Thursday, December 20, 2012

Murid bawa senjata api ke sekolah


Kerana bimbang berulangnya tragedi amukan seperti di Sekolah Rendah Sandy Hook, seorang murid lelaki berusia 11 tahun dekat Utah membawa sepucuk pistol ke sekolah. Sehubungan itu murid tersebut ditahan dan didakwa kerana memiliki senjata berbahaya. Kanak-kanak itu membawa pistol .22 kaliber ke dalam kelasnya di Sekolah Rendah Kearns Barat di pinggir Salt Lake City, Utah, kelmarin dan didakwa mengancam rakan kelasnya dengan senjata tersebut. "Dia mendakwa membawa senjata itu bagi melindungi dirinya dan rakan-rakannya daripada kejadian yang menyerupai insiden di Connecticut," kata Ben Horsley, jurucakap Sekolah Granite yang menguruskan hampir 200 buah sekolah di Utah.

Senjata itu ditemui di dalam beg sekolah kanak-kanak tersebut, namun ketika ditemui ia tidak mempunyai peluru. Kanak-kanak itu kini ditahan dan diletakkan di bawah penjagaan polis dan didakwa kerana memiliki senjata berbahaya di kawasan sekolah serta melakukan serangan. "Dakwaan serangan dibuat selepas dia mengancam atau mengeluarkan senjata dalam keadaan memberi tekanan kepada tiga orang pelajar lain pada waktu rehat," kata Horsley. Selain didakwa atas kesalahan jenayah, kanak-kanak itu kini digantung dari sekolah. - AFP






.

700 gunung akan diratakan untuk dijadikan kota


Meratakan sebanyak 700 gunung untuk dijadikan kota pastinya tidak sedikit wang yang harus dikeluarkan. Namun, kerana padatnya penduduk di china membuatkan seorang orang paling kaya di China terfikirkan idea aneh ini. Kota baru akan tercipta di China. Kota ini yang terletak di New Are Lanzhou–80 km dari kota Lanzhou atau 966 km dari Beijing. Kota baru ini memiliki luas sekitar 500 mil persegi . Namun perbelanjaan yang sangat besar diperlukan untuk membangunkan kota baru ini. Salah seorang yang merancang membangunkan kota baru ini adalah an Jiehe (52 tahun), salah seorang dari lima orang terkaya di China.

Pejabat daerah menyokong penuh langkah meratakan 700 gunung untuk membuat sebuah kota baru kerana dengan adanya kota baru maka ianya akan mampu mempercepat perkembangan wilayah barat China. “Pembentukan daerah Baru Lanzhou menandakan upaya negara untuk mempercepatkan pengembangan wilayah barat,” kata Qin Yucai, Direktor Regional untuk Pembangunan Nasional dan Reformasi China.

Idea meratakan gunung sebenarnya sudah pernah diusulkan pada 15 tahun lalu tepatnya November 1997, hal yang sama telah dirancang di kota ini. Meskipun skalanya jauh lebih kecil, gagasan utamanya tetap sama. Apakah langkah ini akan benar benar dilakukan dan 700 gunung akan diratakan?





.

Kerana kalah taruhan, jutawan Britain ini akan menjadi pramugari Air Asia lengkap dengan seragam pramugari..


Jutawan Britain, Richard Branson akhirnya akan memakai skirt merah dan menjadi pramugari di syarikat tambang murah, AirAsia, Mei depan selepas kalah dalam pertaruhan Grand Prix dengan Ketua Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes. Branson yang juga pemilik syarikat penerbangan Kumpulan Virgin dan Tony Fernandes bersetuju pada 2010 bahawa sekiranya mana-mana pasukan (Virgin ketika itu dan Lotus) yang menamatkan saingan pada kedudukan lebih bawah pada musim itu akan menjadi pramugari untuk syarikat penerbangan masing-masing.

Branson kalah dalam pertaruhan itu apabila Lotus menamatkan perlumbaan Formula 1 keseluruhan pada tangga ke-10 manakala Virgin sekadar berpuas hati di tangga ke-12. Bagaimanapun, pertaruhan yang dirancang dilaksanakan pada awal 2011 ditangguhkan selepas Branson mengalami kecederaan ketika bermain ski. “Beliau (Branson) akan menjadi pramugari AirAsia pada Mei depan.

Walaupun lewat dua tahun tapi yang penting beliau tidak melupakan janjinya,” kata Fernandes dalam laman Twitter miliknya. Sebelum ini, Fernandes berkata, Branson akan memakai seragam pramugari AirAsia bagi menjual kopi, teh atau makanan dan minuman lain kepada tetamu sepanjang penerbangan khas selama 13 jam dari Kuala Lumpur ke London. Tiket untuk penerbangan berkenaan akan dilelong kepada tabung kebajikan. - AFP





.

Segmen : Jom Blogwalking di Lulu-Pages




Lama tak buat segmen, jomlah buat segmen sementara ada masa ni..

Segmen yang mudah, sebab nak blogwalking, malas sangat nak cari link blog. Apa pentingnya blogwalking? Blogwalkinglah rajin-rajin sebab boleh tambah kenalan, dan yang lebih penting, blog kita lebih dikenali, kan.. Dulu tahun pertama ada blog, lulu selalu blogwalking. Sekarang ni memang ampun... jarang sangat. dah lah busy, adalah yang buat sibukkan.. (ada perancangan jangka panjang), lepas tu tenet (line internet) selalu cemburu.. slow macam siput.

Nak join mudah jer.. Tak perlu nak buat entri.. hanya perlu komen kat ruangan entri ni, tinggalkan link blog korang.. Link blog yer, bukan link entri korang.. Tak kuasa lulu nak edit nanti..huhu. Segmen yang ringkas, kita buka 24 jam jer. Lepas ni ada lagi yang nak join, sorry pintu dah close.. Selalu ada jer kan nak join walaupun dah tutup. So, kena alert betul-betul. Bukan susah pun, tinggalkan link blog jer pun kat ruangan komen.

24 jam ok.. maknanya segmen ni akan tutup esok dalam pukul 4 petang (20.12.2012)
Semua link akan lulu senaraikan dalam satu entri untuk mudahkan blogwalking, dan istimewa, entri tu akan melekat (sticky post) kat lulu-pages.. Berapa lama sticky post? haaa, tak tau ^___^




P/S - Biasanya, bila buat segmen macam ni, trafik akan naik mendadak.. Kalau nak tau betul atau tak, sila cuba :p






.

Hampir bakar restoran, marah kerana lama menunggu..


Menunggu memang sangat membosankan. Waktu jadi terbuang begitu saja untuk sesuatu yang tak perlu. Seperti yang dilakukan oleh lelaki berasal dari Texas ini, yang nekad membakar pokok natal yang ada di dalam sebuah restoran! Polis di San Antonio, Texas sedang memburu seorang pelaku yang membuat pembakaran di restoran Denny's. Berdasarkan berita yang dipetik dari Digital Journal, lelaki tersebut membakar pokok natal yang berada di dalam restoran Denny's. Khabarnya, lelaki tersebut nekad melakukannya kerana penat menunggu bil yang tak kunjung tiba. Dia pun melepaskan kemarahannya pada pokok natal yang berada dekat dengannya.

Kejadian ini taklah membuatkan sesiapa cedera, kerana pekerja dan pengunjung restoran terus keluar menyelamatkan diri. Nasib baik, api yang berasal dari pokok natal cepat dipadamkan dan tak merebak. Dianggarkan, kerugian yang ditanggung Denny's mencapai 150.000 Dollar.





.

Tengkorak mirip alien ditemui..


Para arkeologi menemukan sesuatu yang sangat mengejutkan ketika melakukan penggalian di sebuah tempat di Mexico. Lokasi yang dikhabarkan merupakan sebuah perkuburan tersebut ternyata menyimpan rangka manusia yang mengejutkan. Tengkorak manusia yang ditemukan di lokasi tersebut ternyata memiliki bentuk kepala yang lonjong seperti alien! Dari 25 tengkorak yang ditemukan, 13 diantaranya memiliki bentuk kepala yang aneh.


Tetapi setelah diselidiki, hal ini ternyata memiliki penjelasan sejarah. Kononnya Suku Maya yang bermukim di lokasi tersebut biasa melakukan ritual meratakan kepala yang umumnya dilakukan saat bayi. Rupanya kepala rata menandakan status sosial yang tinggi dalam suku tersebut.







.

Lelaki ini mengamuk di majlis perkahwinan bekas kekasihnya


Akibat cinta tidak kesampaian, seorang lelaki mengamuk di majlis perkahwinan bekas kekasihnya dengan bertindak memecah cermin dua kenderaan, termasuk yang dinaiki pengantin lelaki, di sini semalam. Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian di perkarangan rumah pengantin perempuan, di Labis, berikutan suspek bersenjatakan tukul besi dan parang beredar daripada lokasi kira-kira 15 minit kemudian. Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, rombongan pengantin lelaki yang menaiki beberapa kereta dikatakan baru tiba di perkarangan rumah pengantin perempuan apabila secara tiba-tiba dua motosikal membunyikan enjin dengan kuat.


Sangka gimik 

Saudara terdekat mangsa yang hanya dikenali sebagai Goh, 40-an berkata pada mulanya, rombongan pengantin menyangka bunyi kuat itu adalah gimik sambutan, sebelum seorang penunggang motosikal mengeluarkan tukul besi sambil menjerit. “Lelaki itu kemudian terus memecahkan semua cermin Toyota Camry yang dinaiki pengantin lelaki menyebabkan kami semua terkejut dan cuba menenangkannya tetapi dia bertindak semakin ganas dengan turut mengeluarkan parang. “Lelaki itu kemudian mengugut akan menetak sesiapa saja yang menghalangnya sebelum memecahkan cermin hadapan Honda Jazz di tempat kejadian,” katanya. Goh berkata, dua lagi rakan lelaki itu menaiki motosikal lain hanya memerhatikan saja perbuatan berkenaan sebelum semua mereka beredar kira-kira 15 minit kemudian. -BH







.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!