Monday, March 11, 2013

Lagenda kisah cinta Arabella Grace Garcia dan Christian Soriano


KIRA-kira 11 tahun lalu, kisah cinta antara Arabella Grace Gracia dan Christian Soriano pernah menjadi fenomena tersendiri berikutan drama bersiri Sana’y Wala Nang Wakas mendapat perhatian ramai. Kini, kisah cinta mereka sekali lagi diulang tayang menerusi saluran Astro Bella (saluran 133) setiap Isnin hingga Jumaat, jam 3 petang. Membariskan pelakon terkenal Filipina seperti Jericho Rosales sebagai Christian Soriano, Kristine Hermosa sebagai Arabella Grace Garcia, Diether Ocampo sebagai Leonardo Madrigal III, dan Angelika dela Cruz sebagai Mary Ann Santos. Cerita ini mengisahkan percintaan yang penuh dengan emosi dan dugaan insan bernama Ara@Arabella Grace Garcia (lakonan Kristine Hermosa) bersama Christian Soriano (lakonan Jericho Rosales). Pertemuan yang tidak disengajakan di atas kapal sewaktu kali pertama bertentang mata dan beberapa insiden-insiden kecil telah membuatkan mereka bermusuhan.

Namun takdir telah menyebelahi mereka apabila sekali lagi Ara bertemu Christian sewaktu beliau menjalani latihan pertama bekerja sebagai jurucakap pelancong di Pulau Corregidor. Tragedi jatuh dari bot tersebut telah membawa mereka ke sebuah pulau terpencil di mana bermulanya destinasi percintaan mereka. Setelah diselamatkan selama beberapa hari terperangkap dari pulau tersebut, mereka memulakan hidup masing-masing di kota Manila.

Christian peneraju Swan Airlines dan pengarah bagi majalah Metro berasal dari golongan berada serta kaya, manakala Ara pula setelah ditinggalkan ibunya kira-ira 15 tahun yang lalu tinggal bersama nenek angkatnya iaitu Choleng serta ayahnya Anton yang menjalani hukuman di penjara. Namun konflik masa lampau akibat dosa-dosa silam ibu bapa mereka telah memisahkan hubungan percintaan dua insan ini. Ara yang mengetahui bahawa ayahnya yang menjalani hukuman penjara selama 15 tahun adalah pembunuh kepada ibu bapa Christian telah nekad memutuskan hubungan mereka. Dapatkah Christian dan Arabella bertemu kembali? Dan dapatkan mereka menerima semula setelah hati dihancurkan sehingga ruang kosong itu telah terisi? -SH






.

1 Penyokong CHELSEA:

♥ Vna ♥ on March 12, 2013 at 10:08 AM said...

like 100x eheheheee

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!