Wednesday, November 21, 2012

Selamat pengantin baru, Apek dan Leuniey


Penjaga gol pasukan bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek menamatkan teka teki tarikh perkahwinannya dengan Nur Eilunie Natasha Nazri atau Leuniey apabila memilih 28 Disember depan untuk bergelar suami isteri. Beliau yang juga penjaga gol skuad Kelantan itu berkata, pengumuman perkahwinan itu dilakukan segera bagi membolehkan dia menumpukan pada persiapan Kejuaraan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2012 yang akan berlangsung dari 24 November hingga 22 Disember depan.

"Saya berharap selepas pengumuman (perkahwinan) ini saya dapat fokus pada persiapan pasukan kebangsaan menentang Singapura dalam Piala AFF. "Semoga semua teka teki terjawab dan semua pihak jelas dengan pengumuman ini," katanya. Apek mengumumkan berita gembira itu pada satu majlis sidang media yang diadakan di Hotel Royale Bintang, di sini kira-kira pukul 1 petang, Rabu. Bagaimanapun, Leuniey tidak turut serta pada majlis itu kerana sedang menghadiri kursus perkahwinan. -Mstar






.

Hospital cuai tertukar bayi


Bayangkan kejutan apabila selepas menjadi ibu bapa yang baru, anda mendapati bayi yang dibawa pulang bukan milik anda. Itu adalah apa yang berlaku kepada sepasang ibu bapa apabila mereka menyedari bahawa bayi yang mereka bawa pulang memakai tag pengenalan kepunyaan ibu lain. Mujurlah, selepas pasangan itu memaklumkan kepada Hospital KK Wanita dan Kanak-kanak (KKH), Singapura, bayi telah bersatu semula dengan ibu bapa kandung mereka. Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada Selasa, hospital menggelarnya "insiden malang" yang menyaksikan kedua-dua bayi yang baru lahir tersilap dilepaskan. "Hospital menyedari kesilapan ini, dan bayi telah bersatu semula dengan ibu bapa kandung mereka.

Kedua-dua bayi dalam keadaan baik dengan ibu masing-masing, yang telah ditawarkan kaunseling dari hospital, "katanya dalam kenyataan itu. Eksekutif hospital itu, Profesor Kenneth Kwek, memberitahu media tempatan bahawa ianya kesilapan yang berlaku selepas salah satu bayi hilang tags buku lali dan telah diberikan tag gantian salah. Kegagalan mereka untuk memeriksa tag kedua-dua bayi dan terus menyerahkan bayi kepada ibu bapa merupakan kesilapan yang tidak boleh dimaafkan. Hospital berkata, siasatan menyeluruh sedang dijalankan untuk menentukan bagaimana kesilapan ini berlaku. Ianya perlu dilakukan untuk mengelak masalah besar seperti ini dari berulang. Kementerian Kesihatan juga telah dimaklumkan.






.

Pemandu teksi jujur jumpa wang RM2.7 juta dan kembalikan pada pemiliknya


Seorang pemandu teksi di sini menjadi wira selepas dia memulangkan wang tunai berjumlah S$1.1 juta (RM2.7 juta) yang ditemuinya di dalam kenderaannya kepada sepasang pelancong Thailand yang sedang bercuti di republik ini. Sia Ka Tian, 70, terkejut apabila menemui wang di dalam sebuah beg kertas hitam di tempat duduk belakang teksinya semalam, selepas menurunkan pasangan itu di sebuah pusat membeli belah di sini. ''Bila saya melihat duit itu, saya berfikir, ada masalah di sini. Saya pasti sekurang-kurangnya ada S$244,976 (RM607,399) di dalam beg itu,'' lapor akhbar Straits Times yang memetik kenyataan pemandu warga emas itu yang telah berkhidmat selama 31 tahun. Namun, apabila dia membawa wang itu ke bahagian hilang dan jumpa syarikat pengangkutan ComfortDelGro, dia terkejut apabila rakannya memaklumkan jumlah duit yang terdapat dalam beg itu adalah S$1.1 juta.

''Wang itu tidak penting bagi saya kerana ia bukanlah hak saya. Jadi mana boleh saya gunakannya,'' katanya kepada media. Pasangan Thailand itu melaporkan kehilangan wang mereka kepada syarikat pengangkutan dan Ka Tian menunggu mereka di situ untuk memulangkan wang tersebut. Laporan tersebut tidak menyebut apa yang dilakukan oleh pasangan Thailand berkenaan dengan wang sebanyak itu. Difahamkan, Ka Tian menerima sejumlah wang tunai yang tidak didedahkan jumlahnya sebagai sagu hati daripada pasangan Thailand itu yang enggan dikenali. Syarikat pengangkutan itu juga merancang untuk memberi Ka Tian anugerah atas kejujurannya dan perkhidmatannya yang baik. - AFP






.

Suami bunuh isteri kerana cemburu melihat isterinya menelefon lelaki lain


Yance Sunis Sinaga (36), yang didapati hilang, ternyata dibunuh suaminya sendiri, Antonius Sinaga (42). Mangsa dibunuh pada isnin (29/10/2012) lalu. Mayatnya kemudian dikuburkan di samping rumah suspek. Kes pembunuhan itu terungkap setelah anak perempuan mangsa bernama Nanda, menceritakan tentang menghilangnya Yance kepada kakak kandung mangsa, Yosina Sunis. Nanda menceritakan bahawa ibunya sudah menghilang dari rumah sejak 29 Oktober 2012. Hilangnya Yance, sempat ditanyakan oleh Nanda kepada ayahnya, Antonius Sinaga (suspek). Namun, suspek malah meminta anak perempuannya tidak usah mencari ibunya, kerana mangsa sudah pergi dan tidak akan kembali lagi. Nanda juga mencurigai adanya bau busuk dari dalam lubang yang baru digali oleh ayahnya, yang hendak dibuat tandas.

"Setelah Nanda menceritakan itu, lalu dikaitkan dengan munculnya bau busuk dari dalam lubang, kami memberanikan diri melaporkan kes hilangnya mangsa ke balai polis Kupang Kota (Indonesia), dan meminta lubang sumber bau digali," kata Yosina kepada wartawan, di tempat kejadian. Pada Jun 2012, ujar Yosina, Antonius pernah mengancam akan membunuh isterinya, kerana menurutnya mangsa telah berselingkuh dengan lelaki lain. "Sedangkan, suspek yang melakukan perselingkuhan di luar. Bahkan, selingkuhannya pernah datang menemui mangsa dan menceritakan tentang hubungannya dengan suspek. Selingkuhanya mengaku sudah empat kali menggugurkan kandungan hasil hubungan dengan suspek," tutur Yosina. Kemudian, polis Kupang Kota dibantu warga di sekitar lokasi kejadian, langsung membongkar lubang sedalam satu meter yang telah ditutup dengan simen. Setelah lubang dibongkar, ditemukan mayat Yance, yang sudah dalam keadaan membusuk. "Kami belum tahu motif suspek melakukan pembunuhan itu. Suspek sudah ditahan di Balai polis Kupang Kota, kerana terlibat kes penganiayaan terhadap jirannya. Jadi, dia ditahan bukan kerana kes pembunuhan. Dengan kes ini, suspek pasti akan diadili," kata ketua polis Kota Kompol Giyarto.

Selama proses penggalian berlangsung, warga sekitar yang menyaksikan kelihatan terkejut dengan pembunuhan Yance, yang bekerja sebagai tukang cuci pakaian. Sementara, tidak terlihat raut wajah penyesalan pada diri Antonius Sinaga. Bahkan, dengan mudai dia mengaku membunuh isterinya kerana cemburu, setelah mengetahui isterinya memiliki lelaki idaman lain.  "Saya kubur mayatnya di tepi rumah, supaya tidak diketahui orang dan timbul masalah lagi," akui suspek.






.

Pelakon ini berkorban demi cinta sehingga rela dibuang keluarga


Pengorbanan cinta Chintyara Alona boleh dikatakan sangat berlebihan. Demi tetap menjalin hubungan dengan kekasihnya yang berbeza etnik dan agama, dia rela dijauhkan dari keluarganya. "Aku sudah memberikan keyakinan tapi keluargaku tetap tidak bersetuju. Keluarga menolak keras dan aku dibuang oleh keluargaku," tutur Alona ketika ditemui di Jakarta.

Sebenarnya, keluarga telah memilihkan jodoh buatnya. lelaki itu adalah seorang pilot. "Kami sempat berkenalan tapi setelah lima minit menemuinya, aku kembali masuk ke dalam bilik," tuturnya. Bintang filem Paku Kuntilanak ini mengaku dalam menentukan pasangan hidup, dia enggan dijodohkan. Dia lebih suka mengikut kata hatinya. Dan dia jatuh cinta kepada lelaki Tionghoa dan beragama non muslim. "Keinginanku mempunyai pasangan yang sama-sama membahagiakan. Dan aku dan tunang telah mengambil keputusan untuk berkahwin satu hari nanti. Harapannya saat itu tidak ada halangan," katanya.







.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!