Wednesday, November 28, 2012

Ada Pulau Hantu Di Google Earth


Kerana ingin meneliti sebuah pulau yang ditampilkan Google Earth, Google Maps dan peta digital lain, beberapa pakar melakukan perjalanan ke pulau tersebut. Alangkah terkejutnya mereka kerana ternyata pulau tersebut tidak benar-benar ada. Beberapa pakar dari University of Sydney melakukan perjalanan untuk meneliti sebuah pulau bernama Sandy yang dikesan dalam Google Earth. Pulau tersebut adalah pulau tak berpenghuni yang terletak di dekat Australia. Ketika para pakar tersebut mula menuju koordinat seperti yang tertera di Google Earth, mereka bingung kerana yang mereka temui hanyalah lautan dan tidak satu pulau pun. Tentu saja, berita tersebut heboh terutama di dunia maya.

Ramai orang yang mengatakan bahawa maklumat dalam google itu tidak tepat. Ketika perkara ini diajukan kepada Google, Google menyedari ada kekeliruan yang terdapat di dalam data yang ditampilkan. Menurut Wikipedia, di beberapa peta digital termasuk Google Maps, pulau tersebut akan nampak seperti aslinya, namun di Google Earth, pulau Sandy hanya terlihat seperti lingkaran lonjong berwarna hitam saja.







.

Peliklah... Sungai ini ada ombak macam laut


Sungai Qiantan di Haining, Provinsin Zhejiang, China adalah merupakan sungai yang unik, kerana sungai ini boleh mengalami air pasang surut seperti lautan, ketika pasang sungai ini dapat membuat gelombang besar hingga 10 meter. Kerana keunikannya tersebut sungai ini dikunjungi oleh ramai pelancong.


Dalam waktu-waktu tertentu, ombak sungai ini seperti tsunami sehingga ke daratan dan (nyaris) menghanyutkan kereta, walaupun ketika itu tidak ada ribut taufan. Unik dan mendebarkan sekaligus indah adalah daya tarikan tempat ini.







.

Gambar anak Perempuan Anna Nicole Smith jadi model Guess


Anak perempuan kepada mendiang model majalah Playboy Anna Nicole Smith mengikut jejak langkah ibunya menjadi model bagi pakaian jenama Guess. Gambar-gambar Dannielynn Birkhead yang kini baru berusia 6 tahun melangkah di hadapan kamera seperti ibunya bagi kempen pakaian anak-anak Guess. Smith yang berkahwin dengan jutawan JHoward Marshall ketika lelaki itu berusia 89 tahun dan dia berusia 26 tahun juga pernah menjadi model jenama Guess pada 1992-93 tidak lama selepas dia tampil sebagai muka depan majalah Playboy.


Ayah Dannielynn, Larry Birkhead dalam satu temu bual dengan Entertaiment Tonight mengaku anak perempuannya itu sangat suka bergambar. "Hal pertama yang sering ditanyanya adalah, 'Bila saya akan muncul di majalah seperti mami?' Saya pasti Anna juga suka tentang perkara ini," ujar Birkhead. Anna Nicole Smith meninggal dunia di Florida di usia 39 tahun akibat berlebihan dadah.






.

Haiwan pun pandai selamatkan anak..


Seekor badak sumbu betina yang cedera teruk akibat ditembak pemburu haram di Afrika Selatan, berjaya membawa anaknya ke sebuah ladang penjagaan haiwan sebelum mati. Badak sumbu bernama Longhorn itu merupakan antara mangsa pembunuhan besar-besaran selama empat hari oleh pemburu haram di Hutan Simpan Finfoot berdekatan Sun City, wilayah barat laut negara ini. Kakitangan ladang penjagaan haiwan, Miles Lappeman berkata, Longhorn yang berusia 24 tahun ditemui mati dengan kesan tembakan di perut kira-kira 300 meter dari ladang tersebut. "Longhorn yang menyedari akan mati, bersusah payah membawa anaknya berumur 18 bulan ke ladang ini yang menjadi tempat badak sumbu itu membesar. "Haiwan itu membawa anaknya ke tempat yang selamat,'' kata Lappeman yang merupakan penjaga badak sumbu sejak berpuluh-puluh tahun lalu. Beliau berkata, bangkai Longhorn juga ditemui tanpa tanduknya yang sepanjang 91.44 sentimeter. "Anak Longhorn kini berada di tempat yang selamat,'' katanya. Sejak serangan pemburu haram itu, tujuh orang pengawal kini menjaga kawanan badak sumbu yang masih hidup sepanjang masa. Lappeman berkata, pemburu haram berkenaan dijangka kembali untuk mendapatkan tanduk haiwan tersebut. - AGENSI

Rahsia terbongkar selepas 19 tahun berkahwin


Seorang lelaki Belgium kecewa selepas menyedari bahawa isteri yang dikahwininya selama 19 tahun pada asalnya dilahirkan sebagai seorang lelaki. Lelaki dari Antwerp yang dikenali sebagai Jan itu berkata beliau berasakan seluruh dunianya hancur selepas mendapat tahu perkara sebenar mengenai ‘isterinya’ yang dikenali sebagai Monica. Jan, 43 berkata beliau bertemu Monica apabila beliau yang berasal dari Indonesia tiba di Belgium untuk menjadi pengasuh kepada anak adik suaminya dan Jan menyifatkan bahawa ‘isterinya’ itu sebagai amat cantik dan bersifat kewanitaan, lapor Daily Mail. Beliau kini mula memahami mengapa isterinya itu tidak bagus apabila melakukan kerja rumah termasuk menggosok pakaian.

“Saya menyangkakan dia seorang wanita yang menarik dan saya adalah wanita sejati kerana dia langsung memperlihatkan ciri lelaki seorang lelaki,” katanya kepada akhbar Belgium, Nieuwsblad. “Saya tidak mengesyaki apa-apa sehingga seorang sepupunya datang melawat dan semuanya terbongkar. “Saya katakan ini kepada anak lelaki saya dan beliau berkata pernah mendengar khabar angin bahawa Monica dulunya adalah seorang lelaki.” “Satu petang saya bersemuka dengannya dan beliau akhirnya mengaku bahawa dia dilahirkan sebagai seorang lelaki dan melakukan pembedahan menukar jantina.” “Dunia saya gelap beberapa saat. Saya rasa tertipu selama hampir 20 tahun,” katanya yang ternyata begitu kecewa. – Agensi






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!