Wednesday, March 27, 2013

Gambar-gambar tanah runtuh di Bandung


Pasukan mencari dan menyelamat hingga petang semalam sudah menemui 10 mayat penduduk yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Mukapayung, Cililin, daerah Bandung Barat, Jawa Barat sejak Isnin.


Gerakan mencari tujuh lagi penduduk yang masih hilang diteruskan dan operasi itu mungkin diteruskan sehingga petang ini jika cuaca cerah kekal sepanjang hari, kata jurucakap pasukan penyelamat. Tanah runtuh itu berlaku pagi semalam di tiga tempat iaitu di kawasan Pasirpogor, Bukit Pasir Cikareo dan Bukit Dipatiukur, disebabkan hujan lebat yang turun sejam malam Isnin.

Tanah runtuh itu menyapu lebih 20 rumah penduduk di kawasan petempatan yang terletak di kaki bukit berkenaan. Data Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) menyebut bahawa dalam tempoh tiga bulan terakhir, 53 kejadian tanah runtuh berlaku di beberapa kawasan di Indonesia menyebabkan 83 orang terkorban. - BERNAMA





.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!