Pelakon Sidek Hussain yang sebelum ini tidak terfikir untuk membuang ketumbuhan pada muka akhirnya bersetuju melakukan pembedahan selepas mendapat nasihat beberapa doktor pakar, Fakulti Perubatan UiTM Kampus Sungai Buloh, di sini. Sidek, 62, berkata pembedahan tersebut akan dilakukan dalam masa terdekat selepas pihak hospital selesai menjalani beberapa sesi pemeriksaan. "Pada awalnya saya tidak yakin untuk membuang ketumbuhan ini kerana tidak lama dulu saya pernah buat pembedahan tetapi ia semakin membesar menyebabkan saya semakin takut. Tapi selepas berjumpa pakar di hospital ini, mereka nasihatkan saya untuk membuangnya sebelum ia bertukar menjadi kanser. "Sepatutnya saya perlu menjalani pembedahan pada 4 April ini namun pihak hospital terpaksa menundanya pada satu tarikh lain atas sebab-sebab tertentu," katanya.
Sidek yang pernah membintangi filem Toyol ini menghidapi ketumbuhan sejak 30 tahun lalu dan pernah menjalani pembedahan pertama bagi membuang ketumbuhan tersebut pada 1982 namun ia tidak berjaya. Jelas Sidek, dia pernah diberitahu bahawa risiko untuk membuang ketumbuhan yang semakin membesar itu adalah tinggi. "Saya sudah beritahu kepada pihak hospital untuk membuangnya bukan mudah dan ada risiko yang perlu diambil, namun mereka meyakinkan saya dengan peralatan dan kepakaran doktor-doktor pada ketika ini, ketumbuhan itu dapat dibuang. "Mungkin ketika pembedahan pertama dilakukan, kepakaran doktor dan peralatan pembedahan mungkin terhad berbanding sekarang,” katanya. Dalam pada itu, Sidek berkata, atas tujuan itu dia mahu memohon Skim Insurans Seniman yang baru sahaja dilaksanakan pada Januari lalu bagi membantu mengurangkan beban kos pembedahan tersebut.
"Saya cuba mohon kalau-kalau dapat bantuan dari skim insurans Seniman itu. Kalau tidak dapat pun tidak apa sebab ada pihak iaitu kerabat diraja Pahang bersedia memberi bantuan kepada saya. "Selain itu saya juga ada kumpul sedikit duit hasil daripada berlakon, Insya-Allah ia dapat menampung kos tersebut," katanya. Kata Sidek, buat masa ini dia terpaksa menolak untuk mengambil tawaran berlakon untuk berehat sepenuhnya sebelum menjalani pembedahan. "Sekarang saya memang kurang berlakon, drama terakhir pun Tanah Kubur, filem yang baru selesai ialah dengan Metrowealth tajuk Paku Puntianak. "Insya-Allah selepas pembedahan ini dan jika kesihatan saya tak ada masalah, saya akan teruskan aktiviti lakonan," katanya. Dalam perkembangan lain, Sidek yang mempunyai lima cahaya mata mengakui gembira dengan kejayaan anak-anak yang dibesarkan hasil pendapatannya dalam bidang lakonan.
Anak sulungnya iaituMuhd Nizar, 35, bekerja sebagai pegawai bank, sementara Siti Hajar, 33, dan Umi Kalsom, 32, bertugas sebagai guru. Anak ketiganya iaitu Siti Mariam, 29, pula bertugas di Perbadanan Kemajuan dan Kraftangan Malaysia, manakala anak bongsunya iaitu Mohd Adam, 22, pula bakal bergelar doktor dan sekarang masih menuntut di tahun akhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)."Dari segi pendapatan setiap bulan, mereka yang banyak tanggung saya dan isteri," katanya. Sementara itu, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi, berkata pihaknya ada menerima permohonan Sidek untuk Skim Insurans Seniman dan sedang berusaha menguruskannya secepat mungkin.
Bagaimanapun, Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 33, berkata proses tersebut memerlukan sedikit masa kerana terpaksa melalui beberapa prosedur terlebih dahulu. "Kami sudah menerima permohonan untuk Sidek dan ia masih dalam proses lagi. Mungkin ia mengambil masa kerana perlu melalui banyak peringkat. "Bagaimanapun saya sedang usahakan untuk mendapatkan bantuan daripada Tabung Penggiat Seni dalam masa terdekat ini sebagai bantuan kewangan untuk menampung kos pembedahan tersebut," katanya. -Mstar
P/S - Cubalah buka tabung untuk pelakon ni.. siapa tau ada yang bermurah hati untuk menderma. Semoga dipermudahkan..
.
6 Penyokong CHELSEA:
kena la buat sesuatu utk beliau kan sebab kalau bab2 lain ada tabung..x kan utk beliau x boleh...semoga dipermudahkan..
Semoga dipermudahkan pembedahannya nanti.. mmg nampak semakin besar ketumbuhannya itu..
akhirnya.. suka tengok dia berlakon kalau jadi jahat.. menjadik! sampai rasa takut nak jumpa dia kat luar filem..hihi...
semoga dipermudahkan . amin :)
en sidek nih yg tak tau ke atau anak2 tak tau ke atau anak2 tanak tanggung ke atau pihak hospital suh byr br bleh claim... seorang penjawat awam (guru) boleh menanggung bapanya dr segi kos perubatan di hospital kerajaan. tak kira tinggi mana kos tersebut. termasuk lah IJN. mungkin pihak hospital mintak byr dulu br claim kat pejabat.
harap harap sidek hussien nie cptla sembuh..sbb da lme dia menanggung ketmbhan di mukanya..
kepada y bkenaan cpt buka tabung..ktaorang nak derma..walaupun x byk..sedikit sbyk dpt jge m'bntu...
Post a Comment