Di negara China. ramai warga yang menggunakan alat pengangkutan roda tiga bahkan trak untuk mengangkut muatan yang berlebihan. Umumnya, muatan yang mereka bawa adalah sampah-sampah plastik seperti botol plastik bekas yang hendak di kitar semula. Selain muatan yang banyak, mereka juga membawa serta anggota keluarganya dari satu kota menuju kota lain.
Hal tersebut sudah menjadi rutin sebahagian besar warga kota-kota di China, seperti Shanghai, Shouguang, dan lain-lainnya. Hampir di seluruh kota di China, warganya yang nekad membawa muatan terlalu banyak pada kenderaan mereka, dengan alasan untuk menjimatkan masa dan bahan bakar.
Mereka fikir, daripada harus 2 kali melakukan perjalanan, lebih baik mereka mengusahakan membawa barang sebanyak-banyaknya supaya lebih efisen. Apa yang nyata, bukannya menjadikan efisen, malah mengalami masalah dan kemalangan.
Seorang fotografer yang bernama An Fu (44) berkata, seringkali mereka ditahan polis dan juga kemalangan kerap berlaku di jalan raya yang disebabkan oleh jatuhnya muatan tersebut di tengah jalan raya hingga menyebabkan kesesakkan, ataupun roda kenderaan yang rosak kerana menanggung beban yang terlalu berat. -BBC
.
4 Penyokong CHELSEA:
Berani ambik risiko..klu jatuh rosak jgk
he3.. memang pnh tgk depan mata.. =P.. #pnh gi hong kong n china.. kat china mmg diorg suka bwk byk2 mcm ni.. yg pelik x jatuh lak.. hi3..
lulu.. dh lama nk tanya.. tulisan dalam entri lulu ni cantilea.. bulat2 jea.. apa nama font ni yea?
@tenku butang x pastilah sebab lama dah lulu menang template ni dalam 1 contest, termasuk tulisan tu. So, lulu tak tau apa jenis font ni.. sorry :)
Post a Comment