seorang pelajar berasal dari China, akibat cuba ponteng. Lengan kanan remaja berusia 16 tahun tersebut tercucuk pada sebuah pagar besi setelah dia cuba melompat pagar untuk melarikan diri dari kelas di sekolahnya yang berada di daerah Suixi, di provinsi Anhui, China. Fang ditemukan oleh teman-teman sekolahnya setelah mendengar teriakan kesakitannya, yang kemudian segera memanggil pertolongan perubatan buatnya. Petugas bomba yang bergegas ke tempat kejadian, terpaksa mengangkat Fang sebelum memotong batang besi yang mencucuk lengannya.

Dia kemudian dilarikan ke hospital, dimana doktor kemudian mencabut batang besi pada lengannya dalam sebuah pembedahan yang berlangsung selama satu jam. Kepada kumpulan penyelamat, remaja tersebut mengakui bahawa dia merasa gugup akan tertangkap dalam aksinya yang membuat tapak tangannya berpeluh sehingga membuatkannya tergelincir ketika cuba memanjat pagar besi itu.





.

Kerana menyintainya, dia sanggup melakukan apa saja


Kekuatan cinta boleh mengalahkan segalanya. Kisah ini mungkin adalah salah satu buktinya. Seorang wanita di China bersedia rujuk kembali dengan mantan suaminya. Itu dilakukan demi menyelamatkan nyawa mantan suami yang sedang sakit. Si isteri bersedia rujuk, agar dapat memberikan organ hati kepada mantan suaminya yang sedang sakit penyakit hati. Pasangan Tian Xinbing dan Su Dan, akhirnya segera menjalani pembedahan, setelah rasmi berkahwin kembali. Tian dilaporkan menjalani pembedahan pemindahan hati dari Su selama 10 jam. Pembedahan sukses. Dipetik dari laman Reuters, sebelum bercerai, Su Dan dan Tian Xinbing sempat kekal dalam perkahwinan selama 10 tahun. Mereka mengakhiri perkahwinan, kerana perniagaan mereka mengalami masalah. Setelah bercerai dua bulan, Tian Xinbing, didiagnos menderita kanser hati.

Kerana penderma organ hati untuk Tian Xinbing tidak ada, Su Dan akhirnya mengajukan diri sebagai penderma. Namun, kerana status keduanya sudah tak lagi menjadi suami isteri, permohonan ditolak oleh pihak hospital. Sedangkan, organ hati Su Dan dinyatakan sesuai, untuk didermakan kepada Tian Xinbing. Keinginan Su yang ditolak pihak hospital, ternyata juga mendapat respons serupa dari Tian, yang tak mahu melakukan pemindahan dari mantan isterinya. Tian menganggap pembedahan tersebut sangat berisiko.  Namun, cinta yang besar dari Su kepada Tian, menolak semua risiko yang mungkin timbul. "Saya hanya ingin dia hidup sihat, selamanya," akui Su.






.

Kerana memeluk agama Islam, pasangan ini dibunuh keluarganya


Sepasang suami isteri yang pada mulanya beragama Kristian yang baru saja nikah dan memeluk agama Islam ditembak oleh keluarga mereka. Insiden menyedihkan ini terjadi di Kalore Kot, sebuah kota kecil di wilayah Bhaker, Pakistan yang majoriti penduduknya beragama Kristian. Menurut sumber polis kepada The Express Tribune, Kalsoom Bibi, anak perempuan Irshad Masih dan Muhammad Bilal bin Ashraf mati di tembak oleh saudara lelaki Kalsoom yang bernama Imran. Kejadian itu berlangsung di rumah Bilal. Sebelum insiden tembakan, pasangan pengantin baru itu terlibat pertengkaran dengan Imran, saudara lelaki Bibi lainnya, Zahid dan ayahnya, Irshad.

Tiba-tiba, Imran melepaskan tembakan ke arah pasangan muda itu dan mereka mati di tempat kejadian. Disyaki, pertengkaran tersebut kerana keluarga tidak menerima mereka memeluk agama lain. Tak hanya pasangan itu, seorang kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun, Alisha, juga terkena tembakan peluru Imran. Dia terus dikejarkan ke Rumah Sakit Kot Kalore dan dalam keadaan  kritikal. Menurut keterangan polis, Bilal dan Bibi baru memeluk agama Islam atas kemahuan mereka sendiri dua bulan lalu.






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!