Abang kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mendakwa beliau bosan dengan tuduhan orang ramai yang mendakwa beliau menggunakan nama adiknya bagi mencipta kemasyhuran di Kenya. Malik Obama, yang kini berhijrah ke AS, mendakwa Obama juga adalah sebahagian daripada namanya dan perkara paling penting adalah beliau dilahirkan terlebih dahulu sebelum Presiden AS pertama berkulit hitam itu dilahirkan. "Hanya satu daripada anggota keluarga ditakdirkan hebat," kata Malik mengulas tentang kejayaan adiknya berbanding dirinya. Jelasnya, bapa mereka pernah menegaskan bahawa mereka semua bakal menjadi insan hebat kerana lahir daripada keluarga yang hebat seperti dirinya. "Secara jujur, satu perkara yang membuatkan saya terus bertahan disebabkan saya adalah Obama, bermakna saya orang penting," katanya.
Baru-baru ini, lelaki berusia 54 tahun itu kalah bertanding atas tiket bebas bagi calon gabenor daerah Siaya pada pilihan raya umum Kenya. Malik pernah mempunyai 12 isteri dan kini dituduh memukul isterinya yang ke-12, seorang gadis bawah umur, Sheila Anyango. Walaupun Malik dan Obama berkongsi bapa, namun mereka tidak memiliki fizikal yang sama. Namun, mereka tetap berhubungan dan pernah menjadi pengapit bagi perkahwinan masing-masing dan masih berhubungan antara satu sama lain, terutama ketika ini kedua-duanya tinggal di Washington, AS. "Saya bertemu adik saya secara peribadi sekurang-kurangnya sekali seminggu apabila saya melawatnya di White House," katanya. Beliau juga berkata, kemasyhuran adiknya membuatkan dirinya menjadi mangsa kebencian, perkauman dan ketaksuban. - AGENSI
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment