Sunday, December 2, 2012

Hikayat Cinta Si Pematah Hati



Alhamdulillah, satu lagi novel telah siap dibaca. Ketebalan novel ini memang memikat hati, sebab lulu suka sangat baca novel yang tebal. Puas hati.. Novel setebal 1050 muka surat ni memilih tajuk yang berbeza dari novel-novel lain. Unik.. Mula membaca novel ni, lulu pelik dengan nama watak utamanya. Iaitu Warfeen Wardah dan Rayyan Raiqarl. Macam terlalu moden walaupun hakikatnya, ramai bayi dinamakan seperti nama-nama ini sekarang. Tapi bila helaian demi helaian muka surat dibaca, rasanya nama 'feen' dan rayyan tu cute juga eh..

Nampak tak gambar karipap pusing kat muka depan novel ni? Bila belum baca memang tak tahu samaada ianya ada kaitan dengan cerita didalamnya. Eh, eh watak lelaki tu suka makan karipaplah. Dan karipap itulah yang menyatukan kasih sayang antara Warfeen dan Rayyan.. So sweet... Cinta dari zaman kanak-kanak ni dan akhirnya mereka menjadi suami isteri.

Novel ini padat dengan kisah cinta, kasih sayang, pengkhianatan dan kejujuran. Benarlah bagai dikata, air yang dicincang tak akan putus. Rayyan yang menyimpan dendam terhadap adik dan ibu tirinya, pada akhirnya belajar memaafkan dan menerima. Marilah berkongsi bersama satu lagi kisah terbaik dalam novel tebal yang ditulis oleh E-Man Sufi ini....


*Sesungguhnya, apabila seorang suami memandang isterinya (dengan kasih dan sayang) dan isterinya juga memandang suaminya (dengan kasih dan sayang), maka Allah akan memandang kedua-duanya dengan pandangan kasih dan sayang. Dan apabila seorang suami memegang jari-jemari isterinya (dengan kasih dan sayang) maka berjatuhanlah dosa-dosa dari segala jari-jemari kedua-duanya. (HR. Abu Sa'id) 





P/S - Recommended by Lulu Caldina. (Penulis ini ada satu lagi novel, dan lulu belum dapatkan.. Muka depannya ada gambar burger..hehe, samaada burger tu juga ada kaitan dengan cerita dalamnya mcm novel ni, bila dah dapatkan dan baca nanti, baru tahu..)






.

Kim Kardashian nak jadi penyanyi..


JIKA sebelum ini, bintang terkenal, Kim Kardashian mula dikenali menerusi rancangan realiti, Keeping Up With The Kardashian. Namun, kini Kardashian mula berminat untuk melebarkan sayapnya dalam dunia seni suara seperti kekasihnya, Kanye West. Mendapat sokongan dan bimbingan penuh daripada Kanye, Kim percaya dengan sentuhan magis Kanye yang mampu membawa namanya ke tahap lebih tinggi. "Merakam suara adalah sebahagian daripada impian saya dan akhirnya, dengan bantuan Kanye, saya mampu menggapainya. "Kanye akan membantu saya dalam latihan ton suara, penampilan dan pemilihan lagu. Saya percaya, Kanye mampu meletakkan saya dalam senarai 40 penyanyi sensasi," katanya. Bukan sekadar bercakap kosong, Kardahshian kini dikatakan telah menjalani rakaman suara di studio milik Kanye di, Honolulu yang mengambil masa selama dua bulan. -Agensi

Lelaki ini bunuh diri setelah mendengar bisikan isterinya dari alam kubur


Seorang lelaki mati dipercayai bunuh diri dengan melompat dari kondominium miliknya di Bukit China, Melaka, setelah mendengar bisikan isterinya dari dalam kubur. Chan Kok Sing, 42, ditemukan mati berlumuran darah di Bukit China kira-kira 2.30 pagi waktu tempatan. Sebelumnya dia sempat bercerita kepada ibunya, bahawa mendiang isterinya, memintanya untuk menemaninya di alam baka. Sahabat mangsa, Lee, mengatakan sahabatnya itu sangat tertekan setelah isterinya Ng Looi Heng, 34 meninggal dunia dalam kemalangan di dekat Bukit China pada bulan Oktober baru-baru ini. "Sejak kematian isterinya, Chan telah memberitahu teman-temannya dan anggota keluarga bahawa dia sering bermimpi tentang isterinya,". Sehingga kini polis masih belum dapat memastikan apa yang mendorong Chan mengakhiri hidupnya. -AFP





P/S - Gambar sekadar hiasan






.

Ikan cantik ini dinamakan sempena nama Obama


Spesis baru ikan tawar yang ditemukan di sungai berarus deras di seluruh Amerika Syarikat (AS), dinamakan oleh penemunya seperti nama Presiden Amerika, Barack Obama. Ikan air tawar berwarna khas oren dan biru cerah itu merupakan salah satu dari lima spesis ikan darter, yang ditemukan dalam beberapa bulan terakhir. Sementara spesis lainnya dinamakan dengan tiga nama mantan Presiden dan Wakil Presiden Amerika Syarikat. Biasanya ikan Obama, berukuran kecil iaitu dengan panjang purata di bawah 50mm.

Ikan itu ditemukan oleh para pengkaji dari Konsultan Geosyntec dan Universiti Saint Louis berada di perairan di Arkansas, Kansas, Kentucky, Missouri, Oklahoma, dan Tennessee. "Kami memilih nama Presiden Obama, kerana jasanya dalam memelihara persekitaran, dengan program energi bersih dan perlindungan kesihatan, dan kerana dia merupakan pemimpin pertama kami dengan visi konservatif dan perlindungan kesihatan yang lebih global," ujar Penkaji Konsultan Geosyntec, Layman Steve.






.

Alhamdulillah... Malaysia memang Boleh!!


Malaysia dan Singapura mara ke separuh akhir Piala Suzuki AFF apabila berjaya menewaskan lawan masing-masing pada perlawanan terakhir Kumpulan B malam tadi. Malaysia yang membenam Indonesia 2-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk berada di tangga kedua di belakang Singapura hasil perbezaan gol selepas masing-masing mengutip enam mata. Gol-gol Harimau Malaya diperoleh pada minit ke-26 hasil jaringan Azamuddin Mohd Akil manakala Mahali Jasuli menambah derita Garuda, tiga minit kemudian. Malaysia akan bertemu juara Kumpulan A, Thailand manakala Singapura pula berhadapan Filipina pada aksi separuh akhir. - UTUSAN





 P/S - Syabas Malaysia.. Proud of youuu




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!