Saturday, January 5, 2013

iPhone 5S atau iPhone 6 pula bakal ada di pasaran?


Apple Inc. dikatakan kini sedang menguji iPhone keluaran terbaharu di ibu pejabatnya di Cupertino, di sini. Pembuat aplikasi bagi iPhone mendakwa, mereka telah mengesan gajet itu dimuat turun dengan menggunakan perisian mereka, sekali gus meningkatkan harapan ia akan diedarkan dalam masa beberapa bulan lagi. Mereka turut mengesan satu versi utama terbaharu bagi perisian yang terdapat pada telefon pintar itu yang dikatakan versi terbaharu kepada model iPhone 5S atau 6. Pemaju perisian di dalam satu laman blog The Next Web berkata, mereka telah mengesan dan melihat secara keseluruhan versi terbaharu iPhone yang menggunakan sistem operasi iOS 7. ''Salah satu pemaju perisian menunjukkan bahawa Apple sedang menguji perkakasan yang mempunyai kaitan dengan 'iPhone6' yang menggunakan sistem iOS 7.

''Ia dijangka akan dipasarkan oleh Apple pada pertengahan tahun ini,'' kata laman itu. Bagaimanapun, pemaju perisian itu masih tidak mengetahui ciri-ciri terbaharu yang mungkin akan dimuatkan ke dalam perisian berkenaan sama ada ia telefon biasa ataupun telefon pintar. Sementara itu, seorang penganalisis teknologi di pusat penyelidikan Gartner, Michael Gartenberg mendakwa, hampir semua firma teknologi utama akan menguji produk terbaharu masing-masing. 'Terbaharu, Apple, Google & Microsoft berkemungkinan besar sedang menguji produk terbaharu mereka,'' katanya menerusi laman twitter sebagai reaksi kepada berita itu. - AGENSI






.

2 Penyokong CHELSEA:

Chot on January 5, 2013 at 11:13 PM said...

mcm nk try jugak la sensasi pd iphone ni..tunggu..tunggu..

Fatin Sh on January 6, 2013 at 5:12 AM said...

Naaaaa. iPhone5 pun tak sempat nak beli lagi, dah nak keluar yang lain pulak. haihh.

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!