Penyanyi lagu ‘country’ Amerika Syarikat yang bermasalah, Mindy McCready ditemui mati dipercayai menembak diri sendiri. Kematian penyanyi berusia 37 tahun itu diumumkan oleh sherif Arkansas di sini kelmarin. McCready menghadapi masalah ketagihan dadah dan pernah beberapa kali cuba membunuh diri. Dia ditemui di depan rumah di Heber Springs, Arkansas dan diisytiharkan mati kerana satu das tembakan, menurut kenyataan pejabat sherif Cleburne County. Beberapa anggota polis dihantar ke sana selepas laporan diterima mengenai tembakan dilepaskan, kata pejabat sherif itu. McCready dikenali menerusi album Ten Thousand Angels dan If I Don’t Stay the Night.
Hidup dibayangi masalah
Kehidupan peribadinya turut dibayangi permasalahan keluarga dan tragedi peribadi. Bulan lalu, produser rekod, David Wilson yang juga bapa anaknya yang bongsu, ditemui mati dipercayai menembak diri sendiri di lokasi sama. Dilahirkan di Fort Myers, Florida, McCready belajar menyanyi sejak kecil di gereja Pentecostal. Beliau kemudian berpindah ke Nashville, Tennessee, pada usia 18 tahun untuk menceburi kerjaya muzik country, lapor laman web allmusic.com.
Dapat sambutan hangat
Ten Thousands Angels mendapat sambutan hangat selepas dua juta album itu terjual pada 1996 dan ia disusuli empat lagi album. Meskipun berjaya dalam kerjayanya, kehidupan peribadi McCready adalah sebaliknya dan dilaporkan semakin buruk sejak beberapa tahun lalu. Pada 2004, beliau didapati bersalah dalam satu kes dadah tetapi dibenarkan ikat jamin. Tiga tahun selepas itu, beliau dipenjara kerana melanggar syarat ikat jamin berkenaan. McCready mempunyai dua anak lelaki. Anak sulungnya, Zander dilahirkan pada 2006. Beliau kemudian terbabit dengan pertelagahan mengenai hak penjagaan anak selepas meninggalkan Florida pada November 2011 ke Arkansas. Ibu McCready yang diberi hak penjagaan kanak-kanak itu memfailkan aduan orang hilang dan kembali menjaga Zander. McCready selepas melahirkan anak kedua, Zayne tahun lalu. - REUTERS
.
4 Penyokong CHELSEA:
hye sis lulu!hai artis skrg ni nyawa ibarat di hujung senapang je ngeehhh ^^
@||Sis aLeaSaRa||
pendek akal betul
murahnya harga nyawa tu..huhu
ingatkan JEWEL tadi..
Post a Comment