Wednesday, January 16, 2013

Gempar.. anjing ini mirip singa.. eh bukankah ini anak singa?


Kewujudan 'anak singa' di wilayah Norfolk, Virginia, Amerika Syarikat, membuat jiran panik. Setelah disiasat, ternyata 'anak singa' tersebut hanyalah anjing yang fizikalnya mirip singa. Anjing bernama Charles ini merupakan jenis anjing yang cukup unik, iaitu labradoodle. Anjing labradoodle merupakan hasil perkahwinan silang antara jenis Labrador Retriever dan poodle mini atau standard. Polis tempatan pada mulanya terkejut kerana dihujani telefon dari penduduk yang risau dengan kewujudan 'anak singa' tersebut. Pada mulanya, polis tak percaya ketika penduduk melaporkan adanya 'anak singa' berkeliaran di jalan dekat penempatan.

Bahkan ada yang melaporkan, 'anak singa' tersebut seperti sedang mencari mangsa. Semakin banyaknya laporan, membuatkan polis akhirnya membuat siasatan. Apatah lagi apabila dikhabarkan, ada 2 ekor anak singa. Polis bersenjata pun datang dan hanya menemukan si anjing yang memiliki nama lengkap Charles the Monarch. Charles memang sengaja didandan oleh pemiliknya agar mirip singa. Bulu di bahagian tubuhnya dicukur hingga sangat pendek, sedangkan bulu di kepalanya dibiarkan panjang agar mirip seperti kepala singa. Pemilik Charles, Natalie Painter, sengaja mendandan anjing seperti itu agar mirip dengan maskot pasukan universitinya.

Natalie menuntut di Old Dominion University di Norfolk. Maskot utama kampus tersebut adalah singa mengenakan mahkota. "Saya menuntut di Old Dominion University dan maskot kami adalah singa. Kami juga memiliki zoo binatang di sini, namun, saya faham jika penduduk takut dengan haiwan ini," ucap Natalie Painter. Menurutnya, Charles banyak melakukan kegiatannya sendiri sepanjang waktu. "Ia memang benar-benar kelihatan seperti singa.." ujarnya. -Mirror






.

3 Penyokong CHELSEA:

eima on January 16, 2013 at 10:21 AM said...

hahaha mmg sgt comey kan ... nampak sgt org virgina tu buduh .. klu anak singa for sure la takde bulu lebat kat muka dah besar br bulu2 tu tumbuh melebat .... hahahhahah

Unknown on January 16, 2013 at 11:19 AM said...

kalau sy ada anjing yang macm tu,, sy try takutkan semua jiran sy... hahaha... eh, mana boleh.. tidak baik pula buat mcm tu...

Unknown on January 16, 2013 at 3:41 PM said...

hahaha!

comel giler!!

TRENDING:ISU LISTEN LISTEN LISTEN!
HOT:PERBEZAAN ANTARA AWEK CANTIK DAN KHINZIR!
LISTEN:PARODY DAN GAMBAR TROLL SHARIFAH ZOHRA POPULAR!

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!