Aktor kelahiran Australia, Liam Hemsworth didakwa curang terhadap tunangnya iaitu pelakon dan penyanyi terkenal, Miley Cyrus, lapor akhbar The Sun kelmarin. Menurut laporan beberapa portal hiburan, Hemsworth dilihat bersama bintang rancangan televisyen Mad Men, January Jones di sebuah parti menjelang Anugerah Grammy pada Ahad lalu. Aktor berusia 23 tahun itu menghadiri parti di hotel Chateau Marmont di sini tanpa Cyrus, 20, sebaliknya dia ditemani oleh Jones, 35. Beberapa laporan menyebut, pasangan itu dilihat bercium dan berpelukan di hadapan para tetamu yang rata-rata tergamam melihat aksi mereka.
"Ia kelihatan seperti mereka mempunyai keserasian. Mereka berpelukan malah, bercium," kata seorang saksi memberitahu majalah US Star. Sementara itu, Cyrus yang juga bekas bintang siri televisyen Hannah Montana pula dilihat hadir seorang diri di parti penyanyi terkenal, Sir Elton John di sini pada Ahad lepas. Hemsworth dan Cyrus mula menjalin hubungan pada tahun 2009 ketika aktor kacak itu menjalani penggambaran filem The Last Song. - Agensi
.
1 Penyokong CHELSEA:
tak bestnya dengar cerita curang2 ni kan..
Post a Comment