Monday, December 10, 2012

Ramai berkahwin pada 12.12.12 sempena tarikh akhir abad ini


Pasangan dari Hong Kong dan Singapura tertarik untuk mengikat janji pada 12/12/12, mencetuskan ledakan perkahwinan pada tarikh akhir abad ini yang dilihat sebagai tarikh bertuah oleh sesetengah orang untuk menjamin perkahwinan bahagia. Tarikh seperti 10/10/10 atau 11/11/11 secara tradisinya memperlihatkan pasangan dari kedua-dua negara ini mahu berkahwin segera, dengan pendaftaran berkahwin pada 12 Disember tahun ini begitu melonjak yang mana mereka melihatnya sebagai tarikh "cinta". Pendaftar perkahwinan di Hong Kong berkata pihaknya telah menerima 696 pemberitahuan daripada pasangan yang merancang untuk berkahwin pada hari Rabu, hampir empat kali ganda purata harian dari 177 pendaftaran pada bulan Oktober, menurut jurucakap.

Di Singapura, yang mana tiga perempat penduduknya adalah etnik Cina, seramai 540 pasangan telah memohon untuk berkahwin pada Rabu, yang mana statistik laman web Pejabat Pendaftaran Perkahwinan menunjukkan ia sebagai peningkatan lapan kali ganda dalam purata harian untuk majlis perkahwinan bukan Islam berbanding tahun sebelumnya.

Seorang perancang perkahwinan di Singapura berkata tarikh ini akan menjadi salah satu yang paling sibuk tahun ini bagi mereka yang terlibat dalam perkahwinan. "Ia adalah tarikh yang panas," kata Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif firma perancangan perkahwinan The Wedding Butler Renee Leung sambil menambah syarikat itu bakal mengendalikan 20 majlis perkahwinan pada hari itu, berbanding satu atau dua majlis dalam sehari. "Ia hanya nombor betuah dalam kalendar...ramai orang mengatakan ia nombor yang mudah untuk diingati," katanya kepada AFP. Pendaftaran tarikh perkahwinan pada 12/12/12 bagaimanapun menunjukkan kemerosotan di kedua-dua tempat berbanding tarikh yang mempunyai angka sama pada tahun sebelumnya.

Hong Kong mencatatkan 1,002 perkahwinan pada 11 November tahun lepas, yang menandakan "cinta abadi", dan 859 perkahwinan pada 10 Oktober 2010 yang mewakili "kesempurnaan". Singapura mencatatkan sebanyak 553 dan 724 perkahwinan pada tarikh yang sama, tetapi perekahwinan tertinggi dicatatkan pada 14 Februari 1995 apabila 1,082 pasangan telah berkahwin. Kejatuhan bilangan tahun ini mungkin disebabkan oleh faktor feng shui, yang mana pakar feng shui Sammy Au memberitahu akhbar The Standard di Hong Kong bahawa angka 12 yang berturutan tiga kali tidak sempurna untuk perkahwinan dan hanya menilainya sebagai "hari yang agak bertuah". Au memilih 18 dan 31 Disember sebagai tarikh yang lebih baik. Feng shui adalah kepercayaan kuno Cina yang bertujuan untuk menyalurkan tenaga psikik yang baik dan buruk melalui susunan perabot dan perhiasan. Ia juga menentukan tarikh bertuah. -AFP






.

Apa kata Roberto Mancini dengan kekalahan City terhadap Manchester United?


Pengurus Manchester City, Roberto Mancini, mengaku kecewa dengan persembahan Mario Balotelli dalam perlawanan city menentang Manchester United di Etihad, yang berakhir dengan kekalahan. Mancini juga mengutarakan kekesalannya terhadap sikap Carlos Tevez yang tidak membantu bahagian pertahanan untuk menghalang gol Robin van Persie di akhir perlawanan. Kekesalan pengurus kepada Balotelli nampaknya sudah memuncak. Walaupun diberi peluang untuk tampil sebagai starter, Balotelli masih tidak menunjukkan persembahan terbaiknya. Lalu dia dikeluarkan lima minit setelah babak kedua bermula.

Mancini juga menyuarakan ketidaksenangannya terhadap aksi Tevez yang tidak membantu membuat tembok pertahanan ketika United dihadiahkan tendangan percuma diakhir perlawanan. Sedangkan tendangan percuma itu adalah akibat pelanggaran yang dilakukan oleh Tevez. -US






P/S - nak buat macam mana kan dah nak kalah..






.

Terkini.. Penyanyi popular ini maut dalam nahas pesawat


Sebuah pesawat kecil yang membawa bintang Mexico-Amerika, Jenni Rivera terhempas di utara Mexico pada hari ini, menyebabkan semua penumpang terbunuh, sekali gus mengundang kesedihan di kalangan peminat dan rakan selebriti. Bangkai pesawat Lear Jet, yang membawa enam penumpang, ditemui oleh petani di negeri Nuevo Leon, beberapa jam selepas berlepas dari Monterrey dalam perjalanan ke Toluca, di tengah-tengah Mexico, kata pihak berkuasa.

Komunikasi radio dengan pesawat hilang sejurus selepas iaa berlepas jam 3.15 pagi. Menteri Pengangkutan, Gerardo Ruiz memberitahu televisyen Milenio, lokasi nahas adalah adegan terburuk dengan tiada seorang penumpang yang terselamat. Rivera, 43, penyanyi berasal dari Mexico, popular dengan genre Banda dan Norteno. Album beliau dijual sebanyak 15 juta salinan. - AFP







.

Kenali Yuxin Xiaolu, nenek berumur 1 tahun!!!


Lazimnya kulit bayi itu halus dan lembut. Namun, tidak demikian dengan seorang bayi perempuan di China. Bayi tersebut mengalami sindrom aneh. Meskipun usianya baru 1 tahun, kulitnya kehilangan elastik sehingga dipenuhi oleh kedut seperti nenek-nenek. Bayi perempuan bernama "Yuxin Xiaoli" tersebut diyakini menghidap cutis laxa, sebuah kelainan pada jaringan ikat (connective tissue) yang membuatkan kulitnya tidak elastik seperti pada orang-orang lanjut usia. Akibatnya, Yuxin kehilangan elastik lapisan kulit dan gangguan kekuatan otot, sendi, dan organ vital lainnya seperti jantung, pembuluh darah, sendi, usus, dan paru-paru.

"Dia kelihatan seperti orang tua. Terakhir saya membawanya ke hospital, semua orang menatapnya seperti alien. Bahkan anak-anak pun menangis histeria," kata Cao Niu. Keluarga mulanya hanya merawat Yuxin di rumah, kerana tak ingin anak mereka menjadi bahan ejekan. Namun kerana keadaan Yuxin memburuk akhirnya mereka membawanya ke hospital Zhengzhou, China. Keluarga semakin optimis bahawa Yuxin sembuh dengan melihat tingkah Yuxin yang begitu aktif dan cerdas. Yuxin termasuk anak yang cepat tangkap. Sangat pintar meniru ekspresi wajah orang lain di sekitarnya.







.

Adegan Mesra Shahrukh Khan dan Wanita dari Malaysia


Shahrukh Khan, bintang Bollywood, membuat ribuan penonton di Sentul International Convention Center (SICC), Bogor, Jawa Barat, berteriak histeria ketika membuat persembahan di negara itu baru-baru ini. Ketika itu, seorang wanita muda bertubuh gemuk naik ke atas pentas. Dia mengenakan pakaian berwarna hitam sambil membawa sebuah poster. Tak jelas apa tulisan di poster tersebut. Petugas keamanan sepertinya terkejut dengan kejadian itu. Namun, ada yang berusaha menghentikannya. Tapi, mereka terlambat. Shahrukh Khan meminta petugas membiarkannya naik ke atas pentas. Wanita itu sangat gembira. Wanita itu kemudian memperkenalkan dirinya.

Ternyata, dia adalah peminat Shahrukh Khan yang datang dari Malaysia. Shahrukh Khan kemudian mengajaknya bercakap-cakap sebentar. Artis berusia 47 tahun itu, kemudian memperlakukan wanita muda itu dengan istimewa. Shahrukh berlutut sambil memegang tangan wanita itu. Shahrukh kembali berdiri sambil menatap mata gadis Malaysia. Ribuan penonton yang menyaksikan adegan tersebut  berteriak histeria.

"Turun, turun, turun," teriak mereka. Tapi, Shahrukh Khan nampaknya tidak menghiraukannya. Dia malah membimbing wanita muda itu ke piano. Intro lagu 'Kuch Kuch Hota Hai' pun dipasang. Shahrukh kemudian menyanyikannya. -Tribunnews





.

Kisah renungan.. Peluk Islam lepas baca kisah Nabi Isa


Seorang lelaki warga Amerika Syarikat (AS) tertarik memeluk agama Islam selepas membaca kisah Nabi Isa dalam al-Quran yang tidak terdapat dalam kitab-kitab agama lain. Robert Paulding Rovers, berusia dalam lingkungan 30-an atau nama Islamnya, Rahim Abdullah membuat keputusan memeluk Islam selepas menyelami dan mengkaji secara mendalam agama itu hampir tiga tahun lalu. Walaupun pernah melawat beberapa negara lain, pintu hatinya terbuka untuk memeluk Islam di Malaysia kerana tertarik dengan cara hidup sederhana dan harmoni masyarakat Islam bersama penganut-penganut agama lain.

Rahim melafazkan kalimah syahadah di depan Imam Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Ahmad Rijal Ghazali selepas solat Jumaat semalam. Rahim ketika dihubungi berharap dapat mengubah persepsi barat yang sering kali mengaitkan Islam dengan keganasan walhal perkara itu jauh berbeza daripada apa yang dilihat dan dialaminya. "Saya turut berterima kasih kepada kenalan Facebook dari Afrika yang banyak membantu saya dalam mengenali agama Islam dengan lebih mendalam," katanya di sini hari ini.-Utusan







.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!