Novel ni dah keluar dipasaran agak lama, dan edisi yang lulu beli pun dah edisi keenam (disember 2012). Syabas penulis!! Memang sangat ketinggalan, tapi tak kisah.. Janji cerita dia best, kena juga nak kongsi..ekeke..
Serius, lulu memang selalu rasa berat hati sangat nak beli buku tak tebal. Sebab lulu baca buku laju, so, kalau nipis taklah rasa sangat. Tapi berbeza dengan novel yang satu ni. Sebelum-sebelum ni, memang dah nampak beberapa kawan review novel ini. Walaupun dengan hanya perkataan 'best', dah buatkan lulu teruja sangat nak memilikinya.
Kisah mengenai Husna (Nawwal Husna) yang dikejutkan dengan pinangan dari keluarga yang jelas terpikat dengan keperibadiannya. Walaupun bakal suaminya jelas angkuh dan tidak menerima perkahwinan itu, Husna akur dan yakin dengan pilihan ibu bapanya akan menjadi yang terbaik buatnya. Tertekan dengan keadaan itu, Husna dibantu oleh kakak-kakaknya yang dikenali sebagai master-ji dan side-kick. Disinilah keseronokkan novel ini bermula, bila mereka memulakan projek memikat suami untuk Husna. Dari pakaian, masakan dan kelakuan.. Lengkap, menjadikan Husna seorang isteri yang sangat sempurna dimata ibu mertuanya. Cabaran besar yang terpaksa Husna tempuhi, kerana suaminya ada kekasih, seorang supermodel.
Kehadiran kawan-kawan baik Husna, Em, Pet, Atai dan Razak nampaknya membuka hati suaminya, Zahrain Alimin untuk lebih mengenali siapa isterinya. Mampukah cinta mereka berputik dialam rumahtangga? Berjayakah projek memikat suami ini? Apatah lagi suaminya memang seorang mamat ketul ais beku... Nak pujuk pun tak pandai..adeh
Tajuk : Projek Memikat SuamiPenulis : Hanina AbdullahHalaman : 525 muka suratHarga : RM21/RM24
P/S - Recommended by Lulu Caldina
.
12 Penyokong CHELSEA:
tqvm for yr review! pendek tp padat :) menunggu awak review Kisah Naz dan Khaalish pula ye
@Cerita Hanina baik, lulu akan review sebaik saja dapatkannya dan dah baca :) tq sudi singgah penulis!
best novel ni..
@najihahfara kak lulu, solehah igt ni tips ke pe. rupa2 nya tajuk buku daa...aishhh
@najihahfara kann :)
@Solehah Shamsuddin kira tipslah tu, banyak info kat dalam novel ni tau leh jadi tips ;)
sangat suke novel nih...weee...
Novel ni koz jarang sangat membaca..xpi kalau pasal umah tangga ni sronok gak membaca..ada la 3 novel yg masih terperap lum di baca:P
Akak, minta baca sini ye. thanks :)
http://solehahshamsuddin.blogspot.com/2013/02/senarai-peserta-segmen-follower-terbaik.html
slm kenal.. singgah dari segmen solehah.. dah follow sini.. jemput la ke blog sy eh.. thanks.. =)
http://norumara.blogspot.com
waaaa dah masuk tahun ke 3 dni tak beli novel.. rindunya nak baca novel... huhu
@Ardini Humaira Dah baca pun novel ni, pinjam dari kawan.
Post a Comment