Thursday, November 15, 2012

Wanita ditahan kerana sembunyikan kelahiran anaknya


Polis menahan seorang wanita yang disyaki menyembunyikan kelahiran dalam kejadian di sebuah rumah di Batu 5, Jalan Meru, di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Mohd Shukor Sulong berkata kejadian itu disedari kakak suspek yang tinggal serumah dengan wanita berusia 24 tahun tersebut, selepas curiga dengan tingkah laku adiknya. "Kakaknya yang berusia 27 tahun kemudian masuk ke bilik adiknya dan menemui mayat seorang bayi lelaki yang cukup sifat di atas tilam tengah hari tadi. Dia kemudian membuat laporan polis," katanya ketika dihubungi di sini. Siasatan awal polis mendapati bayi berkenaan lahir mati, katanya. Menurutnya wanita yang bekerja sebagai jurujual itu dipercayai melahirkan bayi tersebut pukul 4 petang semalam.

"Polis turut menemui tali pusat bayi itu di dalam sebuah beg plastik dan kita percaya suspek bertindak memotong sendiri tali pusat itu selepas melahirkannya," katanya. Menurut Mohd Shukor, soal siasat ke atas suspek mendapati bapa bayi itu adalah warga Bangladesh yang telah pulang ke negara asalnya pada Mac lepas. "Wanita itu dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Rahimah untuk menerima rawatan. Dia akan didakwa mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyembunyikan kelahiran bayi," katanya. Menurutnya jika sabit kesalahan, wanita itu boleh dihukum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya. - BERNAMA





P/S - Gambar sumber Utusan





.

Bagaimana wajah lelaki ini boleh mirip seseorang di lukisan abad ke-16?


Seorang mahasiswa bernama Max Galuppo mengaku sangat terkejut setelah melihat sebuah lukisan yang dibuat seniman yang tak terkenal berjudul Portrait a Nobleman with Dueling Gauntlet. Dalam lukisan itu, kelihatan seorang lelaki yang wajahnya sangat mirip dengan mahasiswa Universiti Temple,Philadelphia, Pennsylvania, Amerika Syarikat (AS) itu. Lukisan ini diterima Philadelphia Museum of Art pada tahun 1917 untuk memenuhi koleksi John G. Johnson. "Ini sungguh aneh. Dia kuliah di Temple dan kami selalu mengatakan ingin pergi ke muzium seni," kata Nikkie Curtis, kekasih Galuppo.

"Kami pergi ke pameran baju kesatria. Namun ketika kami melalui lukisan itu, saya melihat sesuatu dan mengatakan hei, lihat lukisan itu. Mirip dengan dirimu," kata Curtis. "Jujur saja, saya tidak melihat persamaan itu. Lalu kemudian saya melihat foto diri saya berdiri di samping dan anda tak dapat melihat perbezaannya," ujar Galuppo. Sejak saat itu, dia menerima banyak perhatian dan permintaan yang sangat lucu.






.

Gadis itu pengsan apabila dapat tahu kekasihnya berusia 60 tahun


Suara boleh menipu usia. Itu yang dialami seorang gadis berumur 23 tahun berasal dari Kerala, sebuah negara bahagian di India. Selama lebih dari setahun, si gadis yang tak disebutkan namanya, terlena dengan hubungan cinta melalui telefon. Dia sangat jatuh cinta dengan 'kekasih telefonnya'. Tak puas hanya 'berhubungan di udara', si gadis lantas berniat untuk melihat sendiri rupa sebenar kekasihnya. Lulusan pascasarjana teknik mesin, lantas bergegas ke Kannaur (masih di wilayah Kerala), untuk melihat dari dekat lelaki yang selama ini hanya dia kenali melalui suara. Si gadis sebelumnya sudah sepakat akan bertemu lelaki impiannya di sebuah perhentian bas. Namun, lelaki itu tidak muncul.

Kerana menunggu berjam-jam, orang disekeliling curiga dengan kehadiran si gadis. Mereka lantas melapor kepada polis tentang hal ini. Si gadis kemudian dibawa ke balai polis, lalu disoal siasat. Ketika wanita itu menceritakan kisahnya kepada polis, dia diminta menyerahkan nombor telefon bimbit kekasihnya. Polis lalu memancing si kekasih misteri, untuk datang ke balai polis. Ketika lelaki itu datang, si gadis pengsan, ketika melhat bahawa kekasihnya ternyata seorang lelaki berumur sekitar 60 tahun. Tanpa merasa bersalah, lelaki itu mengaku hanya ingin bermain dengan si gadis, dan tidak pernah berniat bertemu secara langsung. Polis kemudian meminta ibubapa si gadis untuk menjemput anaknya pulang.





.

Ada khalimah Allah di badan kucing itu


Penduduk Jalan dr. Taruno, Kelurahan Adiarsa Barat, Kecamatan Karawang Barat, Indonesia, mendatangi rumah Son Haji, 46, yang pemukimannya tidak jauh dari bantaran Sungai Citarum. Dia yang baru-baru ini menemui seekor kucing jenis jantan di tubuh kirinya terdapat kalimah (tulisan) Allah. Menurut Son Haji, dia tidak sengaja menemukan kucing berbulu kuning agak ke abu-abuan tersebut, ketika sedang mencari sesuatu yang diperlukannya di pinggir bantaran Sungai Citarum tidak jauh dari rumahnya di Jalan dr. Taruno.

Kucing tersebut lalu dibawa ke rumah, penemuannya kucing dengan kalimah Allah itu disampaikan kepada jiran-jirannya. Sejak saat itulah rumahnya didatangi jiran dan penduduk lainnya.







.

Keadaan Krisdayanti yang hamil 8 bulan


BIARPUN usia kandungan sudah mencecah lapan bulan, diva terkenal Indonesia, Krisdayanti mengakui masih aktif memenuhi undangan nyanyian. "Bagi saya undangan itu semua adalah rezeki dan selagi terdaya saya akan cuba memenuhi. Lagipun saya tak betah duduk di rumah sahaja. Jika tidak ada persembahan, saya akan isi masa lapang dengan berenang dan melakukan yoga," katanya. Tidak merahsiakan jantina anak yang bakal lahir, isteri kepada Raul Lemos ini mengakui akan melahirkan anak lelaki bulan depan dan sudah mempunyai nama buat anaknya itu. "Doktor beritahu kepala bayi sudah berada di bawah dan Insya Allah awal Disember ini saya akan bersalin. Saya sangat teruja kerana bakal mempunyai seorang lagi anak lelaki dan saya serta Raul sudah sepakat mahu memberi nama Raja kepadanya nanti," katanya.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!