Wednesday, November 14, 2012

Akhirnya... Semua jenis elaun, insentif penjawat awam akan dikaji semula


Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu semua jenis elaun dan insentif penjawat awam di seluruh negara termasuk imbuhan tetap perumahan dan bayaran insentif wilayah untuk Sabah dan Sarawak dikaji semula. Presidennya Datuk Omar Osman berkata perkara itu perlu memandangkan harga rumah dan kos sara hidup rakyat di negara ini semakin meningkat. "Di mana-mana negeri, elaun tidak boleh dibeza-bezakan seperti dahulu sebab sekarang ini harga rumah dan kos sara hidup terlalu tinggi.

 "Sebab itu Cuepacs menyuarakan supaya semua jenis elaun, insentif dan imbuhan tetap perumahan perlu dikaji semula bersama dengan kajian suruhanjaya transformasi perkhidmatan awam," katanya pada sidang akhbar di Kompleks Bersepadu Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, di sini hari ini. Omar berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan pelbagai pihak agar elaun perumahan penjawat awam dari Sabah dan Sarawak yang bertugas di semenanjung atau sebaliknya diseragamkan. Beliau berkata pihaknya telah menyuarakan perkara itu kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan berharap JPA mengambil tindakan yang sewajarnya.

"Misalnya kalau elaun perumahan di Sememanjung RM800, sini (Sabah/Sarawak) pun RM800, pasal rumah ini tiada (harga rumah) Sabah murah, Sarawak mahal dan sememanjung murah. "Kita bimbang bila pekerja baru masuk, kalau gaji masih kecil, masalahnya mereka mahu tinggal di mana? Sewa mahal, beli rumah pun tidak mampu," katanya. Beliau berkata keadaan itu akan menjejaskan produktiviti, tanggungjawab sosial dan keluarga kepada penjawat awam terutama yang baru bekerja. Sementara itu, Omar berkata Cuepacs belum bersetuju mengenai cadangan Kementerian Kewangan untuk menjalin kerjasama dengan bank bagi menguruskan skim pinjaman perumahan penjawat awam. - Bernama





.

Wanita ini seberat 499kg


Ketika Sergio Valdez melihat kliennya yang seberat 450 kg, Marya Rosales, untuk pertama kalinya, dia menyangka lipatan-lipatan lemaknya sebagai bantal. Mayra dilaporkan memiliki berat hampir 1,100 pound atau 499 kg, menjadikannya salah satu wanita tergemuk di dunia. "Kami sudah melihat mereka-mereka dengan obesiti serius. Tapi tidak pernah seteruk ini," ujar Valdez. "Ketika pertama kali masuk, dia ditutupi selimut; ada bantal di sekelilingnya sehingga kita tidak tahu apakah itu bantal atau dirinya," ujar Valdez. "Setelah mengelilingnya baru kita sedar bahawa itulah Mayra."







.

Restoran yang digubah seperti tandas


Ketika berkunjung ke Taiwan jangan lupa singgah ke sebuah restoran yang memiliki suasana seperti kamar mandi, Modern Toilet Restaurant. Restoran ini pertama kali dibuka pada tahun 2004 di Taipei, berdasarkan inspirasi dari cerita kartun yang menyajikan sebuah gambar tandas dalam buku menu. Inspirasi itulah yang membuat restoran ini berjaya dengan sukses, dengan membuka cawangan lebih dari 11 di sekitar Taiwan dan diantaranya adalah Mongkok dan Hongkong. Hampir di setiap wilayah, restoran ini dikenali penduduk tempatan dengan sebutan 'Marton' (bahasa China yang beerti tandas) atau disebut sebagai The Toilet Restaurant.


Keunikkan yang menjadikan restoran ini nampak seperti kamar mandi adalah kerusi-kerusi yang disediakan memiliki bentuk seperti tandas, terdapat pula gulungan tisu tandas sebagai ganti dari tisu lap mulut. Boleh memuatkan lebih dari 100 orang. Namun, anda harus berusaha mendapatkan kerusi di restoran ini, terutama pada waktu makan siang kerana restoran ini sangat terkenal dikalangan mahasiswa dari universiti terdekat. Untuk harga makanan, rata-rata di bawah US$6.






.

Messi hampir ditembak di Arab Saudi?


Bintang bola sepak Argentina, Lionel Messi mengalami pengalaman yang membuatkan dia terkejut ketika tiba di Arab Saudi. Seorang petugas keamanan yang membawa senapang tidak sengaja mengarahkan hujung senapangnya ke arah wajah Messi. Dengan ekspresi wajah yang agak ketakutan, Messi pun berusaha menghindari hujung senapang tersebut. Hal itu terjadi pada saat Messi dan rakan-rakan sepasukannya tiba di Arabi Saudi. Messi dan kawan-kawan dianggap sebagai tetamu istimewa sehingga ramai pengawal lengkap dengan senjata laras panjang dikerahkan untuk menjaga Messi.

Namun penjagaan super ketat itu justru membuatkan Messi mengalami insiden mengejutkan itu. Insiden itu terjadi sekitar pukul 3 petang, saat Messi dikawal untuk menghindari beberapa orang yang ingin mengerumuninya. Akibatnya, salah seorang petugas ditolak oleh rakannya dan hujung senapangnya tepat berada di depan hidung Messi.






.

Kenapa Balotelli duduk bangku simpanan ketika Manchester City menentang Tottenham?


MARIO Balotelli dilaporkan bakal dipecat gara-gara berparti, 12 jam sebelum pertembungan menentang Tottenham Hotspurs Ahad lalu. Penyerang Manchester City itu dilihat mengunjungi sebuah restoran sebelum berhibur di sebuah bar. Akibatnya, Balotelli, 22, digugurkan daripada senarai pemain dan sekadar menyaksikan perlawanan dari tempat duduk penonton. Insiden terbaru itu menjadi alasan kukuh buat Roberto Mancini membawa masuk penyerang Atletico Madrid, Radamel Falcao Januari depan.




 P/S - WHY ALWAYS ME? :p






.

Kerana kemenangan Obama, seorang isteri langgar suami dengan kereta


Urusan pilihanraya presiden AS baru-baru ini rupanya menjadi masalah besar pada sebuah keluarga di Phoenix, Arizona. Seorang isteri sanggup mencederakan suaminya gara-gara si suami tidak mengundi. Si isteri itu marah kerana Barack Obama akhirnya kembali memenangi pilihanraya AS. Holly Solomon (28) ditangkap setelah melanggar suaminya, Daniel Solomon, dengan kereta setelah bertengkar hebat mengenai pilihanraya presiden. Sebelum dilanggar kereta dan dibiarkan terbaring di bawah kereta, Holly sempat mengejar Daniel dengan keretanya. Daniel ketika ini kritikal dan dirawat di rumah sakit. Nasib baik, jurucakap polis tempatan, Sersan Jesse Sanger, mengatakan Daniel diharapkan dapat melalui masa kritikalnya dan selamat.

Menurut Daniel kepada polis, isterinya marah kerana dia tidak mengundi. Menurut isterinya, mereka akan mengalami kesukaran gara-gara Obama memenangi pilihanraya itu. Saksi mengatakan, pertengkaran di antara mereka terjadi Sabtu pagi di kawasan parkir. Pertengkaran itu menjadi semakin hebat. Holly kemudian mengejar suaminya dengan kereta. Dia berteriak-teriak, sementara suaminya berusaha bersembunyi di balik tiang lampu. Dia terperangkap setelah berusaha melarikan diri di jalan sekitar tempat itu.





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!